Showing posts with label Bahagian Al-Quran Sem 4. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Al-Quran Sem 4. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Bahagian Al-Quran Semester 4 - Surah An-Nur ayat 30-31

AL-QURAN

STANDARD KANDUNGAN
BACAAN DAN KEFAHAMAN AYAT AL QURAN
( Surah an- Nur ayat 30 – 31 )
STANDARD PEMBELAJARAN
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 30 - 31 surah an-Nur.
KRITERIA PENCAPAIAN
Membaca ayat 30 - 31 surah an-Nur dengan betul dan bertajwid.


Maksudnya :
                        “ Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka ( drpd memandang yang haram ) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa-apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perrempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( drpd memandang yang haram ), dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka melihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang lebih tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau anak-anak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya ”.

Wednesday, 17 September 2014

Bahagian Al-Quran Semester 4 - Surah Al-Hasyr Ayat 21 - 24

AL-QURAN

STANDARD
KANDUNGAN           
BACAAN DAN KEFAHAMAN AYAT AL QURAN
( Surah al-Hasyr ayat 21 – 24 )
STANDARD
PEMBELAJARAN        
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 21 – 24 surah al-Hasyr.
KRITERIA PENCAPAIAN
Membaca ayat 21 – 24 surah al-Hasy dengan betul dan bertajwid.


Maksudnya :
“ Sekiranya kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan ( ingatlah ) perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia yang mengetahui perkara ghaib dan nyata Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai ( sekalian alam ) Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera ( dari segala kekurangan ) Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa Yang Maha Kuat ( menundukkan segala-galanya ) yang melengkapi segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah Allah yang menciptakan semua makhluk Yang Mengadakan ( dari tiada kepada ada ) yang membentuk rupa ( makhluk-makhukNya menurut yang dikehendakiNya ) bagiNya lah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi, Dia lah yang tiada bandingNya lagi Maha Bijaksana ”.

Wednesday, 16 October 2013

Bahagian Al-Quran Semester 4 - Surah An-Nur ayat 30-31


Semester 4 – AL-QURAN (KEFAHAMAN)
Surah An-Nur ayat 30-31
STANDARD KANDUNGAN :
Bacaan Dan Kefahaman Ayat Al Quran (Surah An-Nur Ayat 30-31)

STANDARD PEMBELAJARAN:
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 30-31 surah an-Nur

KRITERIA PENCAPAIAN :
1.     Membaca ayat 30-31 surah an-Nur dengan betul dan bertajwid.
2.     Menyatakan intisari ayat 30-31 surah an-Nur
3.     Menjelaskan tuntutan menjaga pandangan daripada melihat perkara haram
4.     Menjelaskan batas-batas pergaulan dan aurat dalam Islam
5.     Nilai  :  Sentiasa memelihara aurat dan maruah diri
6.     Pengajaran ayat
KRITERIA PENCAPAIAN :
Membaca ayat 30-31 surah an-Nur dengan betul dan bertajwid.

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan intisari ayat 30-31 surah an-Nur

Ayat ini menjelaskan perintah Allah SWT berkaitan dengan 
1.     Kewajipan memelihara kehormatan diri
2.     Memelihara pandangan daripada perkara haram
3.     Batasan aurat dan golongan yang dibenarkan melihat aurat wanita

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan tuntutan menjaga pandangan daripada melihat perkara haram

1.    Islam mewajibkan setiap umatnya menjaga pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan.

2.     Contoh perkara yang haram dilihat
         a)     Melihat aurat orang lain
         b)    Gambar / video lucah 
         c)     Perkara-perkara maksiat

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan batas-batas pergaulan dan aurat dalam Islam

1.     Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan:
         a)     Dilarang memandang orang yang bukan mahram kecuali dalam situasi yang
              dibenarkan seperti menuntut ilmu, mendapatkan rawatan dan bermuamalat.
         b)    Dilarang berjabat tangan antara lelaki dan perempuan
         c)     Dilarang bersentuhan anggota badan
         d)    Wanita dilarang melunakkan suara ketika berbicara dengan lelaki bukan muhram
         e)     Dilarang berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

2.     Batasan aurat :
         a)     Lelaki dalam semua keadaan kecuali bersama isteri -  pusat hingga lutut.
         b)    Perempuan dengan lelaki mahram  -  pusat hingga lutut
         c)    Perempuan dengan lelaki bukan mahram dan perempuan bukan Islam – seluruh 
             tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

