Showing posts with label Bahagian Tamadun Semester 2. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Tamadun Semester 2. Show all posts

Monday, 8 September 2014

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina - Bahagian Tamadun Semester 2

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina

Biografi
Nama: Abū 'Alī al-usayn ibn 'Abd Allāh ibn Sīnā
Gelaran: Ibnu Sina, Avicenna, Bapa Perubatan Islam
Lahir: sekitar 980 M atau 370 H , Afshana berdekatan Bukhara (ibukota Samanid Empire), nama sekarang Uzbekistan
Wafat: 1037 M atau 428 H
Mazhab: Ismaili
Etnik: Tajik
Rantau: Parsi
Bidang: Perubatan, Astronomi, Etika, Logik, Matematik, Metafizik, Falsafah, Fizik, Sains,teologi
Karya: Alqanun fi altibb, Kitab al-Shifa, Al Najat
Pengaruh: Omar Khayyám, Ibnu Rushd, Thomas Aquinas, Albertus Magnus
Diilhami: Aristotle, Al-Farabi

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina,  atau dikenali sebagai Ibnu Sina atau "Avicenna" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

Sejarah dan latar belakang

Wednesday, 29 January 2014

Ibnu Sina - Bahagian Tamadun Semester 2

Ibnu Sina (370 H - 428 H / 980 M - 1037 M)

Kelahiran dan kehidupan beliau:

Nama beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina, manakala gelaran beliau pula ialah Abu Ali.

Ibnu Sina dilahirkan di Afsyinah iaitu nama sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Bukhara di mana kini ia yang terletak di Republik Uzbekistan.

Ibnu Sina dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang agak teguh. Ayah beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di salah sebuah perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmithan, walau bagaimanapun akhirnya beliau tinggal menetap di Afsyanah kerana tempat tersebut hampir dengan tempat kerjanya. Dengan demikian bapa Ibnu Sina mampu memberikan pendidikan yang unggul dan pengetahuan yang agak tinggi kepada Ibnu Sina dan adik-beradik beliau jika dibandingkan dengan suasana yang ada pada masa tersebut. Bapa beliau telah menyediakan seorang guru Al-Quran dan seorang guru kesusasteraan menyebabkan Ibnu Sina dapat menghafal seluruh Al-Quran dalam usia sepuluh tahun.

Pengajian ilmu beliau:

Saturday, 25 January 2014

Kerajaan Bani Umaiyah - Sumbangan dalam bidang sosial dan ekonomi di Andalusia - Bahagian Tamadun Semester 2

Kerajaan Bani Umaiyah

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial dan ekonomi di Andalusia?

Bidang Sosial
  1. Pembinaan pusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III.
  2. Pembinaan perpustakaan yang diasaskan oleh al-Hakam II.
  3. Semasa pemerintahan kedua-dua orang tokoh ini, telah wujud 17 buah pusat pengajian serta 70 buah perpustakaan di Andalusia.
  4. Pusat keilmuan ini berkembang di Seville, Toledo dan Granada.
  5. Pembinaan sebuah pusat penterjernahan untuk mentedemahkan karya tokoh Yunani ke bahasa Arab di Toledo peluang kepada orang Arab untuk mempelajari pelbagai ilmu.
  6. Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.
  7. Orang Islam dapat menimba ilmu daripada karya Eropah melalui terjemahan yang dihasilkan begitu juga dengan orang Eropah.
  8. Kegemilangan seni bina Islam begitu terserlah pada zaman ini seperti yang dapat dilihat pada binaan Masjid Cordova.
  9. Seni bina masjid yang indah mempunyai menara, kubah beralaskan kayu berukir dan tiang yang diperbuat daripada marmar.
  10. Pada waktu malamnya pula masjid ini dapat diterangkan dengan 4700 buah lampu dan memerlukan 11 tan minyak setahun untuk tujuan tersebut.
Bidang Ekonomi
  1. Menubuhkan baitulmal untuk mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara.
  2. Memperolehi sumber pendapatan daripada kharaj, jizyah, zakat, usyur. dan ghanimah.
  3. Cordova, selain menjadi pusat ilmu, juga menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
  4. Kemajuan perusahaan pembuatan barangan tembikar.
  5. Perkembangan dalam perusahaan perhiasan daripada perak dan emas.
  6. Perkembangan dalam kegiatan memproses kulit dan membuat senjata.
  7. Sektor pertanian mencapai kemajuan dengan membina sistem saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian.
  8. Melakukan penyelidikan untuk mendapatkan benih yang berkualiti supaya hasil pertanian dapat dipertingkatkan.

