Showing posts with label Bahagian Akhlak Sem 4. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Akhlak Sem 4. Show all posts

Thursday, 11 September 2014

Bahagian Akhlak Semester 4 - Sifat Jatidiri

JATI DIRI
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :

  1. Menyatakan maksud sifat jati diri
  2. Menyenaraikan ciri-ciri sifat jati diri
  3. Menjelaskan kelebihan sifat jati diri.
  4. Menerangkan akibat tidak bersifat jati diri.
  5. Sentiasa mengamalkan sifat jati diri dalam kehidupan.


MAKSUD JATI DIRI

Menurut Kamus Dewan, perkataan jati, sama dengan sejati yang membawa maksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur manakala perkataan diri pula bermaksud empunya badan.

Apabila kita kaitkan jati diri dengan insan, ia membawa maksud seorang manusia sempurna yang memiliki keseimbangan antara akli (fikiran), jasmani dan rohaninya.

Dalam membangunkan kemanusiaan insan, agama Islam lebih memfokuskan kepada pembangunan dalaman manusia itu, iaitu rohnya.

®    Setelah dua kalimah digabungkan sebagai jati diri, ia membawa maksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa sama ada dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang boleh menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa menurut kamus dewan.

®    Contoh :  Setiap muslim wajib menjaga aurat dan batas pergaulan . Walaupun zaman berubah, persekitaran berubah, fesyen berubah, cara hidup berubah dia tetap seorang muslim dan akan tetap menutup aurat dengan sempurna dan menjaga batas- pergaulan. Manakala masyarakat bukan Islam akan mudah mengenali seseorang muslim berdasarkan pakaian yang menutup aurat. Penjagaan aurat sempurna adalah jati diri umat Islam


CIRI-CIRI JATI DIRI
SEORANG MUSLIM

1.    Mempunyai Iman yang teguh terhadap Allah dan Rasul.
Walaupun diri dizalimi, diuji dengan penderitaan dan kepayahan namun imannya tidak pernah  luntur  dan tetap teguh atas landasan tauhid kepada Allah. Begitu juga bila di ancam dengan ancaman hiburan melampau dan menggugat aqidahnya atau ancaman nyawa dan harta, mukmin yang punyai jati diri pasti tidak akan mudah goyaH sepertimana iman Bilal bin Rabah, Sumayyah dan kelurga Ammar bin Yassir



2.    Istiqamah melaksanakan segala tuntutan syariat sama ada yang berbentuk suruhan mahupun larangan
Contohnya  sentiasa menjaga aurat dan batas pergaulan, dan sentiasa menjaga solat walau di mana jua berada dan dalam keadaan apa sekalipun

3.    Istiqamah dalam melaksanakan sunah-sunah Rasulullah saw dalam kehidupan
Contohnya solat berjemaah, puasa sunat  Isnin dan Khamis, melaksanakan solat-solat sunat dll

4.    Sentiasa bersyukur dengan nikmat redha berfikiran positif dan sabar terhadap musibah
Mukmin sejati akan sentiasa berlapang dada dan redha menerima takdir qadha dan qadar dan dalam masa yang sama mereka yakin kesabaran mereka akan beroleh pahala dan sentiasa optimis bahawa ada hikmah di sebalik ketentuan Allah

5.    Berakhlak dengan akhlak mahmudah dan menjauhi akhlak mazmumah
Mukmin sejati akan sentiasa berbuat baik pada dirinya dan menjaga akhlak sesama muslim, akhlak dengan orang bukan Islam, akhlak dengan binatang dan alam sekitar.
Contohnya Islam melarang umatnya meniru perbuatan atau budaya orang kafir yang bercanggah dengan Islam seperti budaya tari menari, menyanyi berpelukan dalam filem dengan bukan mahram, budaya homoseksual dll.
Namun bagi umat Islam yang lemah jati diri mereka akan mudah terikut dan terpengaruh dengan tidak mampu menghoindar diri dari perkara tersebpi sesuatu kesulitan

6.    Memohon pertolongan hanya kepada Allah dalam menghadapi sesuatu kesulitan.
orang yang lemah imannya selalu resah gelisah dan akan mencari pertolongan kepada sesiapa sahaja yang dianggapnya dapat meringankan kesulitan yang dideritainya itu. Walaupun pertolongan itu sifatnya hanya sementara sahaja.
Mukmin  yang punyai jati diri akan mengharap pertolongan Allah, memohon terus kepadanya tanpa apa-apa perantaraan.

