Showing posts with label Salahuddin Al-Ayubi. Show all posts
Showing posts with label Salahuddin Al-Ayubi. Show all posts

Tuesday, 11 February 2014

Sumbangan Salahuddin Al-Ayubi - Bahagian Tamadun Semester 3

SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYUBI KEPADA TAMADUN ISLAM

Selepas berjaya menguasai Mesir, beliau mula menumpukan perhatian untuk kembali menguasai Jerusalem (Baitul-Maqdis) yang ketika itu dikuasai pihak Kristian. Untuk tujuan itu, beliau mula menjalankan kempen-kempen ketenteraan terhadap wilayah-wilayah Islam yang lain dengan tujuan untuk menyatupadukan tentera Islam di bawah satu panji serta memantapkan lagi barisan tentera Islam. Setelah merasakan tentera Islam cukup kuat, beliau mula menggerakkan tentera Islam menentang pihak Kristian atau lebih dikenali sebagai tentera Salib kerana mereka memakai pakaian yang berlambang salib serta membawa palang-palang salib yang besar ketika berperang.Siri peperangan ini telah dicatatkan di dalam sejarah sebagai Perang Salib.

Monday, 10 February 2014

Salahuddin Al-Ayubi - Bahagian Tamadun Semester 3

SALAHUDDIN AL-AYUBI

Nama sebenar beliau adalah Yusuf Bin Najmuddin Ayyub . Beliau di lahirkan pada tahun 543H, atau 1138m, di kota Tarkit (Iraq) iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris  terlatek diantara Monsul dan Bagdad. Ayahnya,bernama  Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.

Selain sebagai, panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.Selepas datuk Salahuddin berpindah ke Bagdad, ayahnya dilantik menjadi gabenor  di Tikrit  dan bapa saudaranya, Asadudin di lantik menjadi panglima perang.

Semenjak kecil Salahuddin telah didedahkan dengan pelbagai ilmu ketenteraan seperti seni peperangan,menunggang kuda serta seni menpertahankan diri yang di ajar oleh bapa saudarnya, Asadudin seorang paglima perang kepada sultan Ad-din.Disamping itu, ayahnya sangat menekankan ilmu keagamaan dan mendekatkan diri pada Allah.

Semasa kecil hingga meningkat remaja, kehidupan Salahuddin sama seperti kanak-kanak lain, dan tiada tanda-tanda yang beliau bakal merampas Baitul Maqdis dari tangan kristian yang menguasainya hampir 800 tahun.