Showing posts with label Bahagian Akhlak Semester 4. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Akhlak Semester 4. Show all posts

Monday, 17 February 2014

Adab - Adab Etika dalam Bekerja - Bahagian Akhlak Semester 4

Adab - Adab Etika dalam Bekerja

Dalam mewujudkan nilai-nilai ibadah dalam bekerja yang dilakukan oleh setiap insan, diperlukan adab dan etika yang membingkainya, sehingga nilai-nilai luhur tersebut tidak hilang sirna sia-sia.

Di antara adab dan etika dalam bekerja dalam Islam adalah:

1. Bekerja dengan Ikhlas kerana Allah swt.

Ini merupakan hal dan landasan terpenting bagi seorang yang bekerja. Ertinya, ketika bekerja, niat utamanya adalah kerana Allah swt. Ia sedar, bahawa bekerja adalah kewajiban dari Allah yang harus dilakukan oleh setiap hamba. Ia faham bahwa memberikan nafkah kepada diri dan keluarga adalah kewajiban dari Allah. 

2. Itqan, Tekun dan Sungguh-Sungguh dalam Bekerja.

Implimentasi dari keikhlasan dalam bekerja adalah itqan (baca ; profesional) dalam pekerjaannya. Ia sadar bahwa kehadiran tepat pada waktunya, menyelesaikan apa yang sudah menjadi kewajibannya secara tuntas, tidak menunda-nunda pekerjaan, tidak mengabaikan pekerjaan, adalah bagian yang tidak terpisahkan dari intipati bekerja itu sendiri yang merupakan ibadah kepada Allah swt. Dalam sebuah hadits, riwayat Aisyah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah swt. mencintai seorang hamba yang apabila ia bekerja, dia itqan (baca ; menyempurnakan) pekerjaannya." (HR. Thabrani).

3. Jujur dan Amanah

Etika lain dari bekerja dalam Islam adalah jujur dan amanah. Kerana pada hakikatnya pekerjaan yang dilakukannya tersebut merupakan amanah, baik secara duniawi dari atasannya atau pemilik usaha, maupun secara duniawi dari Allah swt. yang akan dimintai pertanggungjawaban atas pekerjaan yang dilakukannya. Implimentasi jujur dan amanah dalam bekerja di antaranya adalah dengan tidak mengambil sesuatu yang bukan menjadi haknya, tidak curang, obkektif dalam menilai.

4. Menjaga Etika sebagai Seorang Muslim.

Bekerja juga harus memperhatikan adab dan etika sebagai seorang muslim, seperti etika dalam berbicara, menegur, berpakaian, bergaul, makan, minum, berhadapan dengan pelanggan, rapat, dan sebagainya. Bahkan akhlak atau etika ini merupakan ciri kesempurnaan iman seorang mu'min. Dalam sebuah hadits Rasulullah saw. mengatakan, "Orang mu'min yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya." (HR. Turmudzi).

5. Tidak Melanggar Prinsip-Prinsip Syariah.

Aspek lain dalam etika bekerja dalam Islam adalah tidak boleh melanggar prinsip-prinsip syariah dalam pekerjaan yang dilakukannya.

6. Menghindari Syubhat

Dalam bekerja terkadang seseorang dihadapkan dengan adanya syubhat atau sesuatu yang meragukan dan samar antara kehalalan dengan keharamannya. Oleh karena itulah, kita diminta hati-hati dalam kesyubhatan ini. Dalam sebuah hadits Rasulullah saw. bersabda, "Halal itu jelas dan haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang syubhat. Maka barang siapa yang terjerumus dalam perkara yang syubhat, maka ia terjerumus pada yang diharamkan..." (HR. Muslim)


7. Menjaga Ukhuwah Islamiyah

Aspek lain yang juga sangat penting diperhatikan adalah masalah ukhuwah islamiyah antara sesama muslim. Jangan sampai dalam bekerja atau berusaha melahirkan perpecahan di tengah-tengah kaum muslimin.

Jagalah etika kita dalam bekerja sehingga yang kita lakukan dalam bekerja menjadi ibadah dan mendapatkan redha Allah swt. (As)   

Saturday, 15 February 2014

Tanda-Tanda Orang Yang Istiqamah - Bahagian Akhlak Semester 4

Tanda-Tanda Orang Yang Istiqamah

Akan dapat dilihat tanda-tanda bagi orang yang istiqamah, iaitu:

1. Bersifat syaja’ah (berani)

Muslim yang istiqamah akan memiliki keberanian yang luar biasa. Ia tidak gentar menghadapi segala rintangan da’wah. Ia tidak akan menjadi seorang yang pengecut atau pengkhianat di jalan perjuangan.

