Showing posts with label Bahagian Tamadun Semester 1. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Tamadun Semester 1. Show all posts

Wednesday, 22 January 2014

Faktor-Faktor Kejayaan Dalam Sistem Pemerintahan - Bahagian Tamadun Semester 1

ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

Faktor-Faktor Kejayaan Dalam Sistem Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin
  • Mengapakah keempat khalifah dalam sistem pemerintahan Khulafa al­-Rasyidin berjaya mentadbir negara?
  1. Kepimpinan yang menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara.
  2. Perpaduan yang kukuh menyebabkan Madinah menjadi sebuah negara yang kuat dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas dan dapat menyaingi empayar Rom dan Parsi.
  3. Menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.
  4. Mereka tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
  5. Kejayaan menjalankan tugas dengan baik membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup serta memberikan taat setia kepada pemerintah dan negara.

Sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib - Bahagian Tamadun Semester 1


ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

  • Sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib dalam pemerintahannya.
  1. Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
  2. Sanggup menghentikan peperangan saudara, iaitu Perang Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan kerana lawan yang telah mengangkat al-Quran.
  3. Membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria untuk pertahanan negara.
  4. Mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah.



Pembaharuan Khalifah Uthman bin Affan - Bahagian Tamadun Semester 1



ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

  • Pembaharuan Khalifah Uthman bin Affan dalam pemerintahannya.
  1. Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.
  2. Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
  3. Menyelaraskan bacaan ayat al-Quran dengan mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.
  4. Membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara.
  5. Mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal untuk membiayai pembangunan negara dan memperkuat angkatan tentera laut.
  6. Mengekalkan Jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam sebagai sumber pendapatan baitulmal.

Pembaharuan Khalifah Umar bin al­-Khattab - Bahagian Tamadun Semester 1

ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

  • Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al­-Khattab dalam pemerintahannya.
    1. Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.
    2. Menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar. 
    3. Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.
    4. Melantik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera. 
    5. Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
    6. Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha. 
    7. Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan salah laku hakim dengan memberi gaji bulanan yang tinggi (500 dirham).
    8. Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid. 
    9. Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.
    10. Memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai permulaan pengiraan tahun menurut Islam.   
    11. Menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
    12. Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam. 
    13. Membina markas tentera di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah. 
    14. Membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir.
    15. Menggalakkan rakyat meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar untuk pertanian.
    16. Memperkenalkan pelbagai jenis cukai, seperti cukai jizyah kepada golongan zimmi, kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.
    17. Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara.
    18. Mewujudkan sistem pentadbiran tanah di wilayah yang ditakluki dengan memperkenalkan tanah bertuan dan tidak bertuan.
    19. Membina markas tentera di bandar-bandar utama untuk tujuan keselamatan.

Sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq - Bahagian Tamadun Semester 1

ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

  • Sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq semasa menjadi Khalifah al-Rasyidin yang pertama?
  1. Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhamad s.a.w.
  2. Memerangi dan menghapuskan golongan al-Riddab iaitu golongan nabi palsu, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan murtad. 
  3. Mempertahankan Madinah daripada ancaman kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur di sebelah barat.
  4. Menghantar Khalid al-Walid menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan, kedua-dua ekspedisi ini mencapai kejayaan. 
  5. Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah dan melantik seorang amir untuk mentadbir.
  6. Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang. 
  7. Memperkenalkan undang-undang tanah.
  8. Memberi hak yang sama kepada golongan mawali seperti orang Islam Arab. 
  9. Mengumpulkan semula tulisan al-Quran kerana kematian ramai hafiz sewaktu menentang golongan al-Riddah dengan memerintahkan Zaid bin Thabit menyalinnya semula.

Tuesday, 21 January 2014

Khulafa al-Rasyidin - Bahagian Tamadun Semester 1

ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Khalifah?
  1. Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Dari sudut agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.
  • Empat pemimpin Khulafa al-Rasyidin?  
  1. Saidina Abu Bakar al-Siddiq, keturunan Bani Tamin.
  2. Saidina Umar bin al-Khattab, keturunan BaniAdi. 
  3. Saidina Uthman binAffan,keturunan Bani Umaiyah  
  4. Saidina Ali binAbu Talib, keturunan Bani Hashim
  • Syarat-syarat untuk dilantik sebagai Khalifah.
  1. Lelaki yang merdeka, beragama Islam dan memiliki pengetahuan agama. 
  2. Mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan perintah Allah, warak dan memiliki akhlak yang baik.
  3. Mempunyai tubuh badan yang sihat, cerdas berfikir, adil dan pandai mentadbir kerajaan.
  •  Kaedah yang digunakan untuk pemilihan Khulafa al-Rasyidin?
  1. Melalui musyawarah atau syura, semasa perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama.
  2. Melalui cadangan satu nama sahaja semasa pelantikan Saidina Umar yang telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya. 
  3. Melalui pemilihan semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan daripada sejumlah enam nama yang diusulkan.
  4. Melalui pencalonan semasa perlantikan Saidina Ali bin Abu Talib oleh sekelompok majoriti masyarakat.
  • Apakah yang dimaksudkan baiah?
  1. Perakuan sumpah taat setia oleh seseorang yang dilantik sebagai khalifah.
  •  Tugas seorang Khalifah dalam memerintah negara?
  1. Memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunnah. 
  2. Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.
  3. Bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara 
  4. Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
  5. Bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan pegawai pentadbir negara. 
  6. Bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat.
  7. Bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w. 
  8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura.
  9. Memantapkan sistem perundangan Islam. 
  10. Bertanggungjawab menguruskan hat ehwal kewangan dan perbendaharaan negara dan baitulmal.
  11. Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

Friday, 17 January 2014

Riwayat Hidup Imam Syafie Dan Sumbangannnya Kepada Dunia Islam - Bahagian Tamadun Semester 1



Riwayat Hidup Imam Syafie Dan Sumbangannnya Kepada Dunia Islam.

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd. Aziz Bin Harjin.

Disediakan Oleh:
Nama: Nurul Shuhada Binti Abd. Razak.

Abstrak

Imam Syafie dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Ghuzah. Beliau dilahirkan sebagai anak yatim kerana bapanya telah meninggal ketika beliau masih lagi dalam kandungan ibunya. Dari kecil lagi Imam Syafie telah menujukkan sikap beliau yang amat cintakan ilmu. Salasilah keturunan Imam Syafie juga bersangkut paut dengan salasilah keturunan Rasullulah. Pada usia yang amat muda beliau telah mampu menghafal kitab karangan Imam Maliky tanpa memiliki kitab tersebut. Selain itu, beliau juga rajin menuntut ilmu kesusteraan di sebuah dusun yang terletak amat jauh dari rumahnya. Disebabkan keadaan hidup yang susah beliau terpaksa mengutip tulang-tulang dan cebisan kertas bagi mencatit segala nota. Setelah meningkat dewasa beliau ingin benar bertemu dengan Imam Maliky yang mengarang kitab tersebut. Setelah itu beliau berangkat ke Madinah untuk bertemu dengan Imam Maliky. Setelah beberapa lama beliau menjadi anak didik Imam Maliky, beliau semakin mendalami pelbagai ilmu. Masa berlalu dengan pantas, Imam Syafie membuat keputusan untuk memperluaskan ilmunya dengan merantau dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Sepanjang perjalananya, pelbagai bidang ilmu yang telah beliau pelajari seperti ilmu fiqh, tauhid dan lain-lain. Malahan pelbagai juga kitab yang telah dikarang oleh beliau antaranya ialah Kitab Al-Umm, Ar-Risalah dan sebagainya. Begitu juga dengan para pengikut mazhab Imam Syafie yang semakin ramai dari hari ke hari. Mazhab Imam Syafie juga berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak dan Qiyas. Beliau juga turut member sumbangan dalam bidang kesusteraan Arab, dimana kehebatan syair-syair beliau tidak dapat ditandingi. Sebagai umat biasa Imam Syafie juga mendapat dugaan apabila beliau hampir dihukum pancung dan dengan kuasa Allah, beliau terselamat. Setelah lama sakit akhirnya pada hari Khamis malam Jumaat tanggal 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masehi wafatlah beliau dengan tenang. Imam Syafie dapat merasakan bahawa beliau akan meninggal dunia di Makkah dan meminta wali negeri Makkah yang memandikan jenazah beliau. Jenazah beliau dikebumikan pada 30 Rejab selepas waktu Asar dan dimaqamkan di perkuburan banu Zahrah yang terkenal sebagai kawasan perkuburan anak keturunan Abdul Hakam.

Pendahuluan

Wednesday, 15 January 2014

Imam Al-Syafie - Bahagian Tamadun Semester 1



Kelahiran Imam Al-Syafie

Pengasas Madzhab Al-Syafie ialah Muhammad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 H, pada tahun yang sama dengan kewafatan ulama besar yang hebat iaitu Imam Abu Hanifah (pengasas Madzhab Hanafi). Sampai sebahagian orang mengatakan, "seorang imam telah meninggal dunia dan lahir pula seorang imam yang lain".

Menurut Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam, Imam Al-Syafie dilahirkan di Gaza, Palestin. Desa Gaza ini berdekatan dengan sebuah kota yang dikenali sebagai 'Asqalan. Dan kebanyakan kabilah yang tinggal berhampiran dengan tempat lahir Imam Al-Syafie ini adalah orang-orang Yaman. Pendapat ini turut dibentangkan oleh Prof. Muhammad Abu Zahrah. Seorang pengkaji sejarah, Al-Himawi, berkata, "Pentakwilan ini bagus sekiranya riwayat-riwayat tersebut Sahih."

Nasab Imam Al-Syafie

Menurut pendapat yang tepat, Imam Al-Syafie berketurunan Quraisy dari jalur keturunan bapanya. Nama lengkap Imam Al-Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Al-'Abbas bin Usman bin Syafi'i bin Al-Sa'ib bin 'Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutallib bin Abd Manaf. Nasab Imam Al-Syafie bertemu dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pada Abd Manaf. 

Adapun ibu Imam Al-Syafie berasal dari keturunan Al-Azd. Ini adalah berdasarkan riwayat yang sahih kerana Imam Al-Syafie pernah berkata, "Ibuku berasal dari suku Azdi. Nama kunyahnya ialah Habibah Al-Azdiyah." Tetapi, nama lengkap ibunya tidak dapat diketahui dengan pasti. Apa pun, ibu Imam Al-Syafie seorang yang cergas dan pandai mendidik, memang wajar jika sifat ibunya ini dijadikan tauladan. 

Kembara Pertama Imam Al-Syafie