DSK Semester 5

SEMESTER 5

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
1.   MEMAHAMI KONSEP KETUHANAN DAN KERASULAN
Menerangkan Konsep Ketuhanan

ü Menghuraikan sifat Rububiyyah , Uluhiyyah dan Asmaa Wa Sifat
ü Mensyukuri nikmat beragama
ü Menjelaskan  kelebihan orang yang beragama dengan tidak beragama
ü Menjelaskan  peranan agama dalam pembangunan tamadun manusia.
ü Menghormati agama-agama dan kepercayaan lain.

Menjelaskan Konsep Kerasulan

ü Menjelaskan bagaimana kehidupan manusia tanpa bimbingan Rasul.
ü Menerangkan sebab-sebab Rasul perlu bersifat maksum.
ü Membezakan pengertian  rasul dengan nabi.
ü Menyebut sifat-sifat wajib bagi Rasul.
ü Menunjukkan contoh adab bersopan dengan  Rasul
ü Membezakan di antara mukjizat dengan karamah

2.   MEMAHAMI KONSEP KEJADIAN INSAN DAN ALAM
Menghuraikan Konsep Kejadian  Insan

ü Mengetahui pengertian insan.
ü Menerangkan proses kejadian manusia.
ü Menghuraikan tanggungjawab insan dan sebab-sebabnya.
ü Membandingkan keistimewaan insan dan makhluk lain
ü Melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan baik.
ü Menerangkan akibat mengabaikan tanggungjawab sebagai insan.


Menjelaskan Konsep  Alam  Ghaib

ü Mengetahui bahagian alam, ciri-ciri dan contohnya
ü Mengetahui dalil akli dan nakli kewujudan alam ghaib
ü Menerangkan hubungan kehidupan manusia di dunia dan akhirat
ü Menyatakan sebab-sebab   /kebaikan mempercayai alam ghaib
ü Menjelaskan hikmah Allah merahsiakan alam ghaib
ü Menjelaskan akibat tidak mempercayai alam ghaib
ü Membezakan di antara alam musyahadah dengan alam ghaib


Memahami Tanggungjawab Memelihara dan Memulihara  Alam

ü Menyatakan pengertian memelihara dan memulihara alam
ü Mengetahui tanggungjawab manusia terhadap alam dan dalilnya
ü Mengetahui sumbangan alam terhadap manusia
ü Menghuraikan cara  memelihara dan memulihara alam.
ü Menerangkan hikmah memelihara dan memulihara  alam.
ü Menjelaskan akibat tidak memelihara dan memulihara alam.
ü Mengenalpasti punca kerosakkan alam dan langkah-langkah mengatasinya.

3.   KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL
Islam Berteraskan Wahyu

ü Menyatakan pengertian wahyu, ciri-ciri dan cara-cara penurunan wahyu.
ü Menerangkan bukti kebenaran wahyu.
ü Menjelaskan keperluan dan peranan wahyu kepada manusia..
ü Membezakan kehidupan manusia yang beramal dan tidak beramal dengan wahyu.

Memahami Wahyu adalah Sumber Ilmu Islam yang bersifat Azali

ü Menyatakan pengertian azali.
ü Menyatakan hujah wahyu menjadi sumber ilmu dalam Islam.
ü Menyatakan kedudukan Al-Quran dan Al- Sunah sebagai wahyu Allah.
ü Menyatakan bidang-bidang ilmu yang terdapat dalam wahyu daripada fardhu ain dan fardhu kifayah.

4.   BIMBINGAN AL-QURAN KEPADA AKAL
Akal  Berfungsi  Di  Bawah Naungan Wahyu.

ü Menyatakan pengertian akal.
ü Menyatakan  cirri-ciri akal.
ü Menyatakan peranan akal kepada manusia.
ü Menerangkan perkara yang tidak  mampu difikirkan oleh akal.
ü Menjelaskan hujah yang menunjukkan bahwa penggunaan akal semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah manusia tanpa bimbingan wahyu
ü Menerangkan proses pemikiran yang berlandaskan al-Quran.
ü Menghuraikan fungsi akal dalam mengenal tuhan.
ü Menyatakan sebab-sebab Allah swt menurunkan wahyu kepada manusia sedangkan mereka telah dianugerahkan akal.
ü Menyatakan amalan-amalan yang boleh merosakkan akal.Menyatakan pengertian Al-Quran.

5.   BIMBINGAN HADIS KEPADA AKAL
Peranan Dan Kedudukan Hadis Sebagai Panduan Dan Ikutan

ü Memahami pengertian hadis beserta contoh.
ü Menyatakan  peranan hadis sebagai penjelas kepada al-Quran.
ü Menerangkan bahagian hadis dan maksud bagi hadis tersebut.
ü Menerangkan maksud fahaman anti hadis.