3.     Golongan yang dibenarkan melihat aurat wanita ialah:
         a)     Suami / bapa / bapa mertua / anak / adik beradik / anak saudara lelaki / hamba/ 
              kanak-kanak / lelaki tua uzur yang putus nafsu

KRITERIA PENCAPAIAN :
Nilai  :  Sentiasa memelihara aurat dan maruah diri

KRITERIA PENCAPAIAN :
Pengajaran ayat

1.     Kita wajib menghindari perkara-perkara yang haram dilihat.
2.     Umat Islam wajib memelihara kehormatan diri dengan menjauhi perkara-perkara haram seperti zina, liwat dan musahaqah, onani dan sebagainya.
3.     Kita wajib menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.


CADANGAN AKTIVITI :

Amali :
1.     Membaca ayat 30-31 urah An-Nur secara talaqqi musyafahah.
2.     Murid membaca ayat dengan pengawasan guru.
3.     Memperdengarkan bacaan dari qari-qari terpilih melalui CD.

Perbincangan ilmiah :
1.     Guru menyebut intisari ayat kefahaman 30-31 surah an-Nur.
2.     Pelajar mencatat isi penting.
3.     Pelajar membaca teks khutbah :

Perbincangan kumpulan :
1.     Menyatakan masalah / isu semasa dan gejala sosial yang berlaku akibat mengabaikan kewajipan memelihara aurat dan menjaga batas-batas pergaulan.

Sunday, 13 October 2013

Bahagian Al-Quran Semester 4 - Surah Al-Hasyr Ayat 21 - 24



Semester 4 – AL-QURAN (BACAAN)
Surah Al-Hasyr Ayat 21 - 24
STANDARD KANDUNGAN :
Bacaan Dan Kefahaman Ayat Al Quran (Surah Al-Hasyr Ayat 21-24)

STANDARD PEMBELAJARAN:
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 21-24 surah al-Hasyr

KRITERIA PENCAPAIAN :
1.      Membaca ayat 21-24 surah al-Hasyr dengan betul dan bertajwid.
2.      Menyatakan intisari ayat 21-24 surah al-Hasyr
3.      Menjelaskan keistimewaan al-Quran
4.      Menyatakan nama-nama Allah yang terdapat dalam ayat
5.      Pengajaran Ayat

KRITERIA PENCAPAIAN :
Membaca ayat 21-24 surah al-Hasyr dengan betul dan bertajwid.


 KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan intisari ayat 21-24 surah al-Hasyr

Ayat ini menjelaskan perkara yang berkaitan dengan :
1.     Keistimewaan al-Quran
2.     Nama-nama Allah

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan keistimewaan al-Quran

1.     Kandungan al-Quran lengkap
2.     Terpelihara daripada perubahan sehingga Hari Kiamat
3.     Sesuai dilaksanakan untuk semua zaman dan tempat
4.     Menjadi penawar segala penyakit
5.     Membacanya dikira pahala

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan nama-nama Allah yang terdapat dalam ayat

1.     Ar-Rahman     -  Yang Maha Pemurah
2.     Ar-Rahim   -  Yang Maha Penyayang
3.     Al-Malik     -  Yang Maha Menguasai
4.     Al-Quddus  -  Yang Maha Suci
5.     As-Salam    -  Yang Maha Sejahtera
6.     Al-Mukmin -  Yang Maha Mengurniakan Keamanan
7.     Al-Muhaimin   -  Yang Maha Memelihara
8.     Al-Aziz       -  Yang Maha Perkasa
9.     Al-Jabbar    -  Yang Maha Berkuasa
10. Al-Mutakabbir -  Yang Memiliki Segala Keagungan
11.  Al-Khaliq        -  Yang Maha Mencipta
12. Al-Baari’         -  Yang Maha Mengadakan
13.Al-Musawwir  -  Yang Maha Membentuk Rupa

KRITERIA PENCAPAIAN :
Pengajaran Ayat

1.     Kita hendaklah mengamalkan zikir Asmaul Husna dalam kehidupan.
2.     Umat Islam mestilah mempelajari al-Quran dan menghayatinya dalam kehidupan.
3.     Al-Quran merupakan mukjizat agung Rasulullah yang kekal sehingga Hari Kiamat.

CADANGAN AKTIVITI
1.     Mengalunkan zikir Asmaul Husna beramai-ramai.
2.     Membuat kumpulan-kumpulan kecil menghafaz Asmaul Husna.