Showing posts with label Bahagian Akidah Sem 2. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Akidah Sem 2. Show all posts

Tuesday, 16 September 2014

Bahagian Akidah Semester 2 - Menjelaskan Tuntutan Taubat

MEMAHAMI DAN KONSEP  TUNTUTAN BERTAUBAT

HASIL PEMBELAJARAN MODUL

  1. Menyatakan pengertian taubat.
  2. Menjelaskan syarat-syarat taubat.
  3. Menjelaskan hikmah taubat.
  4. Melafazkan istighfar dengan betul.
  5. Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan.

MAKSUD TAUBAT

Monday, 15 September 2014

Bahagian Akidah Semester 2 - Menjelaskan Dosa

MEMAHAMI DAN KONSEP PAHALA, DOSA

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :


1.      Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut.
2.      Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.
3.      Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.
4.      Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia.






Pengertian dosa :

Saturday, 13 September 2014

Bahagian Akidah Semester 2 - Konsep Pahala, Dosa Dan Tuntutan Bertaubat

MEMAHAMI DAN KONSEP PAHALA DAN DOSA 


HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1.      Menyatakan pengertian pahala dan contoh
2.      Menjelaskan pembahagian dosa beserta contoh.
3.      Menjelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa.
4.      Berusaha menambahkan pahala dan menjauhi dosa.


PENGERTIAN PAHALA DAN DOSA.

Pahala : Ganjaran yang dikurniakan Allah kepada mereka yang melakukan kebajikan  dan mentaati perintahNya. Contohnya : Mendapat pahala apabila menunaikan solat.

Dosa : Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya.

Contohnya : Balasan dosa kerana  minum arak atau menderhakai ibu bapa

Saturday, 28 September 2013

Bahagian Akidah Semester 2 - Menjelaskan Tuntutan Taubat



Semester 2 - AKIDAH
Menjelaskan Tuntutan Taubat


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan konsep pahala, dosa dan tuntutan bertaubat

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan tuntutan taubat

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan pengertian taubat.

2.     Menjelaskan syarat-syarat taubat.

3.     Menjelaskan hikmah taubat.

4.     Melafazkan istighfar dengan betul.

5.     Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan.

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan pengertian taubat.

 
Maksunya: Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya..

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan syarat-syarat taubat.

1.     Menyesal terhadap dosa yang dilakukan.

2.     Berhenti melakukan dosa.

3.     Berazam tidak akan mengulanginya.

4.     Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan hikmah taubat.

1.     Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kepada Allah SWT.

2.     Memberi ketenagan hati setelah bertaubat.

3.     Mendapat keampunan dosa dan petunjuk Allah SWT.

4.     Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

5.     Akan dikasihi oleh Allah SWT.

6.     Mengembalikan ikatan silaturahim sesama manusia.

KRITERIA PENCAPAIAN
Melafazkan istighfar dengan betul.

Membaca lafaz:

  
KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan.

1.     Mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara dosa.

2.     Mengamalkan istighfar dan taubat dalam kehidupan.

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan mengenai konsep taubat.

2.     Bercerita mengenai kisah individu yang bertaubat.

3.     Menasyidkan lagu istighfar beramai-ramai.

4.     Menunaikan solat sunat taubat di surau atau musolla.

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Nyatakan pengertian taubat.

2.     Jelaskan empat syarat-syarat taubat.

3.     Jelaskan dua hikmah taubat.

4.     Tasmik bacaan istighfar dengan betul.

Friday, 27 September 2013

Bahagian Akidah Semester 2 - Menjelaskan Dosa



Semester 2 - AKIDAH
Menjelaskan Dosa


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan konsep pahala, dosa dan tuntutan bertaubat

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan dosa:

1.      Menderhaka ibu bapa

2.      Zina

3.      Arak dan dadah

4.      Riba

5.      Judi

6.      Mencuri

7.      Memfitnah

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut.

2.     Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.

3.     Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.

4.     Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia.

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut.