Inilah gambaran sifat-sifat sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Ketika seorang sahabat mendapat jawapan daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bahawa dia akan masuk syurga sekiranya mati di medan jihad, maka dia tidak menyia-nyiakan waktunya, lalu melempar tamar yang ada dalam genggamamnya, kemudian meluncur ke medan jihad. Akhirnya dia mendapat apa yang dia inginkan, iaitu syahadah.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib ra setelah ia menerima bendera Islam dalam peperangan Khaibar dengan sabda baginda: Jalanlah, jangan menoleh sehingga Allah Subhanahuwata’ala memberikan kemenangan kepada kamu.

Lantas Ali berjalan, kemudian berhenti sejenak dan tidak menoleh seraya bertanya dengan suara yang keras: Ya Rasulullah, atas dasar apa aku memerangi manusia?

Baginda menjawab: Perangilah manusia sehingga mereka bersaksi bahawasanya tiada ilah melainkan Allah.

Inilah gambaran keberanian para sahabat yang lahir dari istiqamah.

2. Ithmi’nan (ketenangan)

Keimanan yang mantap bagi seorang mukmin akan melahirkan tsabat dan istiqamah. Manakala tsabat dan istiqamah akan melahirkan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan. Meski pun dia menghadapi jalan da’wah yang panjang dan sukar, ia tetap tenang. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al An’am, 6: 82)

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (ar Ra’du, 13: 28)

3. Tafa’ul (optimis)

Istiqamah yang dimiliki oleh seorang mukmin akan melahirkan sikap tafa’ul (optimis) bahawa masa depan di tangan Islam dan yakin kepada pertolongan Allah Subhanahuwata’ala. Jauh dari sikap pesimis dalam mengharungi jalan da’wah yang berliku-liku. Ia tidak merasa lelah yang boleh membuahkan kekecewaan dalam perjuangan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

 ”Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. ( Yusuf,12 : 87)

Firman-Nya lagi:

“Ibrahim berkata: “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-nya, kecuali orang-orang yang sesat”. ( Al Hijr,15 : 56)

Untuk melahirkan istiqamah memerlukan tiga pendekatan sekaligus bagi setiap mukmin iaitu:     لله (liLlah), الله  مع (bersama Allah) dan الله  الى(menuju kepada Allah)

لله (liLlah) bermakna kerana Allah, iaitu lil Islam, yakni mengambil Islam sebagai mabda’ (perinsip hidup).

الله  Ù…ع (bersama Allah) iaitu bersama-sama manhaj Allah, yakni bil Islam atau sentiasa bersama-sama dengan Islam sebagai manhaj hidup.

 Ø§Ù„له  Ø§Ù„Ù‰(menuju kepada Allah) bermakna sentiasa bermatlamatkan Allah dalam setiap kerja-kerja dan usaha.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.

Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.

Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Friday, 14 February 2014

Faktor-Faktor Yang Melahirkan Istiqamah - Bahagian Akhlak Semester 4

Faktor-Faktor Yang Melahirkan Istiqamah


1.Beramal dengan amalan yang sebaik-baiknya. Firman Allah Subhanahuwata’ala:


Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (Al-Hajj, 22: 78)


2. Bersikap sederhana antara melampaui batas dan mempersia-siakan sesuatu. Firman Allah Subhanahuwata’ala:


Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. ( Al-Furqan, 25 : 67)


3. Bertindak sesuatu berasaskan ilmu dan kefahaman. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan. (Al Isra’,17:36)

4. Tidak bersandarkan sesuatu dengan faktor-faktor yang bersifat sementara, tetapi bersandar kepada suatun yang jelas dan kekal.

5. Ikhlas kepada Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus. (Al Bayyinah, 98 : 3)

6. Mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Berkata Imam Sufian: Tidak diterima suatu perkataan, kecuali apabila ia disertakan amal. Dan tidak lurus perkataan dan amal kecuali dengan niat, dan tidak lurus perkataan, amal dan niat, kecuali mengikut sunnah.

Thursday, 13 February 2014

Membangun Sifat Istiqamah - Bahagian Akhlak Semester 4

Membangun Sifat Istiqamah

Setiap muslim berikrar bahawa Allah Subhanahuwata’ala adalah Rabbnya, Islam adalah dinnya dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam adalah rasul ikutannya, sepertimana doa yang sering dibaca:

Aku redha Allah sebagai Rabbku, dan Islam sebagai dinku, dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam sebagai nabi dan rasul bagiku.

