Saturday 4 October 2014

Bahagian Tamadun Islam Semester 2 - Kerajaan Bani Umayyah

KERAJAAN BANI UMAYYAH

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan latar belakang kerajaan Bani Umayyah.
  2. Menjelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Bani Umayyah.
  3. Menjelaskan iktibar kegemilangan Kerajaan Bani Umayyah.
  4. Menjelaskan faktor kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah.
  5. Menyatakan iktibar kejatuhan Kerajaan BaniUmayyah.




SEJARAH RINGKAS KERAJAAN BANI UMAYYAH

  • Bermula pada tahun 660 M – 749 M.
  • Diasaskan oleh Muawiyah b Abi Sufian.
  • Nama Umaiyyah adalah sempena nama moyang Muawiyyah.
  • Berpusat di Damsyiq.
  • Pemilihan khalifah dalah berdasarkan sistem monarki.
  • Sangat menitik beratkan perkembangan dan penyebaran Islam melalui peluasan kuasa.
  • Pada zaman ini Islam berkembang meluas ke Eropah, Afrika, India, China dan Asia Kecil.
  • Telah diperintah seramai 14 orang khalifah:

  1. Muawiyyah b Abi Sufian
  2. Yazid b Muawiyyah
  3. Muawiyyah b Yazid
  4. Marwan b Al-Hakam
  5. Abdul Malik b Marwan
  6. Hisham b Abdul Malik
  7. Sulaiman b Abd Malik
  8. Umar b Abdul Aziz
  9. Yazid b Abd Malik
  10. Hisyam b Abdul Malik
  11. Al-Walid b Yazid
  12. Yazid b Al-Walid
  13. Ibrahim b Al-Walid
  14. Marwan b Muhammad


LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI UMAYYAH


  • Bani Umaiyyah adalah keturunan Umaiyyah b Abd Syams b Abdul Manaf seorang bangsawan Quraisy yang berpengaruh pada zaman jahiliyyah.
  • Keluarga ini bercantum dengan keluarga Rasulullah SAW dengan Abd Syams saudara kepada Hasyim iaitu datuk Rasulullah.
  • Nama Umaiyyah diambil bersempena dengan nama moyang khalifah pertama kerajaan Bani Umaiyyah iaitu Muawiyah b Abi Sufian. Beliau menggunakan nama datuknya kerana :

    1. Datuknya seorang yang terkenal dan berpengaruh di kalangan Arab jahiliyyah.
    2. Untuk mendapatkan sokongan kaum kerabatnya.
  • Muawiyah memeluk Islam bersama keluarganya semasa pembukaan kota Mekah.
  • Setelah berpindah ke Madinah, beliau telah dilantik sebagai jurutulis wahyu oleh baginda.
  • Pada zaman Saidina Omar, beliau telah dilantik sebagai Gabenor Syam
  • (Syiria) sehingga pemerintahan Saidina Ali.
  • Apabila Saidina Othman