Monday 25 August 2014

Surah An-Nur ayat 30-31 - Bahagian Al-Quran Semester 4

SURAH AN-NUR AYAT 30 – 31

1. Intisari ayat :
  • Allah memerintahkan mukmin lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta menutup aurat
  • Mukmin dan mukminah diperintahkan juga supaya mengelakkan diri daripada melihat perkara mungkar
  • Mukminah diharamkan mendedahkanperhiasan diri kecuali yang zahir sahaja
  • Mukmin dan mukminah yang melakukan perkara tersebut hendaklah bertaubat

2. Kewajipan Memelihara Maruah dan Kehormatan Diri

a. Umat Islam diwajibkan menjaga maruah. Cara-cara menjaga maruah diri :
  1. Tidak memandang perkara-perkara yang diharamkan
  2. Memelihara diri dengan menjauhi perkara-perkara maksiat
  3. Menutup aurat

Sunday 24 August 2014

Tazkirah - 10 Mayat Tak Akan Reput

10 Mayat Tak Akan Reput

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
  1. Para Nabi
  2. Para Ahli Jihad
  3. Para Alim Ulama
  4. Para Syuhada
  5. Para Penghafal Al Quran
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil
  7. Tukang Azan
  8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Friday 22 August 2014

Surah al-An’am ayat 161-165 - Bahagian Al-Quran Semester 1

Surah al-An’am ayat 161-165

1. Matlamat Hidup Mukmin

a. Cara memelihara nikmat Iman dan Islam:
  • Berdoa supaya ditetapkan iman
  • Melakukan ibadah dengan taat
  • Menjauhi perkara yang merosakkan iman
  • Meninggalkan larangan Allah

b.  Matlamat hidup mukmin :
  • Menyembah Allah yang Esa
  • Bertawakkal kepada Allah setelah berusaha
  • Melaksanakan tanggung jawab dengan berlandaskan keimanan kepada Allah
  • Sentiasa mengingati Allah dan menyakini bahawa Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang dilakukan.
  • Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Thursday 21 August 2014

Tuntutan Bertaubat - Bahagian Akidah Semester 2

Tuntutan Bertaubat

Pengertian Taubat
Kembali taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya

Hukum Taubat
Wajib bagi orang yang telah melakukan dosa
Sunat bagi orang yang tiada dosa

Masa Seseorang Diwajibkan Bertaubat

Setelah melakukan dosa atau kesalahan

Syarat-Syarat Taubat
  1. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
  2. Berhenti melakukan maksiat
  3. Berazam tidak akan mengulangi
  4. Memohon maaf dari Allah
  5. Memohon maaf dengan orang yang berkaitan jika dosanya berkaitan dengan hak orang lain

Wednesday 20 August 2014

Memahami Konsep Pahala Dan Dosa - Bahagian Akidah Semester 2

"MEMAHAMI KONSEP PAHALA DAN DOSA"

Marilah bersama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menghindari segala larangan-Nya bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat. Semoga hidup kita akan dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan semua usaha-usaha kita dalam kehidupan ini diberkati-Nya.

Sebagai seorang muslim kita dituntut untuk yakin dan beriman dengan Hari Akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan. Kita yakin dan percaya bahawa setiap amal perbuatan kita di dunia ini ada perkiraan pahala dan dosa yang akan menerima balasan seadil-adilnya. Ini adalah untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya dari kalangan mereka. Inilah tujuan kehidupan manusia di dunia, lalu dimatikan oleh Allah SWT dan kemudiannya dihidupkan semula pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Hakikat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Mulk ayat 2 :
”Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu; siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)”.

Tuesday 19 August 2014

Belajar Cara Solat Jenazah Untuk Lelaki Dan Perempuan


Belajar Solat Jenazah Untuk
Lelaki Dan Perempuan


Konsep Pahala Dan Dosa - Bahagian Akidah Semester 2

Konsep Pahala Dan Dosa


5 hukum telah digariskan sebagai panduan:
  1. Wajib
  2. Haram
  3. Sunat
  4. Makruh
  5. Harus (Mubah)

Konsep Pahala

Ganjaran baik yang diberikan oleh Allah s.w.t di hari kelak kepada mukmin yang taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t  serta melakukan amalan-amalan yang soleh dan baik.

