Semester 3 – Hafazan Ayat Al-Quran
Surah at-Tin
STANDARD KANDUNGAN :
Hafazan Ayat Al Quran Membaca Dan Menghafaz Surah-Surah Pilihan Dan Mengamalkannya Dalam Solat Serta Amalan Harian.
STANDARD PEMBELAJARAN:
Menghafaz dan mengamalkan surah berikut:
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menghafaz surah at-Tiin dengan betul , bertajwid dan lancar.
CADANGAN AKTIVITI
Amali
1. Guru memperdengarkan bacaan kesemua surah di atas daripada video qari yang mahsyur
2. Menghafaz potongan ayat dalam kumpulan melalui kaedah talaqqi,musyafahah dan tikrar.
3. Guru mentasmi’ kesemua ayat hafazan di atas secara individu.
4. Melazimi bacaan surah di atas dalam solat fardhu dan solat sunat.
CADANGAN PENTAKSIRAN
Ujian hafazan dan tasmik
Skala penilaian :
Bil.
|
Aspek
|
Gred
|
Kriteria
|
1.0
|
Menghafaz ayat-ayat Quran :
· Tajwid
· Fasahah
· Lancar
|
Cemerlang
(8-10)
|
Memenuhi kesemua kriteria berikut :
1. Menghafaz ayat al-Quran dengan betul.
2. Menghafaz ayat al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul.
3. Menghafaz ayat al-Quran dengan lancar.
|
Kepujian
(4-7)
|
Memenuhi kriteria 1 dan 2
| ||
Memuaskan
(1-3)
|
Memenuhi kriteria 1 sahaja
|