Dia haruslah memahami erti ikrar ini dan mampu merealisasikan tuntutannya dalam realiti kehidupan. Setiap aspek kehidupannya, samada dalam suasana aman mahupun terancam, hendaklah diwarnai dengan tuntutan ikrar ini.

Dalam realiti kehidupan, ternyata tidak semua orang Islam memiliki kefahaman yang baik tentang Islam dan dapat menghayatinya dalam setiap bidang kehidupan. Orang yang dapat menghayatinya pun belum tentu dapat bertahan dan tetap dalam penghayatan itu sepertimana yang dituntut oleh Islam, yakni iltizam dan istiqamah berpegang dengan ajaran Islam di sepanjang hidupnya.

Istiqamah berpegang kepada din Islam merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.

Istiqamah bukan sahaja diperintahkan kepada orang-orang muslim biasa, bahkan diperintahkan juga kepada manusia besar dalam sejarah, iaitu para nabi dan rasul. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Hud : 12)

Pengertian

Dari sudut bahasa, kata akar bagi istiqamah ialah qaama, bererti berdiri. Ini bermakna orang yang istiqamah ialah orang yang berdiri tegak tanpa bergeser atau menyeleweng.

Dari sudut istilah, istiqamah boleh diertikan dengan beberapa pengertian:

Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah kemurnian tauhid.

Umar al-Khattab Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah iltizam terhadap perintah dan larangan serta tidak boleh menipu sebagaimana tipuan musang.

Uthman bin Affan Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah mengikhlaskan amal kepada Allah Ta’ala.

Ali bin Abi Talib Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah melaksanakan kewajipan-kewajipan.

Al-Hasan pula menyatakan bahawa istiqamah ialah melakukan ketaatan dan menjauhi maksiat.

Mujahid pula menyatakan bahawa istiqamah ialah iltizam terhadap syahadah tauhid sehingga bertemu dengan Allah Ta’ala.

Ibn Taimiyah pula menyatakan bahawa mereka beristiqamah dalam mencintai dan beribadah kepadaNya tanpa menoleh ke kiri atau kanan.

Dasar istiqamah

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(Hud : 12)

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah”, Kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Merekai itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. (Al Ahqaf, 41: 13-14)

Ketika Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ditanya: “Ya Rasulullah, katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seseorang pun selain engkau”.

Baginda bersabda: “Qul aamantu billah fastaqim” (Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah).

Ibn Taimyyah menyatakan: Sebesar-besar karamah ialah memegang istiqamah.

Wednesday, 12 February 2014

Adab Bekerja - Bahagian Akhlak Semester 4

ADAB BEKERJA

1. NIAT
Menghadirkan niat yang ikhlas dan menganggap pekerjaan yang dilakukan sebagai satu ibadah.

2. JANGAN BERTANGGUH
Kerja yang boleh disiapkan hari ini jangan ditangguh esok.

3. BERPAGI-PAGI
Datang awal ke tempat kerja. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:"Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi."(Riiwaat al-Tirmizi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

4. TEKUN
Tekun dan komited dalam pekerjaan, sebagaimana sabda Baginda s.a.w: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu, ia lakukan dengan tekun."( Riwayat al-Baihaqi)

5. RENDAH DIRI
Elakkan perasaan sombong, takbur, riak, ujub dan sifat tercela seumpamanya. Walau hebat mana sekalipun bakat yang kita miliki, sesungguhnya ia satu pinjaman dari Yang Maha Kuasa yakni Allah. Jangan meninggi diri sesama kita.

6. UTAMAKAN IBADAH
Jangan terlalu sibukkan diri dengan kerja seharian sehingga mengenepikan urusan ibadah kepada Yang Maha Pemberi Rezeki yakni Allah Azzawajalla.

7. HALAL
Menjauhi pekerjaan yang mendatangkan sumber rezeki yang tidak halal. Ia pastinya menentukan keberkatan rezeki itu sendiri. Ingat!!! Setiap sesuap nasi yang kita masukkan ke dalam mulut ahli keluarga kita, pasti ia memberi kesan yang mendalam.

8. AMANAH
Tanggungjawab yang dipikul adalah satu tugas yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jika sebaliknya, kita akan digelar sebagai pecah amanah.