Tuesday, 12 November 2013

Rancangan Sesi Latihan Semester 2 - Minggu 9

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 2
MINGGU 9

Kompetensi 1 (Minggu 9)
Memahami dan menjelaskan bidang ibadah dalam Islam.
Menjelaskan jenayah dan hukumannya.

Kaedah Pengajaran
1.   Penerangan
2.   Perbincangan
3.   Sumbangsaran
4.   Inkuiri

Kaedah Pentaksiran
1.   Folio
2.   Kuiz

Bahan / Sumber
1.   LCD
2.   Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4
3.   Tafsir al-Quran Pimpinan Ar-Rahman


Kompetensi 2 (Minggu 9)
Memahami dan mengamalkan adab dan akhlak Islam.
Memahami dan mengamalkan sifat khauf dan raja’.

Kaedah Pengajaran
1.   Penerangan
2.   Perbincangan
3.   Sumbangsaran
4.   Inkuiri

Kaedah Pentaksiran
1.   Folio
2.   Kuiz

Bahan / Sumber
1.   LCD
2.   Ihya’ Ulumuddin.
3.   Tafsir al-Quran Pimpinan Ar-Rahman


Monday, 11 November 2013

Rancangan Sesi Latihan Semester 2 - Minggu 8

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 2
MINGGU 8

Kompetensi 1 (Minggu 8)
Memahami dan menjelaskan bidang ibadah dalam Islam.
Menjelaskan ibadah haji dan umrah

Kaedah Pengajaran
1.   Penerangan
2.   Perbincangan
3.   Sumbangsaran
4.   Inkuiri
5.   Tunjuk cara

Kaedah Pentaksiran
1.   Folio
2.   Kuiz

Bahan / Sumber
1.   LCD
2.   Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4
3.   Tafsir al-Quran Pimpinan Ar-Rahman


Kompetensi 2 (Minggu 8)
Memahami dan menjelaskan bidang ibadah dalam Islam.
Menjelaskan jenayah dan hukumannya.

Kaedah Pengajaran
1.   Penerangan
2.   Perbincangan
3.   Sumbangsaran
4.   Inkuiri

Kaedah Pentaksiran
1.   Folio
2.   Kuiz

Bahan / Sumber
1.   LCD
2.   Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4
3.   Tafsir al-Quran Pimpinan Ar-Rahman


Sunday, 10 November 2013

Tazkirah - Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadah



Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadah

Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

( Abu Daud dan An-Nasa'i)

 

 Hadis ini menerangkan bahawa:

 

Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.

 

Huraiannya:

 

Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.

 

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas kepadaNya.

Ingin Menjana Pendapat Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233973

Saturday, 9 November 2013

Tazkirah - Orang Yang Telah Memperbanyakkan Amal-amal Kebajikan



Orang Yang Telah Memperbanyakkan Amal-amal Kebajikan


Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya. Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dan pintu sedekah. " Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a., berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan). Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w. menjawab: "Ia, ada. Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."(Bukhari dan Muslim)

 

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menerangkan tentang kemuliaan dan penghormatan yang tinggi yang diberikan oleh Malaikat pada hari akhirat kepada orang yang membanyakkan jenis-jenis amal kebajikan yang dilakukannya.

 

Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan, sangatlah dihormati oleh Malaikat Syurga sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk dari pintu yang dijagainya.

 

Maksud mengerjakan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan itu ialah: Misalnya seseorang mengerjakan sembahyang fardu ia juga mengerjakan berbagai-bagai sembahyang sunat. Demikian halnya pada amal-amal kebajikan yang lain.

 

Mendengarkan tentang kemuliaan yang besar yang akan di dapati oleh orang yang berbahagia itu, Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, r.a., merasa gembira dan meminta penjelasan dari Rasulullah s.a.w., lalu Baginda s.a.w. menerangkannya dan menyatakan harapannya semoga Sayidina Abu Bakar termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung itu.

 

Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233973

Friday, 8 November 2013

Rancangan Sesi Latihan Semester 2 - Minggu 7

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 2
MINGGU 7

Kompetensi 1 (Minggu 7)
Memahami dan menyakini akidah Islam yang benar
Menjelaskan dosa:
1.   riba.
2.   judi.
3.   mencuri.
4.   fitnah

Kaedah Pengajaran
1.   Penerangan
2.   Perbincangan
3.   Sumbangsaran
4.   Inkuiri
5.   Tayangan Video

Kaedah Pentaksiran
1.   Folio
2.   Kuiz Spontan
3.   Teka Silangkata

Bahan / Sumber
1.   Tayangan LCD ayat
2.   Audio bacaan Qari
3.   Internet
4.   Tafsir al-Quran Pimpinan Ar-Rahman


Kompetensi 2 (Minggu 7)
Memahami dan mengamalkan adab dan akhlak Islam.
Memahami dan mengamalkan adab menjaga maruah diri

Kaedah Pengajaran
1.   Penerangan
2.   Perbincangan
3.   Sumbangsaran
4.   Inkuiri

Kaedah Pentaksiran
1.   Folio
2.   Kuiz

Bahan / Sumber
1.   LCD
2.   Ihya’ Ulumuddin.
3.   Tafsir al-Quran Pimpinan Ar-Rahman


Thursday, 7 November 2013

Rancangan Sesi Latihan Semester 2 - Minggu 6

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 2
MINGGU 6

Kompetensi 1 (Minggu 6)
Membaca dan memahami Hadis
Membaca, memahami dan mengamalkan hadis tentang halal dan haram dalam Islam

Kaedah Pengajaran
1.   Membaca Teks hadis
2.   Penerangan
3.   Perbincangan
4.   Sumbangsaran
5.   Inkuiri

Kaedah Pentaksiran
1. Folio
2. Kuiz

Bahan / Sumber
1.   Tayangan LCD hadis
2.   Internet
3.   Tafsir al-Quran Pimpinan Ar-Rahman


Kompetensi 2 (Minggu 6)
Mengetahui dan mengambil iktibar daripada peradaban kerajaan dan tokoh Islam
Menjelaskan sejarah kerajaan Bani Umayyah

Kaedah Pengajaran
1.   Pembentangan tugasan kumpulan
2.   Perbincangan

Kaedah Pentaksiran
1.   Folio
2.   Kuiz
3.   Teka Silangkata

Bahan / Sumber
1.   LCD
2.   Dokumentari perkembangan sejarah Islam
3.   Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4
4.   Tafsir al-Quran Pimpinan Ar-Rahman