Friday 28 February 2014

Adab Berkomunikasi - Bahagian Akhlak Semester 3

ADAB BERKOMUNIKASI

Komunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan seharian. Bolehkah kita hidup sendirian tanpa bercakap? Kita perlukan teman untuk berbual, supaya apa yang ada dalam minda dan hati dapat diluahkan melalui kata-kata. Namun setiap tutur kata itu, harus kena pada tempatnya. Sekiranya kata-kata itu dikeluarkan sesuka hati tanpa memikirkan akibat daripada  pertuturan yang diucapkan pasti buruk padahnya. Bak kata pepatah Melayu, “ Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

Tujuan dan matlamat manusia berbicara atau bercakap perlu jelas. Kesannya harus mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.  Bagi menjamin wujudnya keharmonian sesama manusia,  Islam telah mengariskan beberapa panduan dalam berkomunikasi secara lisan.

ADAB-ADAB APABILA BERBICARA

Bercakap Benar

Sebelum sesuatu perkataan itu dituturkan, kita perlulah berhati-hati dan berfikir sebaik-baiknya kerana Islam mewajibkan supaya bercakap benar. Ini telah dinyatakan dalam surah al-Taubah ayat 119 (9: 119) yang bermaksud :

“ Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama-sama orang yang benar”

Segala pertuturan yang dikeluarkan harus berpandukan kepada fakta yang benar dan bukan pendustaan yang dilemparkan untuk kepuasan hati dan kepentingan diri sendiri.

Perkataan Yang Baik

Kata-kata yang baik boleh mendatangkan kebaikan, memberikan rangsangan motivasi, menimbulkan semangat dan mengembirakan orang yang mendengarnya.  Tutur kata yang baik juga mencerminkan akhlak seseorang individu. Baik budi bahasanya maka baiklah budi pekertinya.

Suruhan untuk bercakap dengan baik juga dinyatakan di dalam Firman Allah dalam ayat 83 surah al-Baqarah (2:83) yang bermaksud:

“ Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia”

Kurangkan Bercakap

Realitinya, memang sukar untuk dipraktikkan. Mulut ini lebih selesa bercakap daripada senyap. Kalau tidak dapat bercakap, terasa tekanan yang amat sangat. Pantang berjumpa rakan atau ada saja isu baru yang hangat diperkatakan maka panjanglah ulasan yang diberikan. Kerja-kerja yang sepatutnya diamanahkan tidak dapat diselesaikan kerana banyak bercakap. Benarlah peribahasa “ agak lebih daripada agih”. Oleh itu, kita harus mencari jalan untuk mendorong hati kurang berbicara.

Jelas Dan Terang

Berbicaralah dengan suara yang jelas dan terang supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah perlahan-perlahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikanlah tumpuan dan focus semasa bercakap dengan memandang wajah orang yang mendengarnya.

Ini hanyalah sebahagian daripada adab-adab yang dianjurkan oleh Islam. Jadikanlah setiap pertuturan itu sebagai ibadah. Moga  dinilai oleh Allah sebagai suatu amalan yang membuahkan pahala kerana kata-kata yang baik juga adalah suatu sedekah.

MARIA JILANI
Penolong Penasihat Undang-Undang (Syariah) Negeri
Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
Negeri Sembilan

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 8) - Bahagian Ibadah Semester 3

IDDAH
a. Pengertian :

  1. Bahasa : Tempoh pengiraan
  2. Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.
b. Jenis dan tempoh iddah



Status isteri
Iddah

Perceraian hidup

Perceraian mati
Hamil
Melahirkan
Melahirkan
Haid
3 kali suci
4 bulan 10 hari
Tiada Haid
3 bulan
4 bulan 10 hari
Belum disetubuhi
Tiada iddah
4 bulan 10 hari

c. Sebab perbezaan tempoh jenis-jenis iddah

1. Iddah perempuan bercerai hidup :
  • 3 kali suci kerana dapat membersihkan rahim perempuan daripada benih bekas suami
  • Perempuan hamil : hingga melahirkan supaya perempuan dapat memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.
2. Iddah perempuan bercerai mati : 4 bulan 10 hari sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.

3. Iddah permpuan yang belum disetubuhi : tiada iddah kerana rahimnya bersih dari pada benih suaminya.

d. Hikmah iddah
  1. Memastikan tidak berlaku percampuran keturunan
  2. Memberi peluang untuk berfikir
  3. Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya
e. Hak dan status isteri semasa dan selepas iddah


Hak semasa iddah
Hak selepas iddah
i. Talak satu/dua masih dalam iddah : mendapat nafkah zahir, tempat tinggal dan harta pewarisan
Tidak lagi mempunyai hubungan dengan suami.
Bebas untuk berkahwin dengan bekas suami atau lelaki lain
ii. Talak bain : tidak berhak mendapat nafkah zahir, kecuali tempat tinggal dan harta pewarisan
iii.Kematian suami: Tempat tinggal sahaja

f. Perkara-perkara yang dilarang semasa iddah



Perkara
Iddah talak
Iddah kematian
Peminangan
Diharamkan kepada lelaki lain, sama ada secara terang/sindiran
Diharamkan kepada lelaki lain secara terang, harus secara sindiran
Keluar rumah
Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami kecuali keperluan yang dibenarkan syarak
Tidak boleh keluar rumah kecuali keperluan yang dibenarkan syarak
Berhias diri
Dalam iddah raji’e : harus
Dalam iddah bain : sunat
Diharamkan
Perkahwinan
Diharamkan dengan lelaki lain
Diharamkan


