Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan.
- Menjadikan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya Khalifah al-Makmun.
- Menubuhkan Baitulhikmah sebagai sebuah institusi keilmuan oleh Khalifah Harun al-Rasyid.
- Menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab.
- Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap, pertama, mencatat idea, kedua, mengumpul idea yang serupa ke dalam sebuah buku, ketiga, mengarang ke dalam bahagian dan bab.
- Melibatkan golongan ulama dalam penulisan seperti menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, dan sejarah.
- Melahirkan ulama terkenal iaitu Imam Malik, Ibn Ishaq, Abu Hanifah, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal.
- Membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.
- Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan memuatkan keterangan dan ulasan dengan jelas.
- Memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan ketika Eropah dilanda Zaman Gelap.
- Penubuhan institusi pengajian tinggi telah mempertingkatkan kegiatan penyelidikan membolehkan hasil kajian sarjana Islam sampai ke Eropah.
- Penterjemahkan kajian sarjana Islam dalam bahasa asing telah menyebabkan berlaku Renaissance di Eropah.