Showing posts with label Bahagian Ibadah Semester 1. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Ibadah Semester 1. Show all posts

Tuesday, 1 April 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 8) - Bahagian Ibadah Semester 1

ISU PUASA

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja. Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah kurang tepat, demikian juga. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang kadangkala tidak memerlukan perhatian lebih. Masalah bertambah, apabila ijtihad seumpama ini menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu’) dan terlampau banyak. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramdhan. (Taysir al-Fiqh – Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Monday, 31 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 7) - Bahagian Ibadah Semester 1

K. Susunan saf dari barisan hadapan

Sekiranya jemaah itu terdiri daripada beberapa kumpulan, maka saf itu hendaklah diatur seperti:-
  1. Imam
  2. Makmum lebih dewasa.
  3. Kanak-kanak lelaki.
  4. Kanak-kanak perempuan.
  5. Perempuan dewasa.
L. Susunan makmum
  1. Apabila seorang imam bersembahyang dengan seorang makmum,Ø makmum berada dibelakang imam sebelah kanan.
  2. Apabila datang seorang makmum yang lain, makmum tersebut hendaklah berada di sebelah kiri imam. Imam perlu ke hadapan dan makmum merapatkan saf
  3. Kedudukan kanak-kanak yang belum baligh ketika tiada orang dewasa, maka kedudukannya sama seperti orang dewasa.
  4. Jama’ah perempuan yang bersolat di belakang lelaki, maka perempuan itu hendaklah berada di belakang jama’ah dan ke kiri sedikit.
  5. Makruh bagi lelaki berada di belakang saf perempuan. Dan makruh juga perempuan berada di sebelah kiri dan kanan imam.
  6. Jika seorang makmum sahaja, makruh baginya apabila ia berada di belakang sebelah kiri imam.
  7. Makruh juga apabila semua makmum berada di sebelah kiri dan di sebelah kanan sahaja.
  8. Apabila seorang makmum perempuan sahaja, maka perempuan itu perlu berada di sebelah kiri sedikit di belakang imam.
  9. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Rasullullah SAW mafhumnya:
“ Rasullullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak”. (Riwayat Muslim).
M. Kelebihan berjemaah.

Sunday, 30 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 6) - Bahagian Ibadah Semester 1

G. Adab imam selepas solat.

Imam hendaklah menghadap kiblat sekadar membaca 3 kali istighfar dan sekadar membaca zikir yang dituntut membacanya sebelum merubah letak kakinya. Jika tidak terus keluar, imam hendaklah berpaling ke arah makmum dengan menghadap pipi kanannya atau pipi kirinya dan tetap menghadap ke arah makmum sekadar lama menanti jemaah wanita keluar. Setelah itu, imam hendaklah bangun dan mengerjakan solat sunat di tempat lain.

H. Adab makmum sebelum solat
  • Sebelum solat dilakukan,makmum hendaklah membaca tasbih,tahmid dan istighfar sebanyak sepuluh kali.
  • Kemudian membaca doa berikut:
 الشَّيَاطِيْنَ هَمَزَاتِ مِنْ رَبِّيْ أَعُوْذُبِكَ .يَحْضُرُوْنَ أَنْ رَبِّ وَأَعُوْذُبِكَ
“Wahai tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan dan aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhanku dari kehadiran syaitan-syaitan itu!”

Friday, 28 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 5) - Bahagian Ibadah Semester 1

D. Syarat-syarat solat berjemaah.

  1. Makmum hendaklah berniat mengikut imam.
  2. Makmum perlu mengikut pekerjaan imam dan tidak boleh mendahului imam.
  3. Melakukan segala perbuatan imam.
  4. Makmum janganlah terlambat sampai 2 rukun fi’li daripada imam.
  5. Tempat solat makmum tidak boleh terkehadapan daripada imam.
  6. Hendaklah sama solat dengan imam.
E. Adab dan tugas imam sebelum solat.

Thursday, 27 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 4) - Bahagian Ibadah Semester 1

ADAB IMAM DAN MAKMUM

A. Definisi Imam dan Jama’ah.

Imam adalah seorang pemimpin. Beliau adalah individu yang di lantik sebagai pemimpin bagi memimpin jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Mereka juga yang akan diberikan kepercayaan menjadi pemimpin untuk memimpin ke jalan yang benar.

Orang yang layak menjadi Imam ialah orang yang baik bacaan al-Qur’annya dan tiada keraguan dalam bacaan. Serta orang itu juga mestilah berpengetahuan luas tentang agama. Dan lebih awal berhijrah yang bermaksud lebih berumur, dan berpengetahuan yang lebih mendalam tentang agama islam.

B. Definisi Jama’ah.

Wednesday, 26 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 3) - Bahagian Ibadah Semester 1

E. MASALAH-MASALAH MA’MUM MUAFIQ

Ulama’-ulama’ fekah telah menjelaskan bahawa hukum orang muafiq itu ada beberapa masalah. Ada masalah yang bersepakat kata ulama dan ada masalah yang berlainan pendapat antara mereka.

Antara masalah yang bersepakat hukum antara ulama’ muta’akhirin ialah seperti berikut:
  • Orang muafiq yang dimaafkan oleh syarak kepada yang tertinggal tiga rukun jarak daripada imam itu ialah orang yang lambat bacaannya kerana tabiat kejadiannya begitu dan bukan waswas. Tetapi orang yang lambatkan bacaannya kerana waswas tidak dimaafkan ketinggalan tiga rukun melainkan dimaafkan sekadar imam belum turun untuk sujud dia selesai bacaan fatihahnya.yakni orang muafiq yang waswas boleh menghabiskan bacaan al fatihah sebelum imam turun untuk sujud, maka batallah solatnya kecuali ma’mum berkenaan niat mufaraqah ( berpisah dengan imam) sebelum imam turun sujud dan dia diwaktu itu dikehendaki meneruskan bacaan fatihahnya dan mengerjakan rukun-rukun yang lain hingga selesai solat.

Tuesday, 25 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 2) - Bahagian Ibadah Semester 1

MUAFIQ DAN MASBUQ DALAM SOLAT

A. APA ITU MUAFIQ DAN MASBUQ?

Muafiq: Seorang ma’mum yang sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana ia sempat berjamaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yg pertengahan di kalangan uruf orang ramai , tidak berdasarkan kepada bacaan ma’mum itu dan juga tidak berdasarkan kepada bacaan imam juga.

Masbuq: seorang ma’mum yang tidak sempat berjamaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al fatihah dengan bacaan yang pertengahan, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, malahan perhitungan bacaan fatihah itu tidak berpandukan kepada bacaan imam dan tidak berpandukan kepada bacaan ma’mum itu bahkan mengikut bacaan uruf orang ramai. Mana-mana ma’mum yang tidak sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang masbuq.

Monday, 24 March 2014

Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Ibadah (Bahagian 1) - Bahagian Ibadah Semester 1

ISU-ISU DALAM PELAKSANAAN IBADAH

THARAH

Taharah amat penting dalam Islam sama ada taharah haqiqi, iaitu suci pakaian, badan dan tempat sembahyang daripada najis ataupun taharah hukmi, iaitu suci anggota wudu' daripada hadath, dan suci seluruh anggota zahir daripada janabah (junub); sebab ia menjadi syarat yang berkekalan bagi sah sembahyang sebanyak lima kali sehari. Oleh kerana sembahyang adalah perlakuan menghadap Allah S.W.T., maka menunaikannya dalam keadaan suci adalah sebagai mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. Walaupun hadath dan Janabah bukanlah najis yang dapat dilihat, tetapi ia tetap merupakan najis ma'nawi yang membawa kepada kotor tempat yang terkenanya. Oleh itu, apabila ia ada, maka ia mencacatkan penghormatan dan berlawanan dengan prinsip kebersihan. Untuk menyucikannya, maka perlulah mandi. Jadi, jelaslah taharah dapat menyucikan rohani dan jasmani sekaligus.

Isu-isu yang berkaitan dengan wuduk, tayammum dan solat merupakan perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh setiap muslimin dan muslimat bagi menyempurnakan ibadat mereka.

Sunday, 23 March 2014

Keistimewaan Syariah Islam (Bahagian 2) - Bahagian Ibadah Semester 1

KEADILAN HUKUM ISLAM

Kata adil menurut bahasa adalah sesuatu yang tegak di dalam jiwa sebagai kejujuran dan ketulusan. Lawan dari adil adalah aniaya. Ia juga berarti imbang dan keadilan. Ia juga berarti pertengahan antara berlebihan dan mengabaikan.

Adil merupakan salah satu sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Karena itu Ia tidak pernah mengutus rasul-rasul-Nya, tidak menurunkan kitab-kitab-Nya, dan tidak membebani umat manusia dengan berbagai syariat kecuali untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Alkitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.” (Al Hadid: 25)

Keadilan telah Allah jadikan sebagai timbangan-Nya yang bebas dari segala ketergelinciran, dengannya urusan dunia menjadi baik. Karena itu Allah berfirman,

“Allah-lah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran) dengan (membawa) kebenaran dan menurunkan neraca (keadilan).” (Asy Syura: 17).

“Dan langit ditinggikan-Nya dan Dia meletakkan neraca (keadilan).” (Ar Rahman: 7)

Saturday, 22 March 2014

Keistimewaan Syariah Islam (Bahagian 1) - Bahagian Ibadah Semester 1

 KEISTIMEWAAN  SYARIAH  ISLAMIAH


1. SYUMUL  DAN  LENGKAP

Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia merangkumi hubungan manusia dengan Pencipta, sesama manusia dan juga hubungandengan makhluk lain. Cara hidup Islam juga memenuhi segala kepentingan manusia samada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat. Manakala agama ciptaan manusia tidak memiliki ciri-ciri ini keran aagama tersebut tidak menentukkan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan memisahkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi untuk mencapai ketamadunan dan kegemilangan dalam kehidupan.

2. PRAKTIKAL (Waqiyyah)

Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusia dan peraturan yang mengatur hidup mereka supaya  bahagia selama-lamanya.

Dalam kontek ini seluruh sistem Islam samada yang berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, suasana dan rupa bentuk kehidupan manusia yang tidak statik tetapi sebaliknya praktis. Cara hidup Islam sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan tempat dan tidak ada sesuatu yang dituntut dalam Islam melanggar fitrah manusia. Secara praktikalnya manusia memerlukan pegangan(aqidah), manusia juga boleh melakukan ibadah dalam bermacam keadaan dan secarapraktikalnya masyarakat dan negara perlu mengamalkan akhlak Islam untuk mencapai keharmonian dan kedamaian.

Thursday, 6 February 2014

Syariat Islam - Pengertian Dan Ciri-Ciri Keistimewaan - Bahagian Ibadah Semester 1

SYARIAT ISLAM : PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN

Takrif Al-Syariah Al-Islamiyyah

Syari’ah dalam bahasa Arab beerti aliran (almazhab) dan jalan yang lurus. Syariah Islamiyyah menurut istilah ialah hukum-hukum yang disyara’kan oleh Allah s.w.t. untuk hambaNya, samada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, akhlak, muamalat, dan system-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Ia juga diertikan sebagai saluran air yang mengalir yang menjadi sumber minuman.  Hukum-hukum ini dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yang lurus tidak ada bengkang-bengkok. Berdasarkan penjelasan di atas maka syariat Islam Islam dari segi istilah syara’ adalah “semua hukum yang diciptakan oleh Allah untuk hambanya sama ada hukum-hukum ini diperundangkan melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi saw dalam bentuk perkataan, perbuatan atau perakuan baginda”.  

Ciri-ciri keistimewaan Syariah Islamiyyah

Rabbaniyyah

Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an, atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri.


Natijah Syariah Islamiyyah:

i) Prinsip-prinsip Syariah dan hukum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai ksempurnaan mutlaq. Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, dan sebagainya.

ii) Hukum-hukum Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman dengannya ama ada pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya dari Allah dan pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.

Balasan Duniawi dan Ukhrawi

Balasan duniawi ini ada yang bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun sivil sepertimana juga dengan undang-undang buatan manusia tetapi skopnya lebih luas dari balasan yang terdapat dalam undang-undang buatan manusia, justeru undang-undang Islam itu mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal-soal keagamaan dan akhlak, tidak sepertimana undang-undang buatan manusia. Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap perlanggaran hukum syara’ sama ada ia amalan had mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah dan sama ada yang  bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak bertaubat nasuha dan mendapat penghalalan hak dari orang tertentu. 

Alamiyyah dan Umumiyyah

Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada.  Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:

a) Dharuriyyat  : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan dan harta.
b) Hajiyyat : perkara yang diperlukan manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.
c) Tahsiniyyat : iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia. Contohnya Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana. Ia lebih mirip kepada unsure kesempurnaan kemewahan. 

Kekal.

Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam, umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala peraturan dan hukum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip dan hukum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat.

Syumul

Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3 kelompok:-

i) Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hukum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau Tawhud.
ii) Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hukum-hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.
iii) Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hukum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu:

a) Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara individu dengan Tuhannya.
b) Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia.

Kemanusiaan

Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat.

Keadilan mutlak

Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat.

Wednesday, 5 February 2014

Ibadah Solat - Bahagian Ibadah Semester 1

PENGERTIAN SOLAT

SOLAT FARDHU

Pendahuluan

Solat merupakan salah satu kewajiban bagi kaum muslimin yang sudah mukallaf dan harus dikerjakan baik bagi mukmin maupun dalam perjalanan.

Solat merupakan rukun Islam kedua setelah syahadat. Islam didirikan atas lima sendi (tiang) salah satunya adalah solat, sehingga barang siapa mendirikan solat ,maka ia mendirikan agama (Islam), dan barang siapa meninggalkan solat,maka ia meruntuhkan agama (Islam).

Solat harus didirikan dalam satu hari satu malam sebanyak lima kali, berjumlah 17 rakaat. Solat tersebut merupakan wajib yang harus dilaksanakan tanpa kecuali bagi muslim mukallaf baik sedang sihat maupun sakit. Selain solat wajib ada juga solat – solat sunat.

Pengertian Solat

Secara etimologi solat bererti do’a dan secara terminology / istilah, para ahli fiqih mengartikan secara lahir dan hakiki. Secara lahiriah solat bererti beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam, yang dengannya kita beribadah kepada Allah menurut syarat – syarat yang telah ditentukan (Sidi Gazalba,88)

Adapun secara hakikinya ialah “berhadapan hati (jiwa) kepada Allah, secara yang mendatangkan takut kepada-Nya serta menumbuhkan di dalam jiwa rasa kebesarannya dan kesempurnaan kekuasaan-Nya” atau “mendahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah dengan perkataan dan pekerjaan atau dengan kedua – duanya” (Hasbi Asy-Syidiqi, 59)

Dalam pengertian lain solat ialah salah satu sarana komunikasi antara hamba dengan Tuhannya sebagai bentuk, ibadah yang di dalamnya merupakan amalan yang tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ikhram dan diakhiri dengan salam, serta sesuai dengan syarat dan rukun yang telah ditentukan syara’ (Imam Bashari Assayuthi, 30)

Dari beberapa pengertian di atas dapat disimpulkan bahwa solat adalah merupakan ibadah kepada Tuhan, berupa perkataan denga perbuatan yang diawali dengan takbir dan diakhiri dengan salam menurut syarat dan rukun yang telah ditentukan syara”. Juga solat merupakan penyerahan diri (lahir dan batin) kepada Allah dalam rangka ibadah dan memohon redha-Nya.

Sejarah Dan Dalil Tentang Kewajiban Solat

Sejarah Tentang Diwajibkan Solat

Perintah tentang diwajibkannya mendirikan solat tidak seperti Allah mewajibkan zakat dan lainnya. Perintah mendirikan solat yaitu melalui suatu proses yang luar biasa yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW yaitu melalui Isra dan Mi’raj, dimana proses ini tidak dapat dipahami hanya secara akal melainkan harus secara keimanan sehingga dalam sejarah digambarkan setelahnya Nabi melaksanakan Isra dan Mi’raj, umat Islam ketika itu terbagi tiga golongan yaitu, yang secara terang – terangan menolak kebenarannya itu, yang setengah – tengahnya dan yang yakin sekali kebenarannya.

Dilihat dari prosesnya yang luar biasa maka solat merupakan kewajiban yang utama, yaitu mengerjakan solat dapat menentukan amal – amal yang lainnya, dan mendirikan sholat bererti mendirikan agama dan banyak lagi yang lainnya.

Dalil – Dalil Tentang Kewajiban Solat
Al-Baqarah, 43
وَاَقِيْمُوْ الصَّلَىةَ وَآتُوْ الزَّكَوةَوَارْكَعُوْامَعَ الرَّاكِعِيْنَ
Ertinya: Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang – orang yang rukuk
Al-Baqarah 110
وَاَقِيْمُوْ الصَّلَوْةَ وَآتُوْالزَّكَوةَ وَمَاتُقَدِّمُوْا لاَِنْفُسِكُمْ مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدُاللهِط اِنَّ اللهَ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ
Ertinya : Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan apa – apa yang kamu usahakan dari kebaikan bagi dirimu, tentu kamu akan dapat pahalanya pada sisi Allah sesungguhnya Allah maha melihat apa – apa yang kamu kerjakan
Al –Ankabut : 45
وَاَقِيْمِ الصَّلَوةَ اِنَّ الصَّلَوةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرَ
Ertinya: Kerjakanlah solat sesungguhnya solat itu bisa mencegah perbuatan keji dan mungkar.
An-Nuur: 56
وَاَقِيْمُوْ الصَّلاَةَ وَآتُوْ الزَّكَوةَ وَاَطِيْعُوْ االرَّسُوْلَ لَعَلَكُمْ تُرْحَمُوْنَ
Ertinya : Dan kerjakanlah solat, berikanlah zakat, dan taat kepada Rasul, agar supaya kalian semua diberi rahmat

Dari dalil – dalil Al-Qur'an di atas tidak ada kata – kata perintah solat dengan perkataan “laksanakanlah” tetapi semuanya dengan perkataan “dirikanlah”.

Dari unsur kata – kata melaksanakan itu tidak mengandung unsur batiniah sehingga banyak mereka yang Islam dan melaksanakan solat tetapi mereka masih berbuat keji dan mungkar. Sementara kata mendirikan selain mengandung unsur lahir juga mengandung unsur batiniah sehingga apabila solat telah mereka dirikan, maka mereka tidak akan berbuat jahat.

Batas Waktu Solat Fardhu

Solat Dzuhur
Waktunya: ketika matahari mulai condong ke arah Barat hingga bayangan suatu benda menjadi sama panjangnya dengan benda.

Solat Asar
Waktunya: sejak habisnya waktu dhuhur hingga terbenamnya matahari.

Solat Maghrib
Waktunya: sejak terbenamnya matahari di ufuk barat hingga hilangnya mega merah di langit.

Solat Isyak
Waktunya: sejak hilangnya mega merah di langit hingga terbit fajar.

Solat Subuh 
Waktunya : sejak terbitnya fajar (shodiq) hingga terbit matahari.

Beberapa Kebaikan Dan Kewajiban Solat 

1. Solat Merupakan Syarat Menjadi Takwa

Taqwa merupakan hal yang penting dalam Islam karena dapat menentukan amal / tingkah laku manusia, orang – orang yang betul – betul taqwa tidak mungkin melaksanakan perbuatan keji dan mungkar, dan sebaliknya

Salah satu syarat orang – orang yang betul betul taqwa ialah diantaranya mendirikan solat sebagaimana firman Allah SWT dalam surat Al Baqarah.

2. Solat Merupakan Benteng Kemaksiatan

Solat merupakan benteng kemaksiatan ertinya bahwa solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Semakin baik mutu solat seseorang maka semakin efektiflah benteng kemampuan untuk memelihara dirinya dari perbuatan makasiat.

Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar apabila dilaksanakan dengan khusu tidak akan ditemukan mereka yang melakukan solat dengan khusu berbuat zina. Maksiat, merompak dan sebagainya. Merompak dan sebagainya tetapi sebaliknya kalau ada yang melakukan solat tetapi tetap berbuat maksiat, tentu kekhusuan solatnya perlu dipertanyakan. Hal ini diterangkan dalam Al-Qur'an surat Al-Ankabut: 45

3. Solat Mendidik Perbuatan Baik Dan Jujur

Dengan mendirikan solat, maka banyak hal yang didapat, solat akan mendidik perbuatan baik apabila dilaksanakan dengan khusus. Banyak yang celaka bagi orang – orang yang solat yaitu mereka yang lalai solat.

selain mendidik perbuatan baik juga dapat mendidik perbuatan jujur dan tertib. Mereka yang mendirikan tidak mungkin meninggalkan syarat dan rukunnya, karena apabila salah satu syarat dan rukunnya tidak dipenuhi maka shlatnya tidak sah (batal).

4. Solat Akan membangun etos kerja

Sebagaimana keterangan – keterangan di atas bahwa pada intinya solat merupakan penentu apakah orang – orang itu baik atau buruk, baik dalam perbuatan sehari – hari maupun ditempat mereka bekerja.

Apabila mendirikan solat dengan khusus maka hal ini akan mempengaruhi terhadap etos kerja mereka tidak akan melakukan rasuah atau tidak jujur dalam melaksanakan tugas.

KESIMPULAN
  1. Solat merupakan penyerahan diri secara talalitas untuk menghadap Tuhan, dengan perkataan dan perbuatan menurut syarat dan rukun yang telah ditentukan syarak.
  2. Solat merupakan kewajiban bagi kaum muslimin yang mukallaf tanpa kecuali.
  3. Hikmah mendidirkan solat iaitu:
  • Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar
  • Solat mendidik perbuatan baik dan jujur
  • Solat akan membangun etos kerja

DAFTAR PUSTAKA
  1. Al-Qur'an dan terjemahnya
  2. Drs. Sidi Gazalba, Asas Agama Islam, Bulan Bintang, Jakarta, 1975
  3. Hasbi Asy Syidiqi, Pedoman Solat, Bulan Bintang, 1976
  4. Imam Basori Assuyuti, Bimbingan Solat Lengkap, Mitra Umat, 1998
  5. Mimbar Ulama, Edisi September 2004