DSK Semester 6

SEMESTER 6

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
1.    MEMAHAMI ISLAM DAN HARTA
Memahami Cara Memperolehi Dan Membelanjakan Harta

ü Menyatakan sumber-sumber harta dan cara untuk memperolehinya.
ü Menerangkan pengertian monopoli, manipulasi, riba dan pembaziran.
ü Menerangkan kesan-kesan monopoli, manipulasi, riba dan pembaziran kepada individu, masyarakat dan negara.
ü Menerangkan langkah-/langkah untuk menjauhi monopoli, manipulasi, riba dan pembaziran.
ü Menerangkan cara membelanjakan harta menurut Islam

2.    ISLAM DAN HAK MILIK
Memahami Tentang Pengiktirafan Hak Milik Dalam Islam

ü Menyatakan kepentingan hak milik harta kepada manusia.
ü Menyatakan konsep kebebasan dalam pemilikan harta.
ü Mengetahui peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dalam pemilikan harta.
ü Menjelaskan peranan harta yang boleh membawa kebahagian di dunia dan akhirat.
ü Menjelaskan sebab-sebab Allah membataskan hak milik harta kepada manusia.
ü Redha dengan ketentuan Allah.
ü Menerangkan cara pemilikan harta mengikut cara yang dibenarkan Islam.
ü Menghuraikan kesan-kesan sekiranya tiada pengiktirafan terhadap hak milik.

Mematuhi Larangan Menceroboh Harta Orang Lain

ü Menyatakan bentuk-bentuk pencerobohan harta.
ü Menyatakan keburukan pencerobohan harta.
ü Menjelaskan punca-punca berlakunya pencerobohan harta.
ü Mengemukakan langkah-langkah untuk membendung pencerobohan harta.
ü Menerangkan implikasi larangan menceroboh harta dalam menjamin keharmonian masyarakat.

3.    ISLAM DAN PEKERJAAN
Memahami Tentang Galakan Bekerja Dalam Islam

ü Menyatakan pengertian pekerjaan dalam Islam.
ü Menyatakan dalil kewajipan bekerja dalam Islam.
ü Menerangkan matlamat bekerja menurut Islam.
ü Menerangkan pekerjaan yang digalakkan dalam Islam.
ü Menjelaskan kebaikan pekerjaan yang halal dan keburukan pekerjaan yang haram.
ü Menghuraikan implikasi kehidupan tanpa pekerjaan.

Memahami Tuntutan Bekerja Kerana Allah

ü Menyatakan pengertian bekerja kerana Allah.
ü Mengetahui dalil berkaitan bekerja kerana Allah.
ü Menjelaskan bekerja sebagai amanah Allah S.W.T.
ü Mengetahui syarat-syarat sesuatu pekerjaan menjadi ibadah.
ü Menerangkan etika kerja Islam.
ü Menerangkan langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti kerja dalam Islam.
ü Menyatakan kelebihan bekerja kerana Allah S.W.T.

4.    MUAMALAH MENURUT ISLAM
Memahami Pengertian Muamalah Menurut Islam

ü Menyatakan pengertian muamalat.
ü Menerangkan matlamat muamalah
ü Menerangkan ciri-ciri muamalat Islam.
ü Menyatakan syarat-syarat sah muamalat secara am
ü Menyatakan muamalah yang tidak sah.
ü Menerangkan konsep bekerjasama (al-ta’awun)

Memahami Kepentingan Muamalah


ü Membanding beza antara sistem muamalat Islam dengan sistem konvesional.
ü Menyatakan pengertian
1.    al-Wadiah
2.    al-Mudharabah.
3.    Al- Murabahah.
4.    Al-Musyarakah.
5.    Al-Rahn.
6.    Al-Ijarah.
7.    Al-Bait bil-thamanin ajil (jualan tertangguh)
8.    Takaful.
ü Menjelaskan keburukan bermuamalat tidak mengikut cara Islam

5.    PERUNDANGAN ISLAM
Pengertian perundangan Islam dan falsafah

ü Menyatakan  pengertian dan dalil perundangan Islam ( al- Maidah : 49 )
ü Mengertahui keunggulan Perundangan Islam
ü Mengetahui  keperluan Perundangan Islam.
ü Menyatakan sumber Perundangan Islam.
ü Menyatakan sebab al-Quran dan al-hadis menjadi sumber rujukan utama perundangan Islam.
ü Membezakan antara sistem perundangan Islam dengan perundangan ciptaan manusia.
ü Menghuraikan faedah melaksanakan Perundangan Islam

Pengertian Rukun, Qada’, Feqah, Ijtihad dan Fatwa


ü Mengetahui pengertian qadha, fekah, ijtihad dan fatwa.
ü Menyatakan keperluan dan matlamat qadha, fekah, ijtihad dan fatwa.
ü Membezakan antara fatwa dan ijtihad.
ü Menghuraikan kebaikan qadha, fekah, ijtihad dan fatwa.

