Showing posts with label Bahagian Akhlak Semester 3. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Akhlak Semester 3. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

Tawadduk - Bahagian Akhlak Semester 3


SIFAT TAWADUK

MAKSUD TAWADUK

Tawaduk iaitu rendah hati.
Allah menggambarkan keadaan mereka dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati.”
(Surah al-Furqan, ayat 63)

Tawaduk bererti merendah diri disertai dengan hormat menghormati  di antara satu sama lain,  tiada perasaan tinggi rendah, mulia dan hina.

Takbur atau sombong adalah lawan kepada tawaduk  yang diharamkan Allah.

Orang tawaduk itu ialah yang bila berbuat sesuatu merasa diri belum layak mendapatkan kedudukan itu.

Asysyibly berkata:"Siapa yang merasa diri berharga,maka ia tidak bertawaduk".(tidak ada bahagian dalam tawaduk).

Abu Sulaiman Addarany berkata:"Seorang hamba tidak dapat bertawaduk kepada Allah hingga mengetahui kedudukan dirinya"(letak dirinya).Abu Yazid berkata:"Selama seorang itu merasa ada orang yang lebih jahat daripadanya,maka ia sombong".Dan ketika ditanya:"Bilakah seorang itu bertawaduk?"Jawabnya:"Jika tidak merasa ada kedudukan  ataukemuliaan,dan tawaduk seseorang itu menurut kadar makrifatnya terhadap Allah dan dirinya."

Contoh tawaduk Rasulullah ; Rasulullah bersifat tawaduk tentang makan minum, pakaian kata-kata dan sebagainya.

CIRI-CIRI SIFAT TAWADUK

1. Menjauhi sifat takabur atau sombong

Mereka berjalan atas bumi ini dengan tenang dan ringan, tidak sombong dan tidak angkuh, tidak berjalan dengan sangat cepat yang menunjukkan sikap kasar, juga tidak berjalan dengan sangat perlahan yang menunjukkan sifat malas dan letih.berjalan dengan ringan, penuh semangat.

2. Bersederhana dalam semua segi termasuk dari segi makan minum berpakaian, berkenderaan, berkata-kata dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan.”(Surah Luqman, ayat 19).Maknanya mereka bersederhana dalam semua urusan tidak berlebihan atau keterlaluan sekali.

3. Bersikap lembut dan menjauhi sikap rakus berjalan di pelosok bumi untuk mencari rezeki dan tuntutan hidup dengan penuh kelembutan dalam batas yang diperkenankan Allah. Mereka tidak rakus, tamak, mensia-siakan kewajipan, melakukan hal yang diharamkan atau pun melakukan pembaziran. 

4. Mereka teramat jauh daripada sikap keras, menghina orang lain, sombong, berbangga diri dan berbesar diri. Mereka tidak berbuat kerosakan di muka bumi, mencari ketinggian, lebih mendahulukan keuntungan dan bersenang-senang dengan kenikmatan kehidupan duniawi.

5. Bersifat pemaaf dan sentiasa mengucapkan perkataan yang baik .
ketika orang melontarkan ucapan buruk, mereka tidak membalas dengan ucapan yang sama namun memaafkannya.

CONTOH TAWADUK RASULULLAH ;
  • Baginda Rasulullah S.A.W. sendiri menguruskan kerja rumah spt memerah susu,  menampal kasut, menjahit baju dan makan bersama-sama pembantu rumahnya.
  • Membeli sendiri barang keperluan rumahtangga dan membawanya balik.
  • Memberi salam lebih dahulu kepada tetamunya
  • Bersalam dengan sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin.
  • Memenuhi undangan sesiapa sahaja
  • Menerima  apa saja hidangan  yang disajikan
  • Seorang pemurah tetapi tidak membazir
KELEBIHAN SIFAT TAWADUK
  1. Akan di kasihi Allah dan Rasul
  2. Disukai oleh orang ramai.
  3. Mengelakkan wujudnya sifat sombong dan riak dalam diri seseorang.
  4. Melahirkan individu yang pemaaf  terhadap orang lain.
AKIBAT TIDAK BERSIKAP TAWADUK
  1. Melahirkan individu yang bersifat sombong dan takabur dengan kelebihan diri.
  2. Bersikap rakus, tamak, atau pun melakukan pembaziran.
  3. Akan mensia-siakan kewajipan, dan  melakukan hal yang   diharamkan.
  4. Bersikap keras, menghina orang lain.
  5. Melakukan kerosakan di muka bumi, kerana lebih mendahulukan  keuntungan dan bersenang-senang dengan kenikmat kehidupan duniawi.

Adab Menjaga Alam Sekitar - Bahagian Akhlak Semester 3


ADAB MENJAGA ALAM SEKITAR

MAKSUD MEMELIHARA ALAM SEKITAR


Memelihara berasal daripada kata dasar ‘pelihara’ yang bermaksud bela, jaga dan rawat. Jadi maksud kata ‘memelihara’ ialah:-membela, menjaga, merawat, menternak, melindungi, membiarkan ….

Manakala kata ‘memulihara’ pula berasal daripada kata dasar ‘pulihara’

Maksud kata ‘memulihara’ pula ialah:-
  • memulihkan dan menjaganya, melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
  • Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.
Maksudnya merawat,menjaga, melindungi dan memulihkan alam sekeliling supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

ADAB MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Firman Allah dalam Surah Ar-Rum ; ayat 41, bermaksud
“ Telah berlaku pelbagai kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dlakukan oleh tangan-tangan manusia….”

