Tuesday 30 September 2014

Bahagian Akidah Semester 4 - Mempertahankan Akidah Islam

MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
  2. Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
  3. Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
  4. Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
  5. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
  6. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM

Anugerah Allah yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam. Di dalam al-Quran, secara tuntas mengatakan bahawa Islam hanyalah satu-satunya cara hidup yang diiktiraf (surah Ali-Imran ayat 19) dan Allah tidak menerima cara hidup selain daripada Islam (surah Ali-Imran ayat 85). Nabi SAW meletakkan asas Islam mesti mengatasi yang lain. Sehubungan itu, Seluruh umat Islam  wajib mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan

Monday 29 September 2014

Bahagian Akidah Semester 4 - Perbezaan Islam Dengan Agama Lain

PERBEZAAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
  2. Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
  3. Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
  4. Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
  5. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
  6. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
1. Keesaan Tuhan

ISLAM

®    Merupakan agam tauhid, iaitu Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada tuhan selain  Dia.


AGAMA-AGAMA LAIN

MAJUSI

®    Tuhan ada dua, iaitu:
1.      Tuhan cahaya/ kebaikan (Ahurarnazda) dan
2.      Tuhan gelap/ kejahatan (Ahriman)
®    Penganut agama ini menyembah api sebagai lambang Tuhan Cahaya.

Sunday 28 September 2014

Bahagian Akidah Semester 4 - Islam Agama Yang Sesuai Dengan Fitrah

ISLAM AGAMA YANG SESUAI DENGAN  FITRAH

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
  2. Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
  3. Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
  4. Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
  5. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
  6. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.
Antara bukti yang menunjukkan Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia:

Saturday 27 September 2014

Bahagian Akidah Semester 4 - Islam Agama Yang Benar


ISLAM AGAMA YANG BENAR

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
  2. Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
  3. Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
  4. Menjelaskan tentang perbezaan antara akidah yang benar dan akidah yang salah
  5. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan
  6. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber pegangan.

PENGENALAN
  • Islam ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad  SAW itu adalah pesuruhNya. Penyaksian ini  diakui dengan hati dan disebut dengan lidah serta dibuktikan oleh anggota badan.
  • Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada rasulNya Muhammad bin Abdullah sebagai penutup bagi semua risalah ketuhanan. Ia bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan  di Gua Hira', Arab Saudi.
  • Agama ini mengandungi enam rukun Iman dan lima rukun Islam serta Ihsan dalam melaksanakan rukun-rukun tersebut. Ia adalah satu agama yang benar. Allah SWT tidak menerima seseorang itu beragama melainkan Islam.
  • Allah SWT telah menjadikan Islam satu agama yang mudah, tidak susah dan tidak membebankan ke atas penganutnya dengan sesuatu yang di luar kemampuan dan keupayaan mereka. Ia satu agama yang berasaskan kepada tauhid, bersimbolkan kebenaran, berpaksikan keadilan dan berteraskan sifat rahmat ke atas sekalian alam.
CIRI-CIRI ISLAM AGAMA YANG BENAR

Friday 26 September 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Muamalat Dalam Islam : Zakat Harta Dan Perniagaan

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

MUAMALAT DALAM ISLAM

ZAKAT HARTA DAN PERNIAGAAN

PENGERTIAN ZAKAT

1.  Dalam bahasa arab, “zakat” secara umumnya bererti pertambahan.
Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi banyak pengertian seperti cerdik, jenih, berkat, kepujian, bersih dan lain-lain.

2.   Dari segi istilah  zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh  Allah.

Selain itu, ada istilah sedekah dan infaq, sebagian ulama fiqh, mengatakan bahwa sedekah wajib dinamakan zakat, sedang sedekah sunat dinamakan infaq.
Sebagian yang lain mengatakan infaq wajib dinamakan zakat, sedangkan infaq sunnat dinamakan sedekah 

HUKUM  MENGELUARKAN ZAKAT
  1. Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur utama tertegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib (fardhu) atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu.
  2. Zakat termasuk dalam kategori ibadah (seperti solat, haji, dan puasa) yang telah diatur secara terperinci berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, sekaligus merupakan amal sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan ummat manusia. 

Thursday 25 September 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Muamalat Dalam Islam : Takaful

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

MUAMALAT DALAM ISLAM

TAKAFUL


Pengertian insurans :
Satu faedah yang diperolehi apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan menggembeling usaha serta sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong menolong apabila ditimpa musibah.
§  Melalui pakatan tersebut, orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berbentuk kewangan serta dapat meringankan beban orang yang ditimpa musibah.

Hukum dan dalil :
§  Amalan insurans diharuskan dalam Islam berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tolong menolong untuk membuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong melakukan dosa..”


JENIS-JENIS INSURANS
 Insurans nyawa
Insurans am
-      Memberi perlindungan risiko ke atas kematian dan hilang upaya.
-      Memberi pampas an apabila berlaku kematian atau kelumpuhan anggota kepada pembeli insurans
-      Syarikat insurans nya turut memberi pinjaman kepada pembe;li insurans yang mencagarkan polisinya

-      Memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian pendapatan atau harta














Prinsip insurans :
1)     Pemegang polisi insurans saling bekerjasama bagi mengadakan manfaat bersama.
2)     Insurans merupakan satu perjanjian Bantu membantu di kalangan pemegang polisi.
3) Insurans adalah satu perjanjian bekerjasam memberi sumbangan yang bertujuan meringankan kerugian yang ditanggung ahli lain.
4)     Tiada unsur ketidakpastian (          غرار       ) pada bayaran sumbangan dan manfaat.
5)     Bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli.
6) Menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada sebarang bencana, kerugian  atau kehilangan.

Wednesday 24 September 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Muamalat Dalam Islam : Syarikat

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

MUAMALAT DALAM ISLAM

SYARIKAT


Tuesday 23 September 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Muamalat Dalam Islam : Hutang Dan Pembiayaan

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

MUAMALAT DALAM ISLAM

HUTANG DAN PEMBIAYAAN

Pengertian hutang :
Memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang. Barang  atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.


Hukum berkaitan hutang piutang :

Bil
Perkara
Hukum
1.
Memberi hutang
Sunat
2.
Memberi hutang kepada orang yang sangat memerlukan bantuan

Wajib
3.
Membayar hutang
Wajib
4.
Menangguhkan hutang bagi orang yang berkemampuan

Haram












Rukun berhutang :
  1.   Penerima dan pemberi hutang
Sebagai bukti hutang yang dilakukan, hendaklah didatangkan 2 orang saksi lelaki yang adil

  1.   Barang yang dihutang
Mestilah milik penuh pemberi hutang

  1.   Sighah / akad pemberian hutang
           Hutang tidak memelukan lafaz penerimaan hutang


Sebab-sebab dibolehkan berhutang :
  • Tidak mempunyai wang yang cukup untuk memiliki sesuatu.
  • Desakan hidup. Cth : Orang miskin
  • Untuk tujuan perubatan atau menuntut ilmu
  • Untuk tujuan yang diharuskan syarak seperti belajar, berniaga, berkahwin dsb.


Monday 22 September 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Muamalat Dalam Islam : Sewaan

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

MUAMALAT DALAM ISLAM


SEWAAN



Sunday 21 September 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Muamalat Dalam Islam : Jual Beli Dan Tempahan

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

MUAMALAT DALAM ISLAM


 JUAL BELI DAN TEMPAHAN


Saturday 20 September 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Konsep Perniagaan Dalam Islam

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM


HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan konsep perniagaan dalam Islam.
  2. Menerangkan galakan berniaga dalam Islam.
  3. Menyatakan ciri-ciri perniagaan yang dilarang dalam Islam
  4. Menyatakan adab dan etika dalam perniagaan Islam.
  5. Menyatakan prinsip asas :
i.            Jual beli dan tempahan.
ii.          Sewaan
iii.         Hutang dan pembiayaan.
iv.       Syarikat
v.         Takaful
vi.       Zakat harta dan perniagaan

Friday 19 September 2014

Bahagian Hafazan Semester 4 - Surah al-Qadr & Surah al-Alaq

HAFAZAN

STANDARD KANDUNGAN
HAFAZAN AYAT AL QURAN
Membaca dan menghafaz surah-surah pilihan dan mengamalkannya dalam solat serta amalan harian.
STANDARD PEMBELAJARAN

Menghafaz dan mengamalkan surah-surah berikut:
i.         Surah al-‘Alaq
ii.       Surah al-Qadr
KRITERIA PENCAPAIAN

Menghafaz surah al-‘Alaq dengan betul , bertajwid dan lancar.


Thursday 18 September 2014

Bahagian Al-Quran Semester 4 - Surah An-Nur ayat 30-31

AL-QURAN

STANDARD KANDUNGAN
BACAAN DAN KEFAHAMAN AYAT AL QURAN
( Surah an- Nur ayat 30 – 31 )
STANDARD PEMBELAJARAN
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 30 - 31 surah an-Nur.
KRITERIA PENCAPAIAN
Membaca ayat 30 - 31 surah an-Nur dengan betul dan bertajwid.


Maksudnya :
                        “ Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka ( drpd memandang yang haram ) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa-apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perrempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( drpd memandang yang haram ), dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka melihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang lebih tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau anak-anak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya ”.

Wednesday 17 September 2014

Bahagian Al-Quran Semester 4 - Surah Al-Hasyr Ayat 21 - 24

AL-QURAN

STANDARD
KANDUNGAN           
BACAAN DAN KEFAHAMAN AYAT AL QURAN
( Surah al-Hasyr ayat 21 – 24 )
STANDARD
PEMBELAJARAN        
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 21 – 24 surah al-Hasyr.
KRITERIA PENCAPAIAN
Membaca ayat 21 – 24 surah al-Hasy dengan betul dan bertajwid.


Maksudnya :
“ Sekiranya kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan ( ingatlah ) perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia yang mengetahui perkara ghaib dan nyata Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai ( sekalian alam ) Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera ( dari segala kekurangan ) Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa Yang Maha Kuat ( menundukkan segala-galanya ) yang melengkapi segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah Allah yang menciptakan semua makhluk Yang Mengadakan ( dari tiada kepada ada ) yang membentuk rupa ( makhluk-makhukNya menurut yang dikehendakiNya ) bagiNya lah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi, Dia lah yang tiada bandingNya lagi Maha Bijaksana ”.

Tuesday 16 September 2014

Bahagian Akidah Semester 2 - Menjelaskan Tuntutan Taubat

MEMAHAMI DAN KONSEP  TUNTUTAN BERTAUBAT

HASIL PEMBELAJARAN MODUL

  1. Menyatakan pengertian taubat.
  2. Menjelaskan syarat-syarat taubat.
  3. Menjelaskan hikmah taubat.
  4. Melafazkan istighfar dengan betul.
  5. Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan.

MAKSUD TAUBAT

Monday 15 September 2014

Bahagian Akidah Semester 2 - Menjelaskan Dosa

MEMAHAMI DAN KONSEP PAHALA, DOSA

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :


1.      Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut.
2.      Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.
3.      Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.
4.      Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia.






Pengertian dosa :