Amalan Berzikir Pelindung Ketika Perjalanan
BERZIKIR (mengingati Allah)
dan membaca ayat suci al-Quran mempunyai banyak berkat dan fadilat. Ia juga
antara usaha paling mujarab bagi melindungi diri daripada sebarang bahaya dan
kejahatan sama ada manusia, jin atau syaitan ketika dalam perjalanan.
Kita perlu memohon
perlindungan Allah. Antara amalan Rasulullah SAW dalam perkara ini adalah
dengan membaca:
Surah al-Fatihah.
Surah al-Ikhlas (tiga kali)
Surah al-Falaq (tiga kali)
Surah al-Naas (tiga kali)
Surah Ghafir ayat 1 hingga 3
Surah al-Mukminun ayat 97 hingga 98
Sebelum keluar rumah hendaklah dibiasakan membaca:
Surah al-Ikhlas (tiga kali)
Surah al-Falaq (tiga kali)
Surah al-Naas (tiga kali)
Surah Ghafir ayat 1 hingga 3
Surah al-Mukminun ayat 97 hingga 98
Sebelum keluar rumah hendaklah dibiasakan membaca:
Surah al-Fatihah
Ayat al-Kursi
Surah al-Quraisy
Doa ketika keluar rumah:
Ayat al-Kursi
Surah al-Quraisy
Doa ketika keluar rumah:
Maksudnya: “Dengan nama
Allah aku bertawakal kepada-Nya dan tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan
(daya upaya dan kekuatan) Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan
sesat atau disesatkan, atau daripada binasa atau dibinasakan, atau daripada
zalim atau dizalimi atau daripada jahil (bodoh) atau diperbodohkan.”
Ketika menaiki kenderaan
hendaklah dibiasakan membaca doa berikut, iaitu yang tafsirnya:
”Maha Suci Allah yang telah
memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak
menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Allah kami akan kembali.” (Surah
al-Zukhruf, ayat 13-14)
Jika dalam perjalanan
hujan, guruh, angin dan kilat, maka Rasulullah menganjurkan kita supaya
membaca:
Doa ketika hujan yang
maksudnya: “Ya, Allah jadikanlah ia (hujan) sebagai hujan yang menyenangkan.”
Doa ketika mendengar guruh
dan petir, maksudnya: “Ya Allah janganlah engkau matikan kami dengan
kemurkaan-Mu dan janganlah engkau binasakan kami dengan azab-Mu dan ampunkanlah
kami sebelum itu.”
Doa ketika angin bertiup
kencang, maksudnya: “Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan (angin ini) dan
kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang ada engkau utuskan bersertanya, aku
memohon perlindungan-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya
serta keburukan yang engkau utuskan bersertanya.”
Mudah-mudahan dengan
membaca ayat, doa dan mengamalkan zikir mendapat berkat dan terhindar daripada
sebarang malapetaka ketika berada dalam perjalanan.
Dalam kehidupan yang
semakin sibuk serta pertambahan penggunaan kenderaan awam dan persendirian oleh
masyarakat, amalan berzikir menjadi satu daripada usaha untuk mengelak kejadian
tidak diingini sepanjang perjalanan, sama ada dekat atau jauh.
Zikir adalah santapan hati
yang wajar dijadikan amalan oleh setiap orang Islam.
Golongan mukminin sepatutnya mengingati Allah sama ada ketika menerima nikmat dan kesenangan daripada Allah dengan mensyukuri nikmat-Nya. Semua amalan itu bertujuan mencari keredaan Allah SWT. Amalan itu juga boleh menenangkan diri serta reda akan apa yang berlaku selepas usaha sesuai diambil.
Golongan mukminin sepatutnya mengingati Allah sama ada ketika menerima nikmat dan kesenangan daripada Allah dengan mensyukuri nikmat-Nya. Semua amalan itu bertujuan mencari keredaan Allah SWT. Amalan itu juga boleh menenangkan diri serta reda akan apa yang berlaku selepas usaha sesuai diambil.