Matlamat  Perundangan Islam

ü Menyatakan matlamat Perundangan Islam.
ü Mengetahui kepentingan matlamat perundangan Islam
ü Menjelaskan cara mencapai matlamat perundangan Islam.
ü Menyatakan kesan pencapaian matlamat perundangan Islam

Pengertian Hukum Wajib, haram, Sunat, Makruh dan Harus
ü Menyatakan pengertian hukum wajib, haram, makruh, sunat dan harus.
ü Menerangkan contoh-contoh amalan wajib, haram makruh, sunat dan harus.
ü Membezakan antara satu hukum dengan hukum yang lain.
ü Menghuraikan implikasi pelanggaran hukum wajib, haram dan makruh
6.    Falsafah Ibadah Dalam Islam
Pengertian  Ibadah
ü Menyatakan pengertian ibadah.
ü Mengetahui dalil berkaitan ibadah ( al-Dzariyat : 56)
ü Menyatakan pembahagian ibadah.
ü Menghuraikan perkaitan ibadah khusus dan umum .
ü Menjelaskanperkara yang boleh merosakkan ibadah.
ü Menghuraikan cara-cara meningkatkan kualiti ibadah kepada Allah.
Konsep dan Falsafah Ibadah

ü Menerangkan ciri kesempurnaan ibadat
ü Menerangkan tujuan ibadat
ü Menerangkan kesan ibadat tanpa syariat
ü Menerangkan kesan syariat tanpa ibadat.

Memahami Konsep Munakahat

ü Menyatakan pengertian  perkahwinan dan falsafah munakahat.
ü Mengetahui dalil tuntutan berkahwin
ü Menerangkan konsep kekeluargaan dalam Islam
ü Menerangkan tanggungjawab setiap ahli keluarga.
ü Menjelaskan kepentingan perkahwinan kepada individu dan masyarakat.
ü Menerangkan keistimewaan institusi kekeluargaan
ü Menerangkan punca keutuhan perkahwinan.
ü Menerangkan punca keruntuhan rumahtangga
ü Menjelaskan cara-cara mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Memahami Konsep Jinayah

ü Menyatakan pengertian jinayah menurut Islam.
ü Mengetahui dalil-dalil berkaitan jinayah.
ü Mengetahui jenis-jenis hukum jinayah menurut Islam.
ü Menerangkan pengertian dan kepentingan qisas, hudud, takzir, dan   diat.
ü Membandingkan hukum jinayah mengikut Islam dengan bukan Islam.

7.    PENYELESAIAN MASALAH
Asas dan Pertimbangan Penyelesaian Masalah Menurut Islam

ü Menyatakan pengertian dan dalil penyelesaian masalah.
ü Menyatakan matlamat penyelesaian masalah
ü Menerangkan keperluan penyelesaian masalah
ü Menerangkan sumber penyelesaian masalah
ü Menyakini kemampuan Islam menyelesaikan masalah.

Cara  Penyelesaian Masalah

ü Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah
ü Menerangkan perlakuan dalam penyelesaian masalah.
ü Menerangkan amalan dalam penyelsaian masalah.

Memahami Isu  Kemiskinan  Serta Penyelesaian Menurut Islam

ü Menghuraikan sebab-sebab kemiskinan .
ü Menerangkan langkah-langkah menangani masalah kemiskinan.
ü Menghuraikan pengertian masalah gejala sosial dan contoh-contoh .
ü Punca-punca  gejala sosial .
ü Langkah-langkah mengatasi gejala sosial.
ü Menerangkan keburukan pendedahan aurat dan kebaikan menutup aurat.
ü Menerangkan sebab-sebab rasuah dan keburukan rasuah.

Memahami Kelebihan Menyelesaikan Masalah Menurut Islam

ü Menyatakan kelebihan penyelesaian masalah menurut Islam.
ü Menyatakan ciri-ciri penyelesaian masalah menurut Islam.
ü Membezakan penyelesaian masalah secara Islam dan bukan Islam.