PLURALISMA AGAMA
Pluralisme
agama
merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara
fahaman ini adalah:
- Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
- Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
- Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
- Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza.
Pandangan agama tentang pluralisme
Islam
menghargai toleransi agama lain tetapi tidak
menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain Islam tidak
menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang
disembah oleh agama lain. Penyelesaian Islam terhadap pluralisme agama adalah
dengan mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing (lakum diinukum
wa liya diin atau untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku) [Al
Kaafiruun : 6].
IMPLIKASI TERHADAP
KEMURNIAN AKIDAH DAN KESELAMATAN
Kumpulan
ajaran sesat didapati sentiasa muncul dan merebak daripada satu negeri ke satu
negeri yang lain atau ke seluruh negara, jika tindakan membenterasnya tidak
diberikan tumpuan yang bersungguh-sungguh. Tindakan yang diambil oleh pihak
berkuasa negeri terhadap kumpulan-kumpulan ajaran sesat tertentu tidak memberi
kesan yang positif kerana ia akan berpindah ke negeri-negeri lain. Ini
memerlukan tindakan bersepadu oleh semua pihak di bawah penyelarasan sebuah
agensi pusat.
Perancangan
membanteras ajaran sesat memerlukan proses yang seragam bagi menunjukkan
tindakannya berkesan dan hasilnya dapat dijangka dengan lebih tepat. Dengan
demikian, JAKIM perlu diberi tugas menyelaraskan program tindakan ini.
Sudah
nyata pada pandangan umum, bahawa ajaran-ajaran sesat ini telah membawa dan
boleh membawa kepada beberapa akibat dan ancaman kepada agama dan keamanan. Antara
akibat-akibat ancaman itu ialah;
(a)
Meluasnya kesesatan di segi akidah dan penyelewngan di segi ibadat orang-orang
Islam. Ini dapat digambarkan melalui ajaran-ajaran sesat yang disebutkan di
atas.
(b)
Meluasnya perpecahan dalam masyarakat Islam.
Tiap-tiap
ajaran sesat mempunyai ‘Ketua Guru’ dan pengikutnya sendiri.Antara mereka
mempunyai perhubungan yang rapat seolah-olah hubungan antara ‘saudara dengan
saudaranya yang lain'. Melalui
ajaran yang dianuti, mereka memupuk persefahaman hidup dan jika dapat, cuba
mewujudkan kumpulan atau masyarakat mereka sendiri. Dari sinilah wujudnya apa
yang boleh dipanggil :
- ‘Masyarakat Orang Qadiani’ di Kg. Nakhoda, Selangor.
- ‘Masyarakat Orang Taslim’ di Yan, Kedah.
- ‘Masyarakat Ikhwan’ @ ‘Al-Mas’ di W. Persekutuan, Selangor dan Melaka.
Sebagaimana
yang telah diketahui, ahli-ahli kumpulan masyarakat di atas antaranya tidak
boleh berkahwin dengan orang yang bukan dari ahli masyarakat mereka, atas
arahan dan hukum dari ajaran itu sendiri.Ini menimbulkan akibat yang buruk,
bukan sahaja dari segi agama malah dari segi sosial.
(c)
Timbulnya berbagai-bagai keganasan di dalam masyarakat.
Keganasan
yang timbul bukan sahaja sekadar mencedera dan membunuh orang lain, malah boleh
membunuh diri mereka sendiri. Hal ini boleh ditunjukkan dari beberapa kejadian
berikut:-
- Pembunuhan dan tembak menembak antara polis dengan Kumpulan Ajaran Empat Sahabat, Kg. Dedap Rantau Panjang, Kelantan pada 19 Oktober 1974. Dalam kejadian ini, seorang dari kumpulan 22 orang itu telah mati tertembak dan yang lain-lain cedera parah atau cedera. Dalam pertempuran dengan anggota polis dan Rela itu mereka telah cuba bertahan dan tidak mahu menyerah sehinggalah mereka tidak berdaya lagi dan terus ditangkap. Mereka kemudiannya didakwa dan dihukum salah oleh Mahkamah Kadi Besar Kelantan pada tahun 1974 atas kesalahan mengajar ajaran salah.
- Serangan dengan parang oleh seorang awam ke atas seorang pengikut Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya di Bukit Marak, Kelantan pada tahun 1976. Pengikut tersebut telah luka di bahu dan dimasukkan ke Hospital Besar Kota Bharu.Ini berlaku akibat dakwaan pengikut tarikt tersebut bahawa orang yang tidak memasuki tarikatnya adalah tidak betul, tidak selamat dan tidak terjamin masuk syurga.
- Serangan Tajul Ariffin yang mendakwa dirinya Imam Mahdi, ke atas Tuan Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab, di masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak pada 5 Julai 1979. Ini berikutan keengganan orang lain mengiktiraf dirinya sebagai Imam Mahdi. Haji Damanhuri telah luka.Walau bagaimanapun, pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa Tajul Ariffin adalah kurang siuman dan pernah dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan untuk rawatan sakit otak.
- Serangan pengikut-pengikut Haji Kamaruddin bin Ahmad Kajang, ke atas kuil-kuil Hindu di Selangor dan Wilayah Persekutuan dan akhirnya Kuil Hindu di Kerling, Selangor pada 19 Ogos 1979. Akibat dari serangan ini empat (4) orang dari mereka telah dicederakan hingga mati oleh penjaga-penjaga kuil tersebut.
- Serangan kumpulan Mohd. Nasir bin Ismail (seramai 15) orang ke atas Balai Polis Batu Pahat pada pagi 16 Oktober 1980 dan mencederakan berbelas orang polis dan kakitangan Balai tersebut. Akibatnya 8 orang dari kumpulan ini, termasuk Nasir sendiri telah mati ditembak oleh Polis.
(d)
Berlakunya keretakan dalam keluarga.
Apabila
terdapat seorang dari anggota keluarga itu, khususnya si suami yang memasuki
satu-satu ajaran sesat, maka berlakulah keretakan dalam keluarganya, terutama
apabila isteri tidak menyertai sama suaminya atau tidak menyokongnya. Hal ini
berlaku apabila:
- Si suami selalu menghabiskan masa siang dan malam bersama-sama guru dan pengikut yang lain dan apabila pulang ke rumah amalan-amalan di dalam ajaran tesebut diteruskan lagi dan kadang-kadang jelas pada pandangan isteri amalan dan iktikadnya sudah menyeleweng begitu juga sebaliknya.
- Banyak harta benda dan wang dicurah dan digunakan untuk kepentingan ajaran, guru dan pengikutnya. Hal ini berlaku kepada pengikut kumpulan al-Arqam dan lain-lain. Hal yang sama berlaku pada pengikut-pengikut beberapa ajaran sesat.
- Si suami tidak lagi mahu mencampuri sahabat handai biasa yang bukan menjadi ahli ajaran yang diikutinya. Ini menyulitkan kehidupan biasa keluarga tersebut. Dan terdapat berbagai-bagai akibat dan bencana lain lagi hasil wujudnya ajaran-ajaran sesat ini.
Mudah-mudahan
dengan penjelasan mengenai ajaran sesat ini boleh memberi garis panduan dalam
usaha pembanterasan ajaran sesat di negeri-negeri.