Menderhaka ibu bapa
Tidak mentaati perintah ibu bapa yang tidak bertentangan syarak, menyinggung perasaan dan berlaku kasar terhadap ibu bapa.
Zina
Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.
Arak dan dadah
Sejenis minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang di peram. Dadah ialah sejenis bahan yang menghayalkan dan menghilangkan daya fikir.
Riba
Pertambahan bayaran atau faedah dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis dan pertukaran matawang.
Judi
Pertaruhan yang melibatkan wang atau barangan.
Mencuri
Mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa izin.
Memfitnah
Menuduh seseorang tanpa bukti.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.

1.     Mendapat balasan dosa dan akan diazab di akhirat.

2.     Menjatuhkan maruah diri, keluarga dan masyarakat.

3.     Menghilang kewarasan akal.

4.     Memecahbelahkan masyarakat dan memutuskan ikatan silaturahim.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.

1.     Mendalami ilmu agama dan ketakwaan kepada Allah SWT.

2.     Memilih rakan yang baik dan berakhlak mulia.

3.     Meningkatkan amal ibadah dan menjauhkan amalan negatif.

4.     Melazimi istighfar dan berdoa agar dijauhkan daripada dosa.

KRITERIA PENCAPAIAN
Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia.

1.     Sentiasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberi.

2.     Melazimi taubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.

3.     Menjaga batas pergaulan dan memilih rakan yang baik.

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan pengertian dosa.

2.     Sumbang saran dosa-dosa yang sering dilakukan oleh murid.

3.     Menjana idea cara menghindari perlakuan tersebut.

4.     Penyediaan folio kesan-kesan dosa dalam masyarakat.

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Nyatakan pengertian dosa-dosa di bawah:

a.     Menderhaka ibu bapa -

b.     Zina -

c.      Arak dan dadah -

d.     Riba -

e.      Judi -

f.       Mencuri -

g.     Memfitnah –

2.     Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.

3.     Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.

4.     Menyediakan folio kesan-kesan judi dan zina dalam masyarakat.

 

Thursday, 26 September 2013

Bahagian Akidah Semester 2 - Konsep Pahala, Dosa Dan Tuntutan Bertaubat



Semester 2 - AKIDAH
Konsep Pahala, Dosa Dan Tuntutan Bertaubat


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan konsep pahala, dosa dan tuntutan bertaubat

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep pahala dan dosa.

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan pengertian pahala dan contoh

2.     Menjelaskan pembahagian dosa beserta contoh.

3.     Menjelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa.

4.     Berusaha menambahkan pahala dan menjauhi dosa.

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan pengertian pahala dan contoh

Ganjaran yang dikurniakan Allah kepada mereka yang melakukan kebajikan  dan mentaati perintahNya.

Contohnya : Mendapat pahala apabila menunaikan solat

Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya

Contohnya : Balasan dosa kerana  minum arak atau menderhakai ibu bapa

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan pembahagian dosa beserta contoh

1.     Dosa besar iaitu kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.

Contohnya :    Membunuh, minum arak dan mencuri

                             Menderhakai ibu bapa, mengumpat dan memakan riba

2.     Dosa kecil iaitu kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat

Contohnya :    Melihat aurat bukan mahram, bercakap perkara tidak berfaedah.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa.

1.     Bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan kebajikan.

2.     Takut melakukan perbuatan maksiat dan perkara jahat.

3.     Berusaha menambahkan ilmu untuk mengetahui perkara yang disuruh atau yang ditegah.

KRITERIA PENCAPAIAN
Berusaha menambahkan pahala dan menjauhi dosa.

1.      Berbakti kepada ibu bapa dan guru.

2.      Sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakan.

3.      Melazimi istigfar.

4.      Menjauhi tempat-tempat yang terdapat unsur maksiat.

5.      Menjauhi rakan-rakan yang tidak berakhlak.

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan guru mengenai pengertian pahala dan dosa serta pembahagiannya.

2.     Sumbang saran contoh-contoh pahala dan dosa.

3.     Menyediakan folio berkaitan pembahagian dosa dan contoh-contoh yang sering dilakukan oleh remaja masa kini.

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Nyatakan pengertian pahala dan berikan contoh.

2.     Jelaskan pembahagian dosa beserta contoh.

3.     Jelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa.