AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH
Maksud
Ahli Sunnah wal-Jamaah
- Kumpulan
yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa
oleh para sahabat serta menetang perkara bida'ah.
- Nama
lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul hadis.
Kemunculan
nama Ahli Sunnah Wal-Jamaah
a. Muncul
setelah berlaku perpecahan dikalangan umat Islam.
b. Nama Ahli sunnah wal wajamaah
dimasyhurkan oleh Abu Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur
Al-Maturidi.
c. Ia
adalah gabungan perkataan Ahlu, As-sunnah dan Al-Jamaah.
d. Dinamakan
ahli As-Sunnah kerana mereka menerima dan beramal dengan sunnah rasulullah.
e. Dinamakan
al-Jamaah kerana mereka
- berkumpul
diatas kebenaran dan
- bersatu
berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
serta
- menghidupkan
sunnah dan
- menentang
perkara bid'ah
Prinsip-prinsip
Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah
- Berpegang
teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.
- Berpegang
dengan prinsip as-Salaf as-Soleh.
- Jika
terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.
- Mereka
tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
- Mereka
tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.
Pandangan
ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap beberapa isu
1. Al-Quran
bukan makhluk
Mereka
yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru.
2. Melihat
Allah
Menurut
Ahli Sunnah Wal Jamaah orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada hari
qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis sahih.
3. Pelaku
dosa besar
Orang
yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin
kerena imannya masih
ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar.
4. Iman
bertambah dan berkurang
Ahli
sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh
bertambah dan berkurang. Ia
bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir.Ia boleh berkurang apabila seseorang
melakukan maksiat atau kejahatan seperti mencuri dan menipu.
Kepentingan
berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah
- Dapat
membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan. Ini
kerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber yang sahih iaitu al-Quran dan
as-Sunnah.
- Asas
kepada penerimaan sesuatu amalan. Kerana
amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan akidah yang betul.Hidup
diredhai allah kerana berada dijalan yang benar.
Menganalisis Mazhab Syiah
Syiah
Pengenalan
Mereka
ialah golongan yang bercita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai khalifah rasulullah.Mereka
berpendapat bahawa Saidina Ali sahajalah yang layak dilantik menjadi khalifah
selepas kewafatan Rasulullah.
3
Kumpulan Syiah
1. Syiah
Imamiah:
Dinamakan
demikian kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat islam (imam) hanya
layak disandang oleh ahli al-bait.
Perbezaan
Pegangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- mereka beriktikad bahawa jawatan imam adalah
jawatan yang dianugerahkan oleh Allah seperti kenabian tetapi tidak mendapat
wahyu.
- Jawatan imam hanya layak disandang oleh dua
belas imam daripada kalangan ahli al-bait mengikut urutan.
- Mereka menolak semua hadis yang bukan
diriwayatkan oleh ahli al-bait.
- Mereka percaya bahawa imam kedua belas merka
iaitu muhammad al-mahdi al-qaim bilhujjah akan muncul sebagai imam al-mahdi.
- Mereka beramal dengan taqiah iaitu
menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orng yang
berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka.
- Mengharuskan perkahwinan mut'ah iaitu nikah
sementara waktu.
2. Syiah
Zaidiah:
Nama
tersebut diambil sempena pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin, cicit
kepada Ali bin Abi Talib.
Perbezaan
Pegangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- Mereka berpendapat kedudukan pelaku dosa besar
berada antara keimanan dan kekufuran.
- Mereka berpendapat bahawa perbuatanmanusia
adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah.
- Mereka juga menolak pendapat syiah lain seperti;
- Kemaksuman para imam kecuali saidina Ali,
Fatimah, al-Hasan dan al-Husain
- mereka menolak kepercayaan taqiah
3. Syiah
al-Batiniah
Dinamakan
demikian kerana pandangan mereka yang menganggap al-Quran mampunyai makna zahir
dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka. Mereka merupakan kumpulan
syiah yang paling radikal dan sesat.
Antara
Pegangan Mereka;
- Berpendapat bahawa Saidina Ali dan imam-imam
mereka yang lain sebagai tuhan.
- berpendapat bahawa imam mereka Muhammad bin
al-Hanafiah masih hidup menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum
arak.