MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
- Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
- Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
- Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
- Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
- Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
TANGGUNGJAWAB
MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM
Anugerah Allah yang paling besar adalah nikmat
Iman dan Islam. Di dalam al-Quran, secara tuntas mengatakan bahawa Islam
hanyalah satu-satunya cara hidup yang diiktiraf (surah Ali-Imran ayat 19) dan Allah
tidak menerima cara hidup selain daripada Islam (surah Ali-Imran ayat 85). Nabi
SAW meletakkan asas Islam mesti mengatasi yang lain. Sehubungan itu, Seluruh
umat Islam wajib mempertahankan akidah
Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi
apa sahaja rintangan
CARA MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM
i)
Wajib
berpegang kepada akidah yang benar berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Seseorang
yang mengakui dirinya seorang Islam dan beriman, serta mengharapkan kejayaan di
akhirat kelak, wajib mendekatkan diri dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Menjadikan
keduanya sebagai petunjuk dan panduan hidup. Firman Allah SWT Ayat 13, Surah an-Nisa' “ Sesiapa yg taatkan Allah (maksudnya, ikuti
ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, berpandu dgn
as-Sunnah), akan dimasukkan Allah ke dalam syurga” Orang Islam yang beriman dan yakinkan wujudnya
kehidupan yang kekal di akhirat, serta yakin dengan hari pembalasan, wajib
belajar dan memahami al-Quran, supaya benar-benar terpandu. Orang yang terpandu
dalam hidupnya pastilah dia melakukan segala sesuatu untuk memaksimumkan
ganjaran pahala dan meminimumkan dosa-dosa yang terkena padanya dalam hidupnya.
Kerana itu sahajalah yang dapat menjamin kesejahteraan akhirat.
ii)
Mendapatkan
bimbingan daripada guru yang diiktiraf keilmuannya.
Menuntut
ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap orang muslim. Setiap muslim mesti
melengkapkan diri dengan ilmu tauhid, syariah dan tasawuf Islam dengan menuntut
ilmu daripada guru yang mursyid, muktabar dan diiktiraf keilmuaannya. Hal ini
sangat penting bagi memastikan ajaran dan ilmu yang diperolehi adalah yang
benar dan diredhai oleh Allah.
iii)
Menolak
dan menjauhi amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.
Setiap
umat Islam wajib menghindarkan diri mereka daripada terlibat dengan
perkara-perkara yang boleh merosakkan atau membatalkan iman seperti syirik,
khurafat, kufur, riddah, nifak dan sihir. Melalui cara ini mereka akan
terselamat daripada godaan syaitan yang sentiasa mencari jalan agar mereka
tersesat ke jalan Allah. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberi ketahanan
iman yang kukuh di dalam hati dan sentiasa berada di jalan yang ditunjukkan
oleh Nabi Muhammad SAW.
KEWAJIPAN BERPEGANG KEPADA AKIDAH YANG BENAR
BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
1.
Dapat membersihkan akidah daripada kekeliruan dan
kesesatan.
2.
Menjadi asas kepada penerimaan sesuatu amalan.
3.
Menjalani hidup yang diredai oleh Allah.
KEPENTINGAN MENDAPATKAN BIMBINGAN DARIPADA GURU YANG
DIIKHTIRAF KEILMUANNYA.
Ø
Oleh kerana soal akidah merupakan tunjang kepada
segala hal berkaitan agama, maka ilmu ini tidak hanya boleh diperolehi dengan
jalan membaca buku sahaja, atau menerusi pembacaan dan menerusi internet
sahaja.
Ø
Seorang yang menuntut ilmu akidah mesti mendapat
bimbingan dari guru yang diikhtiraf keilmuannya agar tidak mendapat ajaran yang
salah dan menyeleweng.
Ø
Sebagai contoh, seseorang yang mempelajari ilmu tajwid
perlu belajar secara terus dari guru(talaqqi musyafahah) kerana guru boleh
membetulkan kesilapan bacaan, berbeza dengan belajar melalui CD yang hanya
boleh mengajar tetapi tidak boleh membetulkan.
MENOLAK DAN MENJAUHI DARIPADA AMALAN-AMALAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH ISLAM.
®
Beberapa kepercayaan dan amalan dalam kalangan oramg
Melayu khususnya berasal dari agama lain. Amalan-amalan ini ada yang
bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri, tetapi terus diamalkan kerana
menjadi kepercayaan dan adat turun-temurun.
®
Contoh-contohnya adalah seperti berikut:-
Ø Perjuangan berasaskan bangsa seperti yang diamalkan oleh bangsa Yahudi.
Ø Fahaman kesatuan alam dengan Tuhan (wahdatul wujud) dalam beberapa
aliran tasauf, seperti ajaran Nirwana yang terdapat dalam agama Hindu.
Ø Tarian-tarian yang ada unsur pemujaan seperti mak yong, ulek mayang dan
kuda kepang.
Ø Amalan yang ada unsur kurafat seperti adat menepung tawar ketika majlis
prsandingan.
Ø Amalan berkabung sehingga melebihi 3 hari bagi pembesar-pembesar Negara.
Ø Amalan meletakan bunga dan menghormati tugu negara semasa Hari Pahlawan
yang mengandungi unsur syirik seperti dalam agama Hindu.
Ø Amalan membakar kemenyan atau setanggi juga merupakan ajaran dari agama
Hindu.