Perkara atau amalan yang boleh mendatangkan pahala:
  1. Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya
  2. Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain beristiqamah menuanaikan ibadat yang fardu
  3. Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan
  4. Menjalin hubungan baik sesama manusia
  5. Melakukan amar makruf nahi munkar

Monday 18 August 2014

Kepentingan Sistem Ekonomi Islam. - Bahagian Ibadah Semester 4

Kepentingan Sistem Ekonomi Islam Terhadap Masyarakat

Islam adalah sebuah cara hidup yang paling lengkap di atas muka bumi Allah dan agama yang paling layak dianuti hanyalah Agama Islam. Manusia diturunkan ke muka bumi ini untuk menjadi khalifah bagi membangun dan memakmurkan bumi ini dengan mengikuti peraturan dan kehendak yang telah ditetapkan oleh Pencipta Alam ini. Segala apa yang berlaku di bumi ini adalah mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun begitu, ada dikalangan manusia yang sering melanggar peraturan dan ketetapan ini hingga sampai merosakkan bumi mengikut hawa nafsu mereka. Segala kegiatan perekonomian yang berlaku di dunia ini juga mengikut ketetapan dari Ilahi. Segala harta yang ada pada manusia adalah anugerah dari Yang Maha Kuasa. Manusia dipinjamkan sedikit sahaja harta di dunia untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Setiap harta yang dimiliki ini akhirnya akan dihitung dan disoal oleh Allah SWT kelak untuk dipertanggungjawabkan.

Sunday 17 August 2014

Tazkirah - Keturunan Nabi SAW

Keturunan Nabi SAW

Penjelasan seputar keturunan Nabi SAW:

Nabi saw keturunan Ibrahim tu memang betul. Putra pertama Ibrahim AS ialah Ismail AS dari ibu yg bernama Hajar alQibtiyah alMisriyah (bangsa Qibti Egpyt). Yahudi pula dari nasab anak kedua Ibrahim AS yg bernama Isyhaq (Isaac) dari ibu yg bernama Sarah. Ismail yg menetap di Tanah Arab (Mekah) membentuk bangsa Arab Isma'iliyah dan lahirlah Bani Adnan (moyang RasuluLLah). Manakala Ishaq yg menetap di Kana'an (Palestine) melahirkan bangsa Israel melalui Yaacob (Jacob) anak kedua kepada Ishaq.

Jadi, RasuluLlah saw adalah keturunan Ibrahim melalui anak pertamanya Ismail AS. Manakala Israel dan Yahudisme adalah juga keturunan Ibrahim tapi nasabnya dari ibu yg berlainan. Kesemuanya bertemu pada rumpun asal: Ibrahim AS. Agama asal baik keturunan Ismail (Arab) dan keturunan isyhaq dan Yaacob (Bani Israel) adalah agama hanif atau ajaran Tawheed.

Agama Judaism atau agama Yahudi adalah agama yg sesat dan terkeluar dari ajaran Ibrahim AS. Dalil: AQ 2:140 (dakwaan Ibrahim beragama Judaisme/ Yahudi adalah dakwaan palsu)

Saturday 16 August 2014

Tazkirah - 10 Perkara Yang Mensia-siakan

10 Perkara Yang Mensia-siakan

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
  1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.
  2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
  3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
  4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.
  5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.
  6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
  10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


Friday 15 August 2014

Pelaksanaan Perniagaan Dalam Islam. - Bahagian Ibadah Semester 4

Etika Dalam Perniagaan Islam


Apakah Maksud Etika?

Etika ialah satu perkataan yang berasal dari bahasa Greek `Ethos' yang memberi maksud peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.


Etika Dalam Perniagaan Islam

Etika perniagaan Islam adalah diperoleh daripada dua sumber utama hukum Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu, ia juga dibincangkan oleh ulamak-ulamak dalam satu cabang daripada ilmu fiqh iaitu fiqh al-muamalat. Secara umumnya adalah penting untuk kita memahami tujuan syariat untuk menentukan bentuk dan kandungan kegiatan perniagaan kita. Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan kita akan diredhai oleh Allah.

Dalam menggariskan etika perniagaan, Islam menjadikan 'Prinsip Tidak Memudharatkan' sebagai asas penting. Prinsip ini merujuk kepada peraturan yang menggerakkan tindakan dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan dalam hubungan sesama mereka dan yang memberi kesan di luar organisasi. Hubungan ini dapat menghalang serta mengurangkan sifat dan tindakan negatif terhadap orang lain dan diri sendiri. Ia juga merujuk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar. Ini bersesuaian dengan tujuan Syariat Islam diturunkan untuk memelihara lima perkara asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam menjalankan kegiatan perniagaan berlandaskan etika Islam seseorang usahawan harus memastikan peraturan berikut dipatuhi.

Peranan  Sebagai Usahawan Muslim

Zikir Selepas Solat Fardu


Thursday 14 August 2014

Akhlak Islamiah (Bahagian 7) - Bahagian Akhlak Semester 1

SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.

Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.

Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.

Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.

Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.  Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong)

Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak. 

Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.  Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. ‘Ujub (bangga diri)

Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.

Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.  Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.