Aurat Mereka Tanggungjawab Anda


Thursday 27 February 2014

10 Adab Berbicara Menurut Islam (Adab Berkomunikasi) - Bahagian Akhlak Semester 3

10 Adab Berbicara Menurut Islam

Berikut adalah 10 Adab Berbicara Menurut Islam. Dari sepuluh adab berbicara menurut Islam ini, akan lebih baik jika kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.
  1. Semua pembicaraan harus kebaikan, dan menghindari mengucapkan yang bathil. ‘Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredha Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian, sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaanNya bagi orang tersebut sampai Hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai Hari Kiamat.’ (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis Hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
  2. Berbicara dengan jelas dan mudah difahami.
  3. Tidak berlagak atau dengan cara yang sombong.
  4. Menghindari terlalu banyak berbicara sehingga membosankan.
  5. Mengulangi kata-kata yang penting jika perlu.
  6. Menghindari dusta.
  7. Menjauhi perbahasan atau perdebatan. ‘Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.’ (HR Ahmad dan Tirmidzi) dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi SAW: ‘Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah surga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.’ (HR Abu Daud)
  8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat. ‘Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.’ (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)
  9. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.
  10. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.
  11. Berhati-hati dan adil dalam memuji, berdasarkan hadis Nabi SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata: ‘Ada seseorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka Nabi SAW bersabda, ‘Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu!’ Lalu beliau (Nabi SAW) bersabda, ‘Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si Fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seseorang pun disisi Allah, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.’ (HR Muttafaq ‘alaih, dan ini adalah lafazh Muslim)

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 7) - Bahagian Ibadah Semester 3

RUJUK

a. Pengertian
  1. Bahasa : Kembali
  2. Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan.  - isteri yang diceraikan dengan talak satu dan dua dalam masa idah.
b. Rukun dan syarat rujuk :


Rukun
Syarat
Orang yang merujuk : suami
Islam, baligh, berakal dan kemahuan sendiri
Orang yang dirujuk : isteri
Islam, telah disetubuhi, bukan perceraian fasakh/ khuluk/talak tiga, dan masih dalam tempoh iddah
Lafaz/sighah
i.Lafaz soreh/ jelas : Aku rujuk engkau
ii.Lafaz kinayah/ sindiran : Aku pegang engkau
Syarat : Menggunakan lafaz rujuk, tidak bertaklik/bersyarat, dan tidak ditentukan masa

c. Hikmah rujuk
  1. Sesuai dengan fitrah manusia
  2. Memberi peluang untuk menyambung semula hubungan
  3. Dapat memperbaiki kesilapan/kelemahan
  4. Memberi ketenteraman jiwa
  5. Menyatukan semula keluarga

Wednesday 26 February 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 6) - Bahagian Ibadah Semester 3

TALAK

a. Pengertian :
  1. Bahasa : cerai atau melepaskan ikatan
  2. Istilah : merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang membawa makna keduanya.
b. Hukum talak:

Hukum
Huraian
Harus
hukum asal
Wajib
apabila tidak dapat melaksanakan kewajipan atau melakukan kezaliman
Sunat
isteri memiliki akhlak yang buruk
Haram
dilafazkan pada waktu haram iaitu ketika isteri sedang haid/hamil/nifas atau bertujuan untuk menganiaya
Makruh
menceraikan isteri tanpa sebab atau isteri yang solehah.

c. Rukun dan syarat talak :

Rukun
Syarat
Suami
Berakal, baligh dan kemahuan sendiri
Isteri
Isteri yang sah dan masih milik suami
Lafaz
Mempunyai maksud cerai
Terbahagi kepada dua jenis :
i.Lafaz soreh (jelas) – menggunakan perkataan talak/cerai.
Contoh : Aku ceraikan engkau
ii.Lafaz Kinayah (sindiran) – memerlukan niat suami.
Contoh: Aku bebaskan engkau

d. Hikmah talak.
  1. Memberi peluang memulakan hidup baru
  2. Sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri
  3. Mengurangkan tekanan perasaan
  4. Menyedarkan tentang kepentingan menghayati Islam.
e. Jenis-jenis talak

Aspek
Jenis
Hukum
i.Talak Sunni – yang sesuai dengan peraturan syarak:
- Talak satu dan dua ketika isterinya suci dari haid /nifas dan tidak disetubuhi
ii.Talak Bid’ie – menyalahi peraturan syarak
-Talak tiga sekali gus
-Atau ketika isteri dalam haid/nifas
-Atau suci dari haid/nifas tapi telah disetubuhi


Kesan
i.Talak Raji’e – talak satu dan dua yang boleh dirujuk dalam masa iddah
ii.Talak Bain – talak yang tidak boleh dirujuk.
Terbahagi kepada dua :
a.Bain sughra – suami tidak boleh rujuk tetapi boleh nikah semula
- Contohnya : khuluk, fasakh, ila’, talak raji’e yang tamat tempoh iddah dan talak sebelum bersetubuh.
b.Bain kubra – talak tiga yang mengharamkan suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isteri berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.


f. Talak taklik : talak bersyarat

  1. Taklik biasa : Suami berkata kepada isteri “Jika engkau keluar rumah maka engkau tertalak dengan talak satu”
  2. Taklik khuluk : suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad nikah baru.