7.    Beramal soleh,  menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran

   

KELEBIHAN SIFAT JATI DIRI


1.      Merupakan lambang identiti dan keperibadian umat Islam yang sejati dan bermaruah  serta menjadi umat terbaik yang Allah bangkitkan di atas muka bumi ini
2.      Membentuk peribadi muslim yang bersyukur dengan nikmat iman dan Islam kurniaan Ilahi.  Maka nikmat ini akan sentiasa dijaga, dipelihara dengan sebaik-baiknya.
3.      Melahirkan peribadi muslim sejati yang sentiasa peka dan prihatin dengan hal dan keadaan saudara-saudara seakidah yang dizalimi dan ditimpa musibah
4.      Menjadikan seseorang muslim itu sentiasa berada di atas landasan akidah yang benar berdasarkan akidah Ahli Sunnah Waljamaah
5.      Menjadikan seseorang muslim  itu kuat dan tahan uji ketika menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
6.      Mempunyai keteguhan hati dalam mempertahankan prinsip
7.      Dihormati oleh orang ramai dan disukai oleh Allah dan Rasul


  

AKIBAT TIADA JATI DIRI


1.      Umat Islam akan mudah terpesong akidah kepada ajaran akidah yang salah dan sesat
2.      Umat Islam akan mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya luar yang melalaikan dan merosakkan
3.      Umat Islam tidak akan dihormati bahkan ditertawa dan dipandang hina oleh masyarakat bukan Islam
4.      Segala nilai-nilai akhlak dan sunnah Rasulullah akan dilupakan oleh generasi seterusnya kerana tiada lagi orang yang mengamalkannya
5.      Tidak  mempunyai pendirian yang teguh
6.      Melahirkan insan yang cepat kecewa dan tidak mahu berusaha
7.      Sering menimbulkan masalah kepada negara seperti rasuah dan menghisap dadah
8.      Akan melakukan  kerja yang sia-sia.


Wednesday, 10 September 2014

Bahagian Akhlak Semester 4 - Sifat Istiqamah

ISTIQAMAH

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :


  1. Menyatakan maksud istiqamah.
  2. Menjelaskan ciri-ciri istiqamah.
  3. Menerangkan akibat tidak beristiqamah.
  4. Sentiasa beristiqamah dalam kehidupan

MAKSUD ISTIQAMAH


®    Istiqamah ialah ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus menerus(termasuk urusan agama) - mengikut Kamus DBP
®    Menurut Istilah syarak: Istiqamah ialah tetap teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam dan amal soleh

Firman Allah



 Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah),  kemudian mereka tetap istiqamah. Maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula berdukacita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal didalamnya, sebagai balasan atas apa yang mereka lakukan”



CIRI-CIRI ISTIQAMAH

1.     Konsisten dalam berpegang teguh dengan akidah tauhid
2.     Konsisten dalam menjalankan syariat agama, sama ada suruhan atau larangan
3.     Konsisten dalam memperjuangkan keadilan, kebenaran serta menentang kezaliman dan penipuan

    

TAHAP-TAHAP ISTIQAMAH


Ada 3 tahap istiqamah yang perlu berlaku serentak :

1.    Istiqamah hati
-          Sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga hati daripada sifat syirik , menjauhi sifat sifat btercela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata lain , istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.

2.    Istiqamah lisan
-          Memelihara lisan atau tutur kata supaya sentiasa bercakap benar dan jujur setepat kata hati yang berpegang pada prinsip  kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman,  berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran  dan hanya takut kepada Allah SWT

3.    Istiqamah perbuatan
-          Tekun bekerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah. Dengan kata  lain, istiqamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa



AKIBAT TIDAK ISTIQAMAH

AKIBAT TIDAK ISTIQAMAH :

1.      Melahirkan manusia yang mudah berputus asa dan kecewa
2.      Tidak mencapai matlamat yang disasarkan
3.      Berleluasanya perkara –perkara mungkar

CARA MENGHAYATI  ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN

1.      Melakukan kerja secara ikhlas kerana Allah
2.      Tidak berputus asa apabila menerima ujian daripada Allah SWT
3.      Mengamalkan konsep wasatiah dalam kehidupan



Tuesday, 9 September 2014

Bahagian Akhlak Semester 4 - Adab Bekerja

ADAB BEKERJA

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :

  1. Menyatakan maksud adab bekerja.
  2. Menyenaraikan adab-adab bekerja.
  3. Menerangkan akibat tidak menjaga adab semasa bekerja.
  4. Sentiasa menjaga adab bekerja.

PENGENALAN


®    Bekerja adalah satu usaha yang perlu dilakukan oleh semua makhluk Allah di buka bumi ini bagi mendapatkan rezeki masing-masing.
®    Untuk mendapat rezeki yang halal, kita perlu bekerja untuk hidup samaada membanting tulang empat kerat atau memerah otak untuk menghasilkan idea-idea yang bernas.
®    Bekerja adalah satu sumbangan atau kebajikan kepada masyarakat negara.


ADAB-ADAB BEKERJA


MAKSUD ADAB BEKERJA
Tata cara atau etika melaksanakan sesuatu pekerjaan agar  berjalan lancar dan beroleh keberkatan daripada Allah SWT

ANTARA ADAB-ADAB BEKERJA
1.      Memulakan kerja dengan kalimah basmalah agar diberkati Allah
2.      Menyelesaikan tugas pada masa yang ditetapkan dan tidak menangguhkannya.
3.      Berpakaian bersih, kemas dan menutup aurat sesuai dengan pekerjaan.
4.      Toleransi dalam pekerjaan bagi kerja berpasukan agar wujud suasana harmoni.
5.      Mematuhi arahan ketua serta prosedur dan kaedah yang betul semasa bekerja.


AKIBAT TIDAK MENJAGA ADAB SEMASA BEKERJA


1.      Kerja yang diamanahkan tidak sempurna
2.      Tidak mencapai matlamat yang disasarkan
3.      Hasil pengeluaran tidak berkualiti
4.      Menghalang kemajuan sesebuah negara
5.      Melahirkan pekerja yang tidak berdaya saing


CARA  MENJAGA ADAB BEKERJA


1.      Bersungguh –sungguh ketika bekerja
2.      Berdoa agar urusan pekerjaan dipermudahkan oleh Allah
3.      Berhati-hati dan menjaga keselamatan ketika bekerja




Tuesday, 1 October 2013

Bahagian Akhlak Semester 4 - Sifat Jatidiri



Semester 4 - AKHLAK
Sifat Jatidiri

STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan sifat jati diri .

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan sifat jati diri .

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan maksud sifat jati diri

2.     Menyenaraikan ciri-ciri sifat jati diri

3.     Menjelaskan kelebihan sifat jati diri

4.     Menerangkan akibat tidak bersifat jati diri

5.     Sentiasa mengamalkan sifat jati diri dalam kehidupan

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan maksud sifat jati diri

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyenaraikan ciri-ciri sifat jati diri

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kelebihan sifat jati diri

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan akibat tidak bersifat jati diri

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa mengamalkan  bersifat jati diri dalam kehidupan

Bahagian Akhlak Semester 4 - Sifat Istiqamah



Semester 4 - AKHLAK
Sifat Istiqamah

STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan sifat istiqamah

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan    sifat isiqamah.

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan maksud isiqamah.

2.     Menjelaskan ciri-ciri istiqamah

3.     Menerangkan akibat tidak istiqamah

4.     Sentiasa istiqamah dalam kehidupan

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan maksud istiqamah

Maksud istiqamah ialah tetap teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam dan beramal saleh

Firman Allah Taala:

 
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", Kemudian mereka tetap istiqamah.Maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) berdukacita.  Mereka Itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.”

(Surah Al Ahqaf:13—14)

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan ciri-ciri istiqamah

1.     Konsisten dalam memegang teguh akidah tauhid

2.     Konsisten dalam menjalankan syariat agama, sama ada suruhan atau larangan

3.     Konsisten dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan akibat tidak istiqamah

1.     Mudah berputus asa

2.     Tidak mencapai matlamat yang disasarkan

3.     Berleluasanya perkara-perkara mungkar

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa istiqamah dalam kehidupan

1.     Melakukan kerja  secara ikhlas kerana Allah

2.     Tidak berputus asa apabila menerima ujian daripada Allah SWT

3.     Mengamalkan konsep wasatiah dalam kehidupan

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan guru tentang  maksud dan ciri-ciri istiqamah

2.     Sumbangsaran tentang akibat tidak beristiqamah dalam kehidupan

3.     Perbincangan tentang cara berisiqamah dalam menuntut ilmu