Showing posts with label Bahagian Ibadah Semester 3. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Ibadah Semester 3. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 12) - Bahagian Ibadah Semester 3

BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA

bubapa ialah mereka yang paling banyak berjasa kepada kita.Mereka telah melahirkan dan membesarkan kita.Mereka mengorbankan kepentingan diri demi anak-anak.Sejajar dengan itu anak wajib mentaati dan berbuat baik terhadap kedua ibubapa meskipun berlainan pegangan agama.Allah menjanjikan pahala kepada mereka yang mentaati kedua ibubapa dan Islam meletakkan mereka di tempat yang paling mulia.

Menghina dan menderhakai ibubapa ialah melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesusahan atau penyeksaan kepada ibubapa dari segi fizikal, mental atau jiwa (perasaan).

a. Bentuk penyeksaan dan contoh

Penyeksaan fizikal
Memukul, mengasari, membiarkan dalam keadaan kesakitan (uzur), kelaparan dan sebagainya.

Penyeksaan mental (perasaan)
Mengherdik, memaki, menengking, menipu, mengeluarkan kata-kata kesat atau menyakitinya.


b. Perbuatan mulia terhadap ibubapa
  1. Menghormati mereka sepanjang masa.
  2. Mentaati segala perintah dan kehendaknya selagi tidak bertentangan dengan hokum syarak.
  3. Melakukan sesuatu perkara yang boleh menyenang dan mengembirakan hati ibubapa.
  4. Member keperluan hidup kepada mereka mengikut kemampuan anak-anak setakat mana yang diperlukan.
  5. Sentiasa memberi bantuan kepada mereka ketika susah dan sakit.
  6. Memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya keapada mereka terutama ketika mereka sudah tua dan uzur.
  7. Mengucapkan kata-kata yang sedap didengar dan tidak sesekali mengking atau sebagainya.
  8. Hendaklah selalu mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan keampunan untuk mereka sama ada mereka masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
  9. Menunaikan segala wasiat yang baik, menjelaskan hutang piutang atau menunaikan ibadah haji yang wajib bagi mereka setelah meninggal dunia.
  10. Mengekalkan hubungan silaturrahim yang baik dengan sahabat handai mereka setelah mereka meninggal dunia.

Tuesday, 4 March 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 11) - Bahagian Ibadah Semester 3

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

a. Konsep Keibubapaan

Matlamat pendidikan : membentuk anak-anak yang soleh yang boleh mendoakan ibu bapa sebagai amal jariah.

Sabda Rasulullah s.a.w , mafhumnya:

“Apabila manusia mati maka terputuslah segala amalannyamelainkan tiga perkara: Sedekah jariah(berterusan),ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya”

b. Hukum melaksanakan tanggung jawab : wajib

c. Cara melaksanakan tanggung jawab :

i. Semasa Mengandung
  1. Mendekatkan diri kepada Allah
  2. Melakukan perintah Allah
  3. Menjauhi maksiat
  4. Membaca al-Qur’an
  5. Menjaga akhlak
  6. Membuat pemeriksaan berkala
  7. Menjaga pemakanan
  8. Banyakkan berehat
ii. Selepas Kelahiran :
1. Bayi baru lahir disunatkan :
  • Azan dan iqamah
  • Bertahnik
  • Menamakan dengan nama yang baik
  • Mencukur dan bersedekah
  • Melakukan akikah
2. Pendidikan Islam – asas-asas keimanan : rukun iman, rukun Islam dan prinsip-prinsip syariah 
3. Pendidikan Moral – akhlak dan budi luhur
4. Pendidikan Jasmani – penjagaan kesihatan, makan minum dan kebersihan diri. 
5 .Pendidikan intelektual – ilmu fardu ain dan kifayah 
6. Pendidikan rohani – sifat-sifat positif 
7. Pendidikan sosial – konsep persaudaraan, menjaga hak-hak orang lain, batasan aurat dan pergaulan. 
d. Implikasi Pengabaian Tanggung jawab Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak-anak

  1. Membentuk individu yang bersifat individualistik/ mementingkan diri sendiri
  2. Melahirkan individu yang lemah dan tidak mempunyai jati diri
  3. Anak-anak mudah terjebak dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah
  4. Terdorong untuk melakukan perlakuan jenayah.
  5. Menimbulkan kebencian Allah dan masyarakat

Monday, 3 March 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 10) - Bahagian Ibadah Semester 3

