Wednesday, 17 September 2014

Bahagian Al-Quran Semester 4 - Surah Al-Hasyr Ayat 21 - 24

AL-QURAN

STANDARD
KANDUNGAN           
BACAAN DAN KEFAHAMAN AYAT AL QURAN
( Surah al-Hasyr ayat 21 – 24 )
STANDARD
PEMBELAJARAN        
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 21 – 24 surah al-Hasyr.
KRITERIA PENCAPAIAN
Membaca ayat 21 – 24 surah al-Hasy dengan betul dan bertajwid.


Maksudnya :
“ Sekiranya kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan ( ingatlah ) perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia yang mengetahui perkara ghaib dan nyata Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai ( sekalian alam ) Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera ( dari segala kekurangan ) Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa Yang Maha Kuat ( menundukkan segala-galanya ) yang melengkapi segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah Allah yang menciptakan semua makhluk Yang Mengadakan ( dari tiada kepada ada ) yang membentuk rupa ( makhluk-makhukNya menurut yang dikehendakiNya ) bagiNya lah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi, Dia lah yang tiada bandingNya lagi Maha Bijaksana ”.


KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan intisari ayat 21 – 24 surah al-Hasyr

Ayat ini menjelaskan perkara yang berkaitan dengan :
i.         Mukjizat dan  keistimewaan al-Quran.
ii.       Al-Quran sebagai pedoman  hidup manusia.
iii.      Nama-nama dan sifat-sifat Allah.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan keistimewaan al- Quran.

Menjelaskan keistimewaan al-Quran
i.         Kandungan al-Quran lengkap
ii.       Terpelihara daripada perubahan sehingga Hari Kiamat
iii.      Sesuai dilaksanakan untuk semua zaman dan tempat
iv.    Menjadi penawar segala penyakit
v.      Membacanya dikira pahala

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan nama-nama Allah yang terdapat dalam ayat yang dipelajari.

Antara nama-nama Allah yang terdapat dalam ayat di atas :
i.               Ar-Rahman        -  Yang Maha Pemurah
ii.             Ar-Rahim            -  Yang Maha Penyayang
iii.            Al-Malik              -  Yang Maha Menguasai
iv.          Al-Quddus          -  Yang Maha Suci
v.            As-Salam            -  Yang Maha Sejahtera
vi.          Al-Mukmin          -  Yang Maha Mengurniakan Keamanan
vii.         Al-Muhaimin      -  Yang Maha Memelihara
viii.       Al-Aziz                 -  Yang Maha Perkasa
ix.           Al-Jabbar          -  Yang Maha Berkuasa
x.            Al-Mutakabbir   -  Yang Memiliki Segala Keagungan
xi.           Al-Khaliq             -  Yang Maha Mencipta
xii.         Al-Baari’              -  Yang Maha Mengadakan
xiii.        Al-Musawwir      -  Yang Maha Membentuk Rupa
xiv.      Al-Hakim             - Yang Maha Bijaksana

KRITERIA PENCAPAIAN
Mengamalkan zikir Asma Husna dalam kehidupan.

Membaca Asmaaul Husna, menghafaz dan memahami maksudnya. Menjadikan amalan harian

KRITERIA PENCAPAIAN
Pengajaran ayat

Antara pengajaran ayat surah al-Hasyr ayat 21 – 24 :
i.       Al-Quran ialah kalam Allah yang Qadim. Ia merupakan sumber rujukan pertama dalam Islam.
ii.                Kita hendaklah mengamalkan zikir Asmaul Husna dalam kehidupan.
iii.    Umat Islam mestilah mempelajari al-Quran dan menghayatinya serta mengamalkannya dalam kehidupan.
iv.          Al-Quran merupakan mukjizat agung Rasulullah saw. yang kekal sehingga hari kiamat.

CADANGAN AKTIVITI

i.                     Mengalunkan zikir Asmaul Husna beramai-ramai.
ii.                   Membuat kumpulan-kumpulan kecil menghafaz Asmaul Husna.

CADANGAN PENTAKSIRAN

i.                  Apakah maksud al-Quran
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii.                Terangkan tiga keistimewaan al-Quran
1.______________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________

iii.           Senaraikan 6 nama-nama Allah selain daripada yang terdapat dalam ayat di atas.
1._______________________
2._______________________
3._______________________
4._______________________
5._______________________
6._______________________

iv.                Jelaskan dua pengajaran ayat 21-24 surah al-Hasyr.
1.  ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2.   ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________