6.   PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM
Mengenalpasti pengaruh luar dan dalam  yang bertentangan dengan ajaran Islam

ü Menyatakan maksud fahaman mulhid.
ü Menyatakan maksud sekularisme, sosialisme, kapitalisme dan liberalisme.
ü Menyatakan keburukan fahaman kapitalisme, liberalisme dan sekularisme.
ü Menerangkan sebab masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid.
ü Menjelaskan cara fahaman mulhid mempengaruhi pemikiran umat Islam.
ü Menerangkan cara membasmi kefahaman mulhid dalam masyarakat..

7.   PANDANGAN HIDUP ISLAM
Menerangkan Konsep Rabbaniah

ü Menyatakan pengertian dan prinsip Rabbaniyyah.
ü Menerangkan cara memiliki dan menghayati sifat Rabbaniyyah.
ü Menyatakan maksud agama.
ü Menyatakan ciri-ciri agama langit.
ü Menerangkan perbezaan antara agama budaya dan agama langit.

Menjelaskan Konsep Syumuliah

ü Menyatakan pengertian Syumuliyyah
ü Menyatakan bagaimana Islam boleh disesuaikan dengan pelbagai tempat, masa dan keadaan.
ü Menyakini Islam agama yang lengkap
ü Memberi dalil naqli dan aqli berkaitan dengan Syumuliyyah.

Menerangkan Konsep Waqi’iyyah

ü Menyatakan takrif waqi’iyyah
ü Menyatakan agama Islam bersifat praktikal
ü Menjelaskan prinsip waqi’iyah
ü Memberi dalil aqli dan naqli bagi waqi’iyah

Menerangkan Konsep ‘Alamiyah

ü Menyatakan pengertian ‘Alamiyyah.
ü Menyenaraikan prinsip- prinsip ‘Alamiyyah.
ü Menyenaraikan konsep ‘Alamiyyah dalam bidang  sosial / hak asasi manusia dan perundangan.
ü Menyenaraikan bentuk hak asasi manusia yang dijaga oleh Islam.

Menerangkan Konsep Murunah

ü Menyatakan pengertian murunah.
ü Menyenaraikan prinsip- prinsip murunah.
ü Menyatakan kelebihan sifat murunah.
ü Menyatakan konsep murunah.
ü Menyatakan pengertian thabat
ü Menjelaskan perkaitan antara ‘Al Thabat’ dan ‘Al-Murunah’

8.   SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM DAN PENTADBIRAN ISLAM
Memahami Matlamat, Ciri Dan Pembentukan Pemerintahan Islam.

ü Menyatakan pengertian negara Islam.
ü Menyatakan prinsip-prinsip negara Islam.
ü Menerangkan sebab negara Islam perlu ditegakkan.
ü Menjelaskan perbezaan negara Islam dan bukan Islam.
ü Menerangkan keistimewaan negara Islam serta ciri-ciri negara Islam.
ü Menghuraikan matlamat negara Islam.
ü Menjelaskan maksud syura serta ciri-cirinya

Memahami Tanggungjawab Pemimpin Dak Rakyat

ü Menyatakan pengertian khalifah (pemimpin) menurut Islam.
ü Menyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada khalifah.
ü Menyatakan syarat-syarat menjadi khalifah.
ü Menyatakan tanggungjawab khalifah.
ü Menyatakan ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab.
ü Menyatakan hak rakyat. Menyatakan pengertian khalifah (pemimpin) menurut Islam
9.   SISTEM KEHAKIMAN MENURUT ISLAM
Memahami kehakiman berlandaskan al-Quran dan al-Hadis

ü Memberikan pengertian kehakiman dan matlamat utama sistem kehakiman.
ü Menyatakan prinsip kehakiman.
ü Menghuraikan etika kehakiman Islam.
ü Menerangkan syarat-syarat perlantikan hakim.
ü Menyatakan tanggungjawab hakim.
ü Membincangkan keistimewaan sistem kehakiman Islam.
ü Menyenaraikan sumber-sumber kehakiman/perundangan Islam.

10.       SISTEM SOSIAL MENURUT ISLAM
Memahami Sistem Sosial Menurut Islam

ü Menyatakan pengertian sistem sosial Islam.
ü Menjelaskan ciri-ciri sistem sosial Islam.
ü Menyatakan matlamat sistem sosial Islam.
ü Menyatakan nilai murni sistem Islam.
ü Membezakan sistem sosial Islam dengan sistem sosial bukan Islam.
ü Menerangkan dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh remaja masa kini.
ü Menjelaskan peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.
ü Menyatakan punca-punca keruntuhan akhlak remaja.