Takrif Al-Syariah
Al-Islamiyyah
Syari’ah dalam
bahasa Arab beerti aliran (almazhab) dan jalan yang lurus. Syariah Islamiyyah
menurut istilah ialah hukum-hukum yang disyara’kan oleh Allah s.w.t. untuk
hambaNya, samada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, akhlak, muamalat, dan
system-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia
dan akhirat. Ia juga diertikan sebagai saluran air yang mengalir yang menjadi
sumber minuman. Hukum-hukum ini
dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang sistemnya dari matlamatnya,
seperti landasan yang lurus tidak ada bengkang-bengkok. Berdasarkan penjelasan
di atas maka syariat Islam Islam dari segi istilah syara’ adalah “semua hukum
yang diciptakan oleh Allah untuk hambanya sama ada hukum-hukum ini
diperundangkan melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi saw dalam bentuk perkataan,
perbuatan atau perakuan baginda”.
Ciri-ciri
keistimewaan Syariah Islamiyyah
Rabbaniyyah
Ianya membawa erti
bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan bukan ciptaan
manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada
Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an, atau dengan makna
tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua
perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah
Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri.
Natijah Syariah
Islamiyyah:
i) Prinsip-prinsip
Syariah dan hukum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman,
kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai
ksempurnaan mutlaq. Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia
lahir dari manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan,
kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran,
kaum atau bangsa, dan sebagainya.
ii) Hukum-hukum
Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman
dengannya ama ada pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya dari
Allah dan pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan
dipatuhi dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang bersih dan keimanan
yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.
Balasan Duniawi dan
Ukhrawi
Balasan duniawi ini
ada yang bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun sivil sepertimana
juga dengan undang-undang buatan manusia tetapi skopnya lebih luas dari balasan
yang terdapat dalam undang-undang buatan manusia, justeru undang-undang Islam
itu mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal-soal keagamaan dan
akhlak, tidak sepertimana undang-undang buatan manusia. Balasan ukhrawi adalah
dikenakan ke atas setiap perlanggaran hukum syara’ sama ada ia amalan had
mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil)
mahupun jenayah dan sama ada yang
bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak
bertaubat nasuha dan mendapat penghalalan hak dari orang tertentu.
Alamiyyah dan
Umumiyyah
Syariat Islam
menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam,
menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk
manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu
jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk
manusia di mana jua mereka berada. Islam
meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:
a) Dharuriyyat : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud
dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal,
agama, jiwa, keturunan dan harta.
b) Hajiyyat : perkara yang diperlukan
manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.
c) Tahsiniyyat : iaitu perkara yang
diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia. Contohnya Islam mewajibkan menutup
aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana. Ia lebih mirip kepada
unsure kesempurnaan kemewahan.
Kekal.
Syariat islam kekal
sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam
terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul
terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam, umum untuk
seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti, sudah
pasti segala peraturan dan hukum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan
manusia sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala keperluan
yang dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua
syariat, peraturan, prinsip dan hukum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua
masa dan tempat.
Syumul
Syariat Islam itu
suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan manusia
jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan
Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia sesama
manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3 kelompok:-
i) Hukum-hukum yang
berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Perbahasan hukum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau
Tawhud.
ii) Hukum-hukum
yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah,
menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hukum-hukum
akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.
iii) Hukum-hukum
yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka
dengan yang lain. Hukum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya
dalam ilmu al-Fiqh.
Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu:
a) Ibadat seperti
solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara individu
dengan Tuhannya.
b) Adat dan
muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia.
Kemanusiaan
Syariat Islam
bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk
seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua
tempat.
Keadilan mutlak
Keadilan bermakna
meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah.
Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia
seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara
kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan
bermatlamat dunia dan akhirat.