Saturday 12 April 2014

Akhlak Islamiah (Bahagian 6) - Bahagian Akhlak Semester 1

SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

1. Syarrut ta‘am (banyak makan)

Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.

Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.

Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.

2. Syarrul kalam (banyak bercakap)

Friday 11 April 2014

Akhlak Islamiah (Bahagian 5) - Bahagian Akhlak Semester 1

SIFAT-SIFAT MAHMUDAH

6 : Ikhlas

Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan (niat) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.

( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )


Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

7 : Tawakkal

Thursday 10 April 2014

Akhlak Islamiah (Bahagian 4) - Bahagian Akhlak Semester 1

SIFAT-SIFAT MAHMUDAH

1 : Taubat
Pengertiannya Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”. (Surah Al – Muzammil – Ayat 20)

Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :

  1. Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
  2. Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
  3. Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
  4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
  5. Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.
Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.

Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
  1. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
  3. Meningkatkan ketaqwaan diri.
  4. Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat.
  5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat
2: Khauf

Wednesday 9 April 2014

Akhlak Islamiah (Bahagian 3) - Bahagian Akhlak Semester 1

10 SIFAT MAHMUDAH DAN 10 SIFAT MAZMUMAH

10 SIFAT MAHMUDAH
  1. Taubat
  2. Khauf - takut
  3. Zikr al-Maut - Ingat Mati
  4. Mahabbah - kasih sayang
  5. Zuhud
  6. Tawakkal
  7. Ikhlas
  8. Syukur
  9. Redha
  10. Sabar.
10 SIFAT MAZMUMAH
  1. Ghadab – marah
  2. Hasad Dengki
  3. Bakhil – kedekut
  4. Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"
  5. Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"
  6. Hubb al-Jah - Gila Kuasa
  7. Hubb al-Dunya - Gila Dunia
  8. 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri
  9. Takabbur – Sombong
  10. Riya' - menunjuk-nunjuk.

Cara Solat Yang Tertib


Tuesday 8 April 2014

Akhlak Islamiah (Bahagian 2) - Bahagian Akhlak Semester 1

SIFAT MAHMUDAH DAN SIFAT MAZMUMAH

Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.

Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.

Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.

Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.
Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.

Tempatnya Hati

Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,

“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”

Punca Penyakit dan Punca Maksiat

Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.

Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani).

Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.

Monday 7 April 2014

Akhlak Islamiah (Bahagian 1) - Bahagian Akhlak Semester 1

AKHLAK ISLAMIAH

PENGERTIAN AKHLAK

Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-khulq) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4)

Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan:
Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan:
Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Tuesday 1 April 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 8) - Bahagian Ibadah Semester 1

ISU PUASA

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja. Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah kurang tepat, demikian juga. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang kadangkala tidak memerlukan perhatian lebih. Masalah bertambah, apabila ijtihad seumpama ini menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu’) dan terlampau banyak. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramdhan. (Taysir al-Fiqh – Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)