Showing posts with label Bahagian Akidah Sem 1. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Akidah Sem 1. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

Bahagian Akidah Semester 1 - Menjelaskan Perkara Yang Membatalkan Iman



Semester 1 - AKIDAH
Menjelaskan Perkara Yang Membatalkan Iman

STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan meyakini rukun Islam dan rukun iman.

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan perkara yang membatalkan Iman

KRITERIA PENCAPAIAN

1.    Menyatakan perkara yang membatalkan iman daripada aspek hati, perkataan dan perbuatan.

2.     Menjelaskan akibat terbatal iman seseorang.

3.     Memelihara diri daripada perkara-perkara yang membatalkan iman

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan perkara yang membatalkan iman daripada aspek hati, perkataan dan perbuatan.

1.     Mengingkari Allah SWT sebagai pencipta, pemberi rezeki dan sebagai Tuhan yang sepatutnya disembah.

2.     Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW.

3.     Mengistiharkan diri keluar daripada agama Islam.

4.     Menghina dan mencerca diri dan sunnah Rasulullah s.a.w

5.     Menyembah berhala.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan akibat terbatal iman seseorang.

Akibat terbatal iman seseorang :

1.     Segala amalan menjadi sia-sia, tertolak dan terhapus pahala amalan terdahulu

2.     Terbatal ikatan perkahwinan

3.     Tidak layak menerima perwarisan

4.     Haram dikebumikan di tanah perkuburan Islam

5.     Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.

KRITERIA PENCAPAIAN
Memelihara diri daripada perkara-perkara yang membatalkan iman

1.     Berdoa kepada Allah agar terpelihara daripada perkara-perkara membatalkan iman.

2.     Berwaspada dalam pergaulan seharian dari golongan yang bertujuan memesongkan akidah.

3.     Mentaati segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.

CADANGAN AKTIVITI

1.     Perbincangan berkenaan perkara yang membatalkan iman

2.     Mengumpul maklumat perkara yang boleh membatalkan iman dalam masyarakat.

3.     Membuat amalan zikir dan doa untuk memelihara iman

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Menyatakan perkara yang membatalkan iman daripada aspek hati, perkataan dan perbuatan.

2.     Menjelaskan akibat terbatal iman seseorang.

3.     Ujian lafaz-lafaz zikir dengan betul dan sempurna.

Bahagian Akidah Semester 1 - Menjelaskan Iman Bertambah Dan Berkurang



Semester 1 - AKIDAH
Menjelaskan Iman Bertambah Dan Berkurang

STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan meyakini rukun Islam dan rukun iman

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan iman bertambah dan berkurang

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan perbuatan yang boleh menyebabkan iman bertambah dan berkurang.

2.     Menjelaskan kesan iman bertambah dan berkurang

3.     Menyatakan pengertian kemanisan iman

4.     Menyatakan cara-cara mencapai kemanisan iman.

5.     Berusaha untuk mencapai kemanisan iman.

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan perbuatan yang boleh menyebabkan iman bertambah dan berkurang

Iman boleh bertambah melalui perkara-perkara berikut :

1.     Mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Allah SWT dan rasulnya.

2.     Memperbanyakkan melakukan ibadah sunat seperti qiamullail dan tilawah al Quran.

3.     Melazimi berzikir kepada Allah dan selalu berfikir mengenai kebesaran Allah SWT.

Iman boleh berkurang melalui perkara-perkara berikut :

1.     Berterusan berada dalam kejahilan.

2.     Berterusan melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3.     Lalai dan leka dengan urusan dunia sehingga meninggalkan suruhan Allah SWT.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kesan iman bertambah dan berkurang

Kesan iman bertambah :

1.     Amal ibadah seseorang semakin bertambah.

2.     Akhlak berubah kepada lebih baik.

3.     Takut melakukan perkara keji  dan kemungkaran.

Kesan iman berkurang :

1.     Berasa malas melakukan perintah Allah SWT.

2.     Cenderung untuk melakukan  perkara keji dan mungkar.

3.     Sukar untuk mendengar nasihat agama dan kebaikan.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan pengertian kemanisan iman

Berasa gembira dalam melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan Allah dan rasulNya lebih daripada segalanya.

Hadis Anas (Hallawatul Iman) muttafaq `alaih

Maksudnya: Tiga perkara, sesiapa yang melakukan akan dapat memperoleh kemanisan iman. Kecintaan kepada Allah dan rasulnya melebihi segalanya, mengasihi manusia kerana Allah, benci kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran sebagaimana mereka benci dicampakkan ke dalam api neraka.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan cara-cara mencapai kemanisan iman.

Kemanisan Iman boleh dicapai melalui :

1.     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.

2.     Ikhlas dalam setiap amalan.

3.     Mengasihi sesama manusia.

KRITERIA PENCAPAIAN
Berusaha untuk mencapai kemanisan iman.

1.    Sentiasa berusaha mendalami ilmu agama melalui kuliah atau ceramah agama, pembacaan bahan ilmiah serta mendampingi orang saleh.

2.    Melazimi amalan sunat seperti berzikir, solat rawatib, puasa Isnin dan Khamis, qiamullail serta membaca al quran.

CADANGAN AKTIVITI

1.     Sumbang saran perbuatan yang boleh menambah dan mengurangkan iman.

2.     Perbincangan mengenai kemanisan iman.

3.     Berzikir secara jamaie dengan zikir-zikir yang maathur.

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Nyatakan perbuatan yang boleh menyebabkan iman bertambah dan berkurang

2.     Jelaskan kesan iman bertambah dan berkurang

3.     Nyatakan pengertian kemanisan iman

4.     Nyatakan cara-cara mencapai kemanisan iman.

5.     Ujian tasmik lafaz zikir dengan betul dan sempurna.

Tuesday, 24 September 2013

Bahagian Akidah Semester 1 - Menjelaskan Pengertian Iman



Semester 1 - AKIDAH

Menjelaskan Pengertian Iman


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan meyakini rukun Islam dan rukun iman.

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan pengertian Iman
 
KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan pengertian iman.

2.     Menjelaskan kesempurnaan iman melalui hati, lisan dan perbuatan beserta contoh.

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan pengertian iman.

Mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati, dan mengamalkan dengan anggota.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kesempurnaan iman melalui hati, lisan dan perbuatan beserta contoh

1.     Al Quran menggandingkan antara lafaz iman dan amal soleh. (surah al-Baiyinah: 7)


Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

2.     Tidak sempurna iman seseorang yang hanya berikrar dengan lisan dan beramal soleh tanpa membenarkan dengan hati. Mereka ini dianggap munafik.

3.     Tidak sempurna iman seseorang yang hanya membenarkan di dalam hati tanpa disertai ikrar dengan lisan dan beramal soleh. Mereka ini dikira kafir seperti ahli kitab dan firaun.

4.     Tidak sempurna iman seseorang yang hanya membenarkan dalam hati semata-mata tanpa perlakukan amal soleh. Mereka dikira sebagai `asi dan fasik.

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan guru mengenai pengertian dan kesempurnaan iman.

2.     Menyediakan buku skrap mengenai golongan yang tidak sempurna imannya.

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Nyatakan pengertian iman.

2.     Murid menyediakan buku skrap mengenai golongan yang tidak sempurna imannya.

 

Sunday, 15 September 2013

Bahagian Akidah Semester 1 - Rukun Islam Dan Rukun Iman

Semester 1 - Akidah
Rukun Islam Dan Rukun Iman
STANDARD KANDUNGAN :
Memahami dan meyakini rukun Islam dan rukun iman.
STANDARD PEMBELAJARAN:
Menjelaskan rukun Islam dan rukun Iman
KRITERIA PENCAPAIAN :
1.    Menyatakan tujuan manusia dihidupkan di muka bumi.
2.     Menyenarai rukun Islam dengan betul.
3.     Menyenarai rukun iman dengan betul.
4.     Menyatakan akibat tidak meyakini rukun iman.
5.    Sentiasa menjaga keimanan.
MASA :
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan tujuan manusia dihidupkan di muka bumi.
Mengabdikan diri kepada Allah (surah az-Dzariyat: 56)


56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
i.                 Menjadi khalifah di atas muka bumi (surah al-Baqarah: 30)


 
30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyenarai rukun Islam dengan betul.
1.        Mengucap dua kalimah syahadah
2.        Mendirikan solat
3.        Mengeluarkan zakat
4.        Berpuasa di bulan Ramadan
5.        Menunaikan haji bagi yang mampu
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyenarai rukun Iman dengan betul.
1.        Beriman kepada Allah
2.        Beriman kepada Malaikat
3.        Beriman kepada Kitab
4.        Beriman kepada Rasul
5.        Beriman kepada hari kiamat
6.        Beriman kepada qada` dan qadar
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan akibat tidak meyakini rukun iman.
1.        Iman akan terbatal.
2.      Mudah untuk melakukan dosa..
3.      Dimurkai oleh Allah SWT.
4.      Kekal di dalam azab neraka.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Sentiasa menjaga keimanan.
Istiqamah melaksanakan perintah-perintah Allah
Mengawal diri daripada melakukan perbuatan keji dan munkar
Berusaha menambah ilmu agama dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan mendampingi orang saleh
CADANGAN AKTIVITI
1.      Soal jawab tujuan manusia dihidupkan di dunia.
2.      Sumbang saran berkenaan rukun iman dan rukun Islam.
3.      Aktiviti kesenian Islam seperti nasyid, pantun, puisi dab berlakon.
4.      Menyediakan folio berkaitan akibat tidak meyakini rukun iman.
CADANGAN PENTAKSIRAN
1.      Nyatakan tujuan manusia dihidupkan di muka bumi.
2.      Senaraikan rukun Islam dengan betul.
3.      Senaraikan rukun Iman dengan betul.
4.      Nyatakan akibat tidak meyakini rukun iman.
5.      Menyediakan folio berkaitan akibat tidak meyakini rukun iman.