Tuesday 31 December 2013

Rancangan Sesi Latihan Semester 4 - Minggu 2



KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 4
MINGGU 2

Kompetensi  (Minggu 2)
Membaca dan memahami hadis

Kaedah Pengajaran
1.   Membaca, memahami dan mengamalkan tuntutan hadis tentang menjauhi rasuah
2.   Menyatakan terjemahan hadis
3.   Menjelaskan maksud rasuah
4.   Menyatakan contoh-contoh rasuah
5.   Menjelaskan keburukan rasuah kepada diri masyarakat dan negara
6.   Menyenaraikan cara-cara menjauhi rasuah
7.   Menjelaskan pengajaran hadis

Kaedah Pentaksiran
1.   Membaca hadis: Secara individu
2.   Penerangan: Pengertian dan maksud hadis
3.   Soaljawab: Mengenai contoh dan keburukan rasuah
4.   Perbincangan berkumpulan: Cara menjauhi rasuah

Bahan / Sumber
1.   BBM :
a)   Edaran
b)  Majalah

Monday 30 December 2013

Rancangan Sesi Latihan Semester 4 - Minggu 1



KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 4
MINGGU 1

Kompetensi (Minggu 1)
Bacaan, Kefahaman dan Hafazan Ayat Al Quran
Membaca ayat 21-24 surah al Hasyr dengan betul dan bertajwid

Kaedah Pengajaran
1.   Membaca dan memahami serta  mengamalkan ayat 21-24 surah al-Hasyr.
2.   Menerangkan keistimewaan al-Quran.
3.   Menyatakan nama-nama Allah yang terdapat dalam ayat yang dipelajari.
4.   Mengamalkan zikir Asmaul Husna dalam kehidupan.

Kaedah Pentaksiran
1.   Bacaan ayat: Secara beramai-ramai.
2.   Penerangan: Pengertian dan maksud ayat.
3.   Perbincangan Kumpulan: Bukti kasih sayang Allah kepada hambaNya

Bahan / Sumber
1.   BBM: Buku Teks

Sunday 15 December 2013

Tazkirah - Sepuluh Jenis Seksaan Yang Menimpa Wanita



Sepuluh Jenis Seksaan Yang Menimpa Wanita

Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang  digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam



Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233973

Tuesday 10 December 2013

Rancangan Sesi Latihan Semester 3 - Minggu 14




KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER 3
MINGGU 14

Kompetensi 1 (Minggu 14)
Memahami dan menjelaskan bidang ibadah dalam Islam.
Menjelaskan tentang munakahat dan hukum-hukum berkaitan.

Kaedah Pengajaran
1.   Penerangan
2.   Perbincangan
3.   Subangsaran
4.   Inkuiri

Kaedah Pentaksiran
1.   Lembaran kerja
2.   Kuiz


Kompetensi 2 (Minggu 14)
Memahami dan menjelaskan bidang ibadah dalam Islam.
Amali Pendidikan Islam

Pengurusan Jenazah
1.   Cara menunaikan solat
2.   Bacaan dan doa

Kaedah Pengajaran
1.   Tunjukcara
2.   Perbincangan

Kaedah Pentaksiran
1.   Folio
2.   Lembaran kerja
3.   Kuiz