Oleh sebab itu manusia perlu beradab terhadap alam sekitar dengan cara ;
  1. Tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
  2. Tidak membuat kerosakan kepada makhluk  Allah yang lain seperti  haiwan dan      tumbuhan.
  3. Menggunakan sumber-sumber alam untuk tujuan kebaikan bersama.
PUNCA – PUNCA BERLAKU PENCEMARAN ALAM
  1. Perasaan tamak dan keinginan untuk mendapat keuntungan yang banyak.
  2. Tidak ada kesedaran tentang pentingnya memelihara alam.
  3. Sikap ambil mudah dan akhlak yang buruk orang ramai.
BENTUK PENCEMARAN DAN PUNCA


1.

PENCEMARAN UDARA
-terdapat gas, cecair @ zarah yang terkandung dalam udara
Sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.


PUNCA PENCEMARAN
1.Bertambah  bilangan kenderaan bermotor  sprt lori dan kereta  .
2. Asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang.
3. Pembakaran terbuka.
4.Asap rokok (Karbon Monoksida dan tembakau  – memberi kesan terhadap penghisap dan orang disekitar

2.


PENCEMARAN AIR
-perubahan yang berlaku pada kandungan, keadaan dan warna
Sehingga tidak sesuai untuk digunakan dan dan akan memberi  kesan kepada manusia apabila menggunakannya.


PUNCA PENCEMARAN
1.Sisa bahan buangan kilang spt sisa toksik yang dibuang ke sungai .
2.Pembuangan sampah, minyak dan najis ke dalam air sungai atau laut.
3.Penerokaan huta n menyebabkan hakisan yang  mencemarkan sungai.


3.

PENCEMARAN TANAH
-perbuatan yang berlaku kepada
Sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.


PUNCA PENCEMARAN
1.Pembuangan bahan-bahan buangan kilang spt minyak, sisa toksid, dan sisa-sisa buangan kilang.
2.Pembuangan sampah merata-rata.
3. Penggunaan racun serangga secara berlebihan

4.

PENCEMARAN BUNYI
-bunyi bising yang keterlaluan sehingga meyakitkan telinga

PUNCA PENCEMARAN
1.Bunyi kenderaan bermotor .
2.Bunyi kilang.
3.Kuari-kuari yang mengeluarkan bunyi pemecah batu, enjin gerudi dan kenderaan.
4.Kerja-kerja  pembinaan bangunan.






























































LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
  1. Memberi kesedaran  kepada orang ramai kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.
  2. Menyediakan tempat-tempat pembuangan sampah pada tempat-tempat yang memerlukan.
  3. Mengenakan hukuman kepada mereka yang melakukan kerosakan alam.

Friday, 28 February 2014

Adab Berkomunikasi - Bahagian Akhlak Semester 3

ADAB BERKOMUNIKASI

Komunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan seharian. Bolehkah kita hidup sendirian tanpa bercakap? Kita perlukan teman untuk berbual, supaya apa yang ada dalam minda dan hati dapat diluahkan melalui kata-kata. Namun setiap tutur kata itu, harus kena pada tempatnya. Sekiranya kata-kata itu dikeluarkan sesuka hati tanpa memikirkan akibat daripada  pertuturan yang diucapkan pasti buruk padahnya. Bak kata pepatah Melayu, “ Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

Tujuan dan matlamat manusia berbicara atau bercakap perlu jelas. Kesannya harus mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.  Bagi menjamin wujudnya keharmonian sesama manusia,  Islam telah mengariskan beberapa panduan dalam berkomunikasi secara lisan.

ADAB-ADAB APABILA BERBICARA

Bercakap Benar

Sebelum sesuatu perkataan itu dituturkan, kita perlulah berhati-hati dan berfikir sebaik-baiknya kerana Islam mewajibkan supaya bercakap benar. Ini telah dinyatakan dalam surah al-Taubah ayat 119 (9: 119) yang bermaksud :

“ Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama-sama orang yang benar”

Segala pertuturan yang dikeluarkan harus berpandukan kepada fakta yang benar dan bukan pendustaan yang dilemparkan untuk kepuasan hati dan kepentingan diri sendiri.

Perkataan Yang Baik

Kata-kata yang baik boleh mendatangkan kebaikan, memberikan rangsangan motivasi, menimbulkan semangat dan mengembirakan orang yang mendengarnya.  Tutur kata yang baik juga mencerminkan akhlak seseorang individu. Baik budi bahasanya maka baiklah budi pekertinya.

Suruhan untuk bercakap dengan baik juga dinyatakan di dalam Firman Allah dalam ayat 83 surah al-Baqarah (2:83) yang bermaksud:

“ Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia”

Kurangkan Bercakap

Realitinya, memang sukar untuk dipraktikkan. Mulut ini lebih selesa bercakap daripada senyap. Kalau tidak dapat bercakap, terasa tekanan yang amat sangat. Pantang berjumpa rakan atau ada saja isu baru yang hangat diperkatakan maka panjanglah ulasan yang diberikan. Kerja-kerja yang sepatutnya diamanahkan tidak dapat diselesaikan kerana banyak bercakap. Benarlah peribahasa “ agak lebih daripada agih”. Oleh itu, kita harus mencari jalan untuk mendorong hati kurang berbicara.

Jelas Dan Terang

Berbicaralah dengan suara yang jelas dan terang supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah perlahan-perlahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikanlah tumpuan dan focus semasa bercakap dengan memandang wajah orang yang mendengarnya.

Ini hanyalah sebahagian daripada adab-adab yang dianjurkan oleh Islam. Jadikanlah setiap pertuturan itu sebagai ibadah. Moga  dinilai oleh Allah sebagai suatu amalan yang membuahkan pahala kerana kata-kata yang baik juga adalah suatu sedekah.

MARIA JILANI
Penolong Penasihat Undang-Undang (Syariah) Negeri
Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
Negeri Sembilan