Sunday 22 September 2013

Bahagian Hadis Semester 2 - Halal Dan Haram


Semester 2 - Hadis

Halal Dan Haram
 
STANDARD KANDUNGAN :
Membaca dan memahami Hadis
 
STANDARD PEMBELAJARAN:
Membaca, memahami dan mengamalkan hadis tentang halal dan haram dalam Islam

KRITERIA PENCAPAIAN :
1.     Membaca hadis dengan betul.
2.     Menyatakan terjemahan hadis.
3.     Menjelaskan maksud halal dan haram.
4.    Menjelaskan maksud syubhah beserta contoh.
5.     Menerangkan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada perkara syubhah.
6.     Menjelaskan keburukan melakukan perkara syubhah.
7.     Menjelaskan peranan hati dalam diri manusia.
8.     Menjelaskan pengajaran hadis.
9.     Prihatin dalam memilih makanan, barangan dan urusan muamalat.
 
MASA :
120 minit
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Membaca hadis dengan betul.
 

 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan terjemahan hadis.
Daripada Abu Abdullah al-Nukman bin Basyar RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya daripada) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) maka di dalamnya. Ketahuilah, bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah, bahawa larangan Allah ialah segala yang haram. Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan keseluruhannya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan maksud halal dan haram.
 
1.     Maksud halal ialah setiap perlara yang tiada dalil menunjukkan perkara itu haram dan setiap perkara yang sememangnya ada dalil yang menerangkan halalnya.
2.     Maksud haram ialah setiap perkara yang ada dalil yang mengharamkannya.
3.    Halal adalah sesuatu perkara yang boleh dilakukan, manakala haram pula adalah perkara yang ditegah untuk melakukannya.
4.    Contoh perkara halal : memakan haiwan yang disembelih, memakai pakaian menutup aurat dan lain-lain.
5.    Contoh perkara haram : memakan bangkai, membuka aurat dan lailn-lain.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan maksud syubhah beserta contoh.
 
1.     Syubhah ialah sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan halal atau haram.
2.     Contoh : makanan yang tiada logo halal yang diiktiraf.
3.     Kita perlu menghindarkan diri daripada melakukakn perkara syubhah, bagi mengelakkan diri melakukan perkara haram tanpa disedari.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menerangkan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada perkara syubhah.
 
1.     Mempelajari dan mendalami ilmu agama.
2.     Mengambil berat perkara-perkara berkaitan halal dan haram dalam sesuatu produk atau perkhidmatan. Contoh : membeli barangan yang ada logo halal daripada JAKIM.
3.     Melaporkan kes-kes yang diragui kehalalannya kepada pihak yang berkuasa.
4.     Sentiasa mengingati azab yang bakal diterima apabila melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan keburukan melakukan perkara syubhah.
 
1.     Melahirkan sikap tidak peka terhadap hukum hakam Islam.
2.     Mendedahkan diri kepada fitnah, kehinaan dan menjatuhkan maruah diri.
3.     Menghalang diri daripada mendapat hidayah Allah SWT.
4.     Mudah terjebak dan terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat dan perkara negatif.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan peranan hati dalam diri manusia.
 
1.    Hati berperanan sebagai pembentuk cara hidup seseorang. Sekiranya hati itu baik dan terbimbing maka seluruh jasad dan amalan menjadi baik dan berakhlak mulia, begitu juga sebaliknya.
2.    Hati adalah raja bagi seluruh anggota dan terletaknya segala punca kebaikan dan keburukan.
3.     Hati menjadi rosak kerana dipengaruhi nafsu dan maksiat.
4.    Iman adalah berkait rapat dengan hati kerana ia merupakan  punca penerimaan dan penafian mengenai sesuatu kebenaran.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan pengajaran hadis.
 
1.    Kita wajib melaksanakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
2.    Kita wajib peka terhadap hukum hakam agama supaya tidak terjerumus dalam syubhah.
3.    Orang yang sengaja melanggar perintah Allah SWT boleh menyebabkan kemudaratan terhadap diri, keluarga dan masyarakat di dunia dan di akhirat.
4.     Kita perlu mendidik hati dengan amalan zikir dan sentiasa mengingati Allah SWT.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Prihatin dalam memilih makanan, barangan dan urusan muamalat.
 
1.    Memastikan memilih makanan, barangan dan perkhidmatan yang diyakini halal.
2.    Mengetahui produk-produk yang halal menggunakan logo halal Malaysia atau logo yang diiktiraf dalam laman web JAKIM.
3.    Sentiasa peka dan berhati-hati dalam memilih sesuatu produk atau perhidmatan.
CADANGAN AKTIVITI :
1.    Guru memperdengarkan hadis.
2.    Murid membaca hadis dengan bimbingan guru.
3.    Guru menterjemahkan matan hadis.
4.    Bersoal jawab berkaitan barangan atau perkhidmatan yang selalu digunakan oleh murid.
5.    Murid memberi sumbang saran contoh barangan atau perkhidmatan yang halal dan haram.
6.    Murid menyediakan buku skrap berkaitan produk-produk yang halal dan haram yang terdapat dipasaran.
CADANGAN PENTAKSIRAN :
1.     Nyatakan maksud bagi perkataan di bawah:
Halal
Haram
Syubhah
2.    Terangkan tiga cara mengelakkan diri daripada perkara-perkara syubhah.
3.     Terangkan tiga keburukan melakukan perkara-perkara syubhah.
4.     Jelaskan tiga peranan hati dalam diri manusia.