NUSYUZ
a. Definisi :
  1. Bahasa : derhaka/ingkar
  2. Istilah : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut syarak.
b. Hukum : haram dan malaikat melaknat isteri yang nusyuz

c. Perkara-perkara yang boleh membawa kepada nusyuz :
  1. Enggan melayan suami ke tempat tidur.
  2. Keluar rumah tanpa izin
  3. Melakukan kekasaran; perkataan/perbuatan
  4. Ingkar perintah suami
  5. Membenarkan lelaki lain yang tidak disukai suami memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
d. Kesan nusyuz :
  1. Hilang hak nafkah daripada suami
  2. Hilang hak giliran bermalam
e. Akibat buruk nusyuz
  1. Suami : hilang pertimbangan dan akan bertindak kasar terhadap isteri.
  2. Keluarga : anak-anak hilang rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa.
  3. : hubungan antara keluarga akan terjejas.
f. Adab mendidik isteri yang nusyuz
  1. Memberi nasihat dengan penuh hikmah
  2. Memisahkan tempat tidur
  3. Memukul dengan tujuan mendidik.
g. Syarat-syarat memukul isteri nusyuz
  1. Tidak keterlaluan hingga mencederakannya
  2. Tidak keterlaluan hingga mencederakannya
  3. Memukul dengan tujuan mendidik
  4. Memukul dengan alat yang tidak membahayakan.

Saturday, 1 March 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 9) - Bahagian Ibadah Semester 3

FASAKH DAN KHULUK

Aspek
Fasakh
Khuluk
Definisi
Bahasa: Batal
Istilah : Pembatalan ikatan perkahwinan oleh pihak kadi/mahkamah syari’ah
Bahasa: Mencabut / tanggal
Istilah : Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak khuluk atau bayaran tertentu
Hukum
Harus
Sebab-sebab
1.Suami tidak memberi nafkah zahir/batin.
2.Suami berpenyakit  yang sukar diubati
3.Suami melakukan kezaliman
4.Suami hilang /ghaib
 *Mazhab Hanbali – 6 bln,
*Mazhab Maliki -1 tahun
*Mazhab as-Syafi’e – 4thn
5.Suami murtad
Atas permintaan isteri
Proses
Isteri menuntut fasakh,Mahkamah Syari’ah menyiasat, jika sabit aduan, mahkamah akan membubarkan perkahwinan
Isteri meminta diceraikan dengan tebus talak sbyk RM 1000, suami melafazkan : Aku talakkan engkau dengan bayaran sebanyak itu.
Kesan
Tidak boleh dirujuk dalam masa edah, tetapi boleh nikah semula
Hikmah
1.Mengelakkan kemudaratan terhadap isteri
2.Peringatan kepada suamiagar melaksanakan tanggungjawab
3.Menyelamatkanaqidah isteri/anak daripada suami murtad
1.Penghormatan kepada isteri
2.Mengelakkannusyuz
3.Mengelakkan sifat ego suami yang sukamenyalahgunakan kuasasebagai ketua keluarga

Friday, 28 February 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 8) - Bahagian Ibadah Semester 3

IDDAH
a. Pengertian :

  1. Bahasa : Tempoh pengiraan
  2. Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.
b. Jenis dan tempoh iddah



Status isteri
Iddah

Perceraian hidup

Perceraian mati
Hamil
Melahirkan
Melahirkan
Haid
3 kali suci
4 bulan 10 hari
Tiada Haid
3 bulan
4 bulan 10 hari
Belum disetubuhi
Tiada iddah
4 bulan 10 hari

c. Sebab perbezaan tempoh jenis-jenis iddah

1. Iddah perempuan bercerai hidup :
  • 3 kali suci kerana dapat membersihkan rahim perempuan daripada benih bekas suami
  • Perempuan hamil : hingga melahirkan supaya perempuan dapat memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.
2. Iddah perempuan bercerai mati : 4 bulan 10 hari sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.

3. Iddah permpuan yang belum disetubuhi : tiada iddah kerana rahimnya bersih dari pada benih suaminya.

d. Hikmah iddah
  1. Memastikan tidak berlaku percampuran keturunan
  2. Memberi peluang untuk berfikir
  3. Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya
e. Hak dan status isteri semasa dan selepas iddah


Hak semasa iddah
Hak selepas iddah
i. Talak satu/dua masih dalam iddah : mendapat nafkah zahir, tempat tinggal dan harta pewarisan
Tidak lagi mempunyai hubungan dengan suami.
Bebas untuk berkahwin dengan bekas suami atau lelaki lain
ii. Talak bain : tidak berhak mendapat nafkah zahir, kecuali tempat tinggal dan harta pewarisan
iii.Kematian suami: Tempat tinggal sahaja

f. Perkara-perkara yang dilarang semasa iddah



Perkara
Iddah talak
Iddah kematian
Peminangan
Diharamkan kepada lelaki lain, sama ada secara terang/sindiran
Diharamkan kepada lelaki lain secara terang, harus secara sindiran
Keluar rumah
Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami kecuali keperluan yang dibenarkan syarak
Tidak boleh keluar rumah kecuali keperluan yang dibenarkan syarak
Berhias diri
Dalam iddah raji’e : harus
Dalam iddah bain : sunat
Diharamkan
Perkahwinan
Diharamkan dengan lelaki lain
Diharamkan