Friday, 11 October 2013

Bahagian Al-Quran Semester 3 - Surah Al-Mukminun Ayat 1 - 11



Semester 3 – AL-QURAN (BACAAN)
Surah Al-Mukminun Ayat 1 - 11

STANDARD KANDUNGAN :
Bacaan Dan Kefahaman Ayat Al Quran(Surah Al Mukminun Ayat 1-11)

STANDARD PEMBELAJARAN:
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 1 – 11 surah al Mukminun

KRITERIA PENCAPAIAN :
1.     Membaca ayat 1 – 11 surah al Mukminun dengan betul dan bertajwid.
2.     Menyatakan intisari ayat 5-7 surah al Mukminun
3.     Menjelaskan cara-cara memelihara kehormatan diri.
4.     Menjelaskan contoh salahlaku seks
5.     Mengenalpasti punca dan cara mengatasi salahlaku seks
6.     Pengajaran ayat

KRITERIA PENCAPAIAN :
Membaca ayat 1 – 11 surah al Mukminun dengan betul dan bertajwid.

  
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan intisari ayat 5-7 surah al Mukminun

Ayat ini menjelaskan perkara yang berkaitan dengan kewajipan memelihara kehormatan diri

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan cara-cara memelihara kehormatan diri.

1.     Menjaga batas-batas pergajulan
2.     Tidak melakukan perbuatan salah laku seks
3.     Menutup aurat
4.     Berakhlak mulia

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan contoh salahlaku seks

1.     Zina - persetubuhan haram lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah
2.     Liwat - persetubuhan melalui dubur samada lelaki dan perempuan
3.     Onani - mengeluarkan mani sendiri dengan sengaja
4.     LGBT    Lesbian : hubungan sejenis perempuan dengan perempuan 
              Gay : hubungan sejenis lelaki dengan lelaki
                   Biseksual : kecenderungan terhadap kedua-dua seks
                   Transeksual : penukaran jantina
5.  Gangguan seksual  - sebarang tingkahlaku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan samada secara lisan, visual, psikologi atau fizikal.

KRITERIA PENCAPAIAN :
Mengenalpasti punca dan cara mengatasi salahlaku seks

1.     Punca salahlaku seks
         a)     Kurang didikan agama
         b)    Terpengaruh dengan media massa
         c)     Kurang penguatkuasaan undang-undang

2.     Cara mengatasi salahlaku seks
          a)     Menerapkan pendidikan agama sejak kecil
          b)    Mengadakan kempen bahaya salahlaku seks
          c)     Menguatkuasakan undang-undang

KRITERIA PENCAPAIAN :
Pengajaran ayat

1.  Kita hendaklah menjauhkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada salahlaku seks.
2.     Umat Islam wajib memelihara kehormatan diri dengan berakhlak mulia.
3.     Perbuatan salahlaku seks adalah perkara yang dimurkai oleh Allah.

CADANGAN AKTIVITI
1.     Membaca ayat 1-11 Surah Al-Mukminun secara talaqqi musyafahah
2.   Kaedah perbincangan ilmiah untuk mendapatkan intisari ayat kefahaman 1-11 Surah Al-Mukminun
3.     Memperdengarkan bacaan dari qari-qari yang masyhur melalui CD
4.     Murid mentasmi’kan bacaan bersama rakan.

CADANGAN PENTAKSIRAN
1.     Nyatakan cara-cara menjaga memelihara kehormatan diri.
2.     Nyatakan maksud zina dan liwat
Folio : Mengumpul koleksi fesyen menurut Islam dan bukan Islam. Guru akan membuat pengukuhan.