Showing posts with label Bahagian Akhlak Sem 3. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Akhlak Sem 3. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Bahagian Akhlak Semester 3 - Tawadduk



Semester 3 - AKHLAK
Tawadduk


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan sifat tawaduk

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan  sifat tawaduk.

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan maksud tawaduk

2.     Menyenaraikan ciri-ciri sifat tawaduk

3.     Menjelaskan kelebihan  sifat tawaduk

4.     Menerangkan akibat tidak bersifat tawaduk

5.     Sentiasa mengamalkan sifat tawaduk

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan maksud tawaduk

1.     Menurut bahasa merendah diri

2.     Menurut istilah  iaitu meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada idividu lain yang sememangnya berhak menerimanya.

3.     Firman Allah Taala:

 
“  Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

(Surah Luqman:  18)

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyenaraikan ciri-ciri sifat tawaduk

1.     Tidak marah atau sakit hati jika dicemuh

2.     Tidak benci jika dikatakan sombong

3.     Tidak tamak dengan harta benda

4.     Tidak menganggap diri sebagai orang yang dihormati dan disegani.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kelebihan  sifat tawaduk

1.     Menjadikan individu dihormati

2.     Allah akan meninggikan darjat

3.     Sentiasa insaf bahawa segala kelebihan dan kenikmatan adalah hak Allah.

4.     Senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan akibat tidak bersifat tawaduk

1.     Menjadikan individu sombong dan bongkak

2.     Dibenci oleh orangramai

3.     Jauh dari rahmat Allah

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa mengamalkan sifat tawaduk

1.     Menjadikan individu sombong dan bongkak

2.     Dibenci oleh orangramai

3.     Jauh dari rahmat Allah

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan guru tentang maksud dan ciri-ciri tawaduk

2.     Mengadakan perbincangan kumpulan tentang  perkara berikut;

a.     kelebihan sifat tawaduk

b.     akibat tidak bertawaduk

3.     Menulis esei ringkas tentang tokoh yang mempunyai sifat tawaduk.

Monday, 30 September 2013

Bahagian Akhlak Semester 3 - Adab Menjaga Alam Sekitar



Semester 3 - AKHLAK
Adab Menjaga Alam Sekitar


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan adab menjaga alam sekitar.

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan  adab   menjaga alam sekitar.

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan maksud menjaga alam sekitar

2.     Menyatakan adab menjaga alam sekitar

3.     Menjelaskan punca berlakunya pencemaran alam sekitar

4.     Menghuraikan langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

5.     Berusaha memupuk sikap menjaga alam sekitar

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan maksud menjaga alam sekitar

Menjaga alam sekitar bermaksud  perbuatan memelihara, pembelaan  perawatan alam sekitar.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan adab menjaga alam sekitar

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan punca berlakunya pencemaran alam sekitar

Firman Allah SWT:


“  Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan Karena perbuatan tangan manusi, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
(Ayat  41: Surah ar -Rum)

Punca pencemaran alam:

1.     Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak

2.     Sikap untuk mengaut keuntungan dengan cepat

3.     Kurang kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi

4.     Tiada penguatkuasa daripada pihak berkuasa 

KRITERIA PENCAPAIAN
Menghuraikan langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

1.     menanamkan kesedaran tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan

2.     menyediakan kemudahan yang dapat  membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam

3.     mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kampung , taman perumahan dan sebagainya.

4.     menguatkuasakan undang-undang seperti mengenakan hukuman kepada individu yang melakukan pencemaran

KRITERIA PENCAPAIAN
Berusaha memupuk sikap menjaga alam sekitar

1.     Sentiasa memastikan kawasan persekitaran bersih

2.     Kebersihan sebahagian daripada iman

3.     Melaksanakan aktiviti kitar semula

CADANGAN AKTIVITI

1.     Mengadakan aktiviti gotong royong di dalam kelas dan sekolah

2.     Mengadakan program dan kempen kitar semula di sekolah

3.     Mengadakan aktiviti menanam pokok bunga

Bahagian Akhlak Semester 3 - Adab Berkomunikasi



Semester 3 - AKHLAK
Adab Berkomunikasi

STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan adab berkomunikasi.

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan  adab  berkomunikasi

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan maksud berkomunikasi.

2.     Menjelaskan adab-adab berkomunikasi

3.     Menerangkan akibat tidak beradab ketika berkomunikasi.

4.     Sentiasa mengamalkan adab berkomunikasi.

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan maksud berkomunikasi.

Maksud komunikasi  ialah memindahkan atau menyampaikan mesej daripada satu pihak kepada pihak lain melalui pertuturan, perbuatan, tulisan, lukisan dan  gambar.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan adab-adab berkomunikasi

1.     Mendahulu memberi salam

2.     Senyum dan elakkan dari bermasam muka

3.     Berikan perhatian sepenuhya

4.     Ketawa dengan sederhana

5.     Tidak mendapat ramai kawan dan sahabat.

6.     Elakkan bertentangan mata jika berlainan jantina

7.    Mengucapkan perkara yang baik dan menghindari diri daripada mengucapkan yang batil. Hadis sahih riwayat  at-Tirmizi :

 “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yan
g diredhai Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan yang demikian, sehingga dicatat oleh Allah keredhaanNya bagi orang tersebut sampai hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT akan mencatatnya  yang demikian itu sampai hari kiamat”

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan akibat tidak beradab ketika berkomunikasi.

1.     Dimurkai oleh Allah dan Rasul

2.     Dibenci oleh ibu bapa dan kaum keluarga

3.     Tidak mendapat ramai kawan dan sahabat

4.     Hubungan dengan rakan, sahabat dan orang ramai akan menjadi renggang

5.     Menunjukkan peribadi dan perangai yang buruk pada orang ramai.

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa mengamalkan adab berkomunikasi.

1.     Berkomunikasi dengan ibu bapa dengan menggunakan bahasa yang sopan.

2.     Tidak menggunakan bahasa yang kesat ketika berkomunikasi.

3.     Sentiasa menghormati orang lain

CADANGAN AKTIVITI

1.     Guru memberi penerangan tentang maksud komunikasi.

2.     Sumbangsaran adab berkomunikasi yang baik dan tidak baik.

3.     Simulasi adab berkomunikasi di dalam kelas.

4.     Tayangan video berkaitan dengan adab berkomunikasi