Monday 25 August 2014

Surah An-Nur ayat 30-31 - Bahagian Al-Quran Semester 4

SURAH AN-NUR AYAT 30 – 31

1. Intisari ayat :
  • Allah memerintahkan mukmin lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta menutup aurat
  • Mukmin dan mukminah diperintahkan juga supaya mengelakkan diri daripada melihat perkara mungkar
  • Mukminah diharamkan mendedahkanperhiasan diri kecuali yang zahir sahaja
  • Mukmin dan mukminah yang melakukan perkara tersebut hendaklah bertaubat

2. Kewajipan Memelihara Maruah dan Kehormatan Diri

a. Umat Islam diwajibkan menjaga maruah. Cara-cara menjaga maruah diri :
  1. Tidak memandang perkara-perkara yang diharamkan
  2. Memelihara diri dengan menjauhi perkara-perkara maksiat
  3. Menutup aurat

b. Kelebihan/hikmah menjaga maruah diri:
  1. Dipandang mulia oleh orang lain
  2. Mengelakkan berlakunya fitnah atau gangguan yang memudharatkan.
  3. Lahir masyarakat yang bermoral dan bermaruah

c. Batasan aurat

Aurat lelaki
Antara pusat hingga ke lutut
Aurat perempuan
i. Bersama dengan perempuan Islam /
muhrim : Antara pusat hingga ke lutut
ii. Bersama dengan lelaki bukan muhrim :
Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

3. Pengajaran Ayat :
  1. Wajib ke atas lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan
  2. Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara-perkara yang diharamkan seperti zina, liwat, onani dan sebagainya.
  3. Haram bagi perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah, contohnya berhias secara berlebihan.
  4. Haram berpakaian ketat dan nipis yang boleh menampakkan bentuk badan.