Kerajaan Bani Umaiyah - Sumbangan Tahap Pertama Dalam Bidang Sosial - Bahagian Tamadun Semester 2

Kerajaan Bani Umaiyah


Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama dalam bidang sosial.

  1. Basrah telah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
  2. Melahirkan ilmuan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al­-Uzri.
  3. Bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara.
  4. Memperkenalkan tanda bunyi atau baris pada tulisan al-Quran.
  5. Melahirkan tokoh ilmu agama semasa era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran), serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin).
  6. Pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik untuk meningkatkan taraf kesihatan.
  7. Khalifah Umar ibn Abdul Aziz membina hospital penyakit kusta.
  8. Ibn at-Nafis membetulkan kesilapan Galen berhubung sistem pengedaran darah.
  9. Beliau menghasilkan buku kajian umum profesion kedoktoran.
  10. Beliau adalah seorang pakar bedah yang menghasilkan buku tentang teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.
  11. Perkembangan ilmu dalam bidang kimia.
  12. Perkembangan ilmu dalam bidang astronomi.
  13. Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Friday, 24 January 2014

Biografi Ibnu Sina - Bahagian Tamadun Semester 2

Biografi Ibnu Sina


Dalam sejarah pemikiran filsafat abad pertengahan, sosok Ibnu Sina dalam banyak hal unik, sedang diantara para filosof muslim ia tidak hanya unik, tapi juga memperoleh penghargaan yang semakin tinggi hingga masa modern. Ia adalah satu - satunya filosof besar Islam yang telah berhasil membangun sistem filsafat yang lengkap dan terperinci, suatu sistem yang telah mendominasi tradisi filsafat muslim beberapa abad.

Pengaruh ini terwujud bukan hanya karena ia memiliki sistem, tetapi karena sistem yang ia miliki itu menampakkan keasliannya yang menunjukkan jenis jiwa yang jenius dalam menemukan metode - metode dan alasan - alasan yang diperlukan untuk merumuskan kembali pemikiran rasional murni dan tradisi intelektual Hellenisme yang ia warisi dan lebih jauh lagi dalam sistem keagamaan Islam.

BIOGRAFI

Tuesday, 21 January 2014

Kerajaan Bani Umaiyah - Sumbangan Dalam Bidang Pentadbiran dan Perundangan - Bahagian Tamadun Semester 2

Kerajaan Bani Umaiyah

Pengasas kerajaan Bani Umaiyah?
Muawiyah bin Abu Sufyan


Sistem perlantikan yang diamalkan dalam pemilihan pemerintah kerajaan Bani Umaiyah?
Melalui sistem warisan secara turun temurun.

Gelaran pemerintah kerajaan Bani Umaiyah.

  1. Tahap pertama menggunakan gelaran khalifah
  2. Tahap kedua menggunakan gelaran amir.
Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama dan kedua?
  1. Tahap pertama di Damsyik, Syria.
  2. Tahap kedua di Cordova, Sepanyol.
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran dan perundangan.
  1. Sistem perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Sistem wazarah, pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pantadbiran negara di bahagian kerajaan pusat.
  3. Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.
  4. Sistem urus setia membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian, iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman serta pegawai pengurusan. Sistem hijabah seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.
  5. Penubuhan empat buah jabatan, iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah untuk melicinkan pentadbiran.
  6. Sistem ketenteraan telah diperkemaskan dengan menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan) iaitu angkatan tentera darat dan tentera laut.
  7. Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunah atau ijmak dalam sistem perundangan.
  8. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-mana aliran politik pemerintah.
  9. Seseorang hakim mestilah adil dalam penghakimannya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang diadili.