Showing posts with label Bahagian Akhlak Sem 1. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Akhlak Sem 1. Show all posts

Wednesday, 18 September 2013

Bahagian Akhlak Semester 1 - Sifat Malu Yang Dikehendaki Oleh Syarak

Semester 1 - Akhlak
Sifat Malu Yang Dikehendaki Oleh Syarak

STANDARD KANDUNGAN :
Memahami dan mengamalkan sifat malu yang dikehendakki oleh Islam.
STANDARD PEMBELAJARAN:
Menjelaskan  sifat malu
KRITERIA PENCAPAIAN :
1.     Menyatakan  maksud  sifat malu .
2.     Menyatakan jenis-jenis sifat malu yang dituntut syarak beserta contohnya
3.     Menyatakan jenis-jenis sifat malu yang dituntut syarak beserta contohnya
4.     Menjelaskan kelebihan orang yang bersifat malu
5.     Sentiasa mengamalkan sifat malu dalam kehidupan
MASA :
60 minit
KRITERIA PENCAPAIAN :
    Menyatakan  maksud  sifat malu.
1.    Malu adalah sifat yang melengkapi akhlak umat Islam. Malu berasal dari perkataan Haya’ dalam bahasa Arab.
2.     Menurut Fadlullah al Jailani, malu  adalah perubahan yang menyelubungi seseorang lantaran bimbang akan berlakunya perbuatan yang tercela.
3.    Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.”    
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan jenis-jenis sifat malu yang dituntut syarak beserta contohnya
1.       Malu terbahagi kepada dua iaitu
a)     sifat malu semenjak  lahir.
b)     sifat malu yang diusahakan 
2.       Antara sifat malu yang di riwayatkan oleh menurut  Ibnu Qayyim ialah:
a)     Malu kerana melanggar peraturan.
Nabi Adam a.s  ketika beliau berlari hendak meninggalkan syurga, maka Allah berfirman , Mengapakah kamu melarikan diri  dariKu, wahai Adam.” Beliau menjawab, “ Bukan , duhai Tuhanku, tetapi kerana aku malu kepada Mu.” 
b)    Malu kerana memuliakan
Rasulullah SAW menjamu para sahabat menjamu makan di rumahnya. Tetapi sahabat  melengah-lengahkan pulang ke rumah.  Rasulullah SAW merasa malu untuk meminta para sahabat pulang ke rumah.
c)     Malu terhadap diri sendiri
Malu kerana membiarkan diri berada dalam keadaan kekurangan dan kehinaan.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menerangkan sifat malu yang dilarang oleh Islam beserta contoh.
1.       Malu menuntut ilmu
2.       Malu bertanya
3.       Malu bergaul dengan orang ramai
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan kelebihan orang yang bersifat malu.
1.       Akan dihormati dan disayangi oleh Allah dan manusia
2.       Dapat menjauhkan diri daripada perkara-perkara  maksiat.
3.       Diri kepada Allah SWT.
4.        Maruah diri akan dapat dipelihara
KRITERIA PENCAPAIAN :
Sentiasa mengamalkan sifat malu dalam kehidupan
1.       Sentiasa merasai muraqabah ( pemerhatian) Allah SWT terhadap diri
2.       Merupakan ciri-ciri orang yang beriman.
3.        Sentiasa  memelihara diri dari amalan yang menjatuhkan maruah diri
 
CADANGAN AKTIVITI
1.    Penerangan guru tentang maksud dan jenis malu
2.    Sumbang saran sifat malu yang dilarang dan sifat malu yang dianjurkan oleh Islam
3.    Memotong keratan akhbar tentang perlakuan malu yang dilakukan oleh remaja masa kini.
CADANGAN AKTIVITI AMALI
1.       Simulasi sifat malu dalam pergaulan
CADANGAN PENTAKSIRAN
1.       Menyatakan maksud malu.
2.       Menyatakan  dua  sifat malu yang dikehendaki oleh Islam.
3.       Menjelaskan dua sifat malu yang dilarang oleh Islam.
4.      Jelaskan dua contoh sifat malu yang harus ada kepada seorang remaja dalam pergaulan.
5.      Apakah yang anda lakukan jika rakan anda berdua-duaan   di tempat yang  meragukan.


Bahagian Akhlak Semester 1 - Bercakap Benar

Semester 1 - Akhlak
Bercakap Benar

STANDARD KANDUNGAN :
Memahami dan mengamalkan bercakap benar.
STANDARD PEMBELAJARAN:
Menjelaskan adab bercakap benar
KRITERIA PENCAPAIAN :
1.     Menyatakan maksud bercakap benar.
2.     Menyenaraikan ciri-ciri bercakap benar
3.     Menjelaskan kelebihan orang yang bercakap benar melalui contoh dan cerita
4.     Menerangkan akibat tidak bercakap benar.
5.     Sentiasa bercakap benar dalam kehidupan.
MASA :
60 minit
KRITERIA PENCAPAIAN :
    Menyatakan maksud bercakap benar
1.     Maksud bercakap benar ialah mengatakan sesuatu yang hak. Allah SWT berfirman di dalam Surah At Taubah : 119
 
<!--[if !vml]--> 
Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.
2.    Ciri-ciri bercakap benar :
a)       Tidak menokok tambah berita yang diterima
b)      Tidak melakukan fitnah.
 
3.    Kelebihan orang yang bercakap benar melalui contoh dan cerita:   
          a)       Orang yang bercakap benar mudah mendapat kepercayaan daripada orang lain.
b)      Contoh cerita kelebihan bercakap benar :
 
Berdasarkan kepada kisah Ulama’ sufi Syeikh Abdul Kadir Jailani, sejak kecil ibunya mengajarnya agar bersikap jujur dan berkata benar walaupun dalam keadaan terdesak kerana jika sikap ini diamalkan insyaallah bantuan dan pertolongan Allah akan kita peroleh. Ketika berusia 18 tahun, beliau telah memia izin ibunya ke Baghdad bagi menuntut ilmu agama. Sebelum berangkat ibunya berpesan supaya tidak bercakap bohong. Ibunya membekalkan wang sebanyak 40 dirham dan diletakkan di dalam pakaian Syeikh Abdul Kadir. Beliau berangkat ke Baghdad bersama satu rombongan menuju ke Baghdad. Dalam perjalanannya Syeikh Abdul Kadir dan rombongan telah diserang oleh 60 orang penyamun. Kesemua harta kafilah dirampas tetapi barang milik Syeikh Abdul Kadir tidak diusik. Bagaimanapun salah seorang penyamun telah bertanya kepadanya apa yang beliau miliki. Lalu Beliau berterus terang yang dia mempunyai 40 dirham dalam pakaiannya. Tanpa belas kasihan, penyamun itu memotong pakaian Syeikh Abdul Kadir. Ketua penyamun bertanya mengapa kamu bercakap jujur kepad kami. “ibu berpesan agar jangan sekali-kali bercakap bohong, apatahlagi aku hendak ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Sekiranya aku berbohong, ilmu yang akan aku perolehi tidak berkat dan tidak mendapat keredaan Allah.
 
Mendengar kejujuran dan penjelasan Syeikh Abdul Kadir, Ketua penyamun telah insaf dan sedar akan dosa dan kezaliman yang telah dia dan kawan-kawanya lakukan, dan telah memulangkan semua barang-barang yang telah dirampas dan berjanji tidak akan menjadi penyamun lagi.     
 
4.     Akibat tidak bercakap benar :
a)       Tidak mendapat kepercayaan daripada rakan atau masyarakat.
b)      Sukar untuk mendapat kerjasama apabila diperlukan.
c)       Menjatuhkan maruah diri kerana melakukan pembohongan.
d)      Terdorong untuk melakukan jenayah seperti mencuri, rasuah dan lain-lain.
CADANGAN AKTIVITI
1.     Menerangkan maksud bercakap benar.
2.     Sumbangsaran ciri-ciri bercakap benar.
3.     Pertandingan bercerita berkaitan kelebihan orang yang bercakap benar.
4.     Perbincangan dalam kumpulan berkaitan akibat tidak bercakap benar.
5.     Cadangan dan galakan guru kepada murid agar sentiasa mendidik diri dengan sifat bercakap benar.
CADANGAN PENTAKSIRAN
1.     Nyatakan maksud bercakap benar.
2.     Senaraikan ciri-ciri bercakap benar.
3.     Jelaskan kelebihan bercakap benar dalam kehidupan seorang pelajar.
4.     Terangkan akibat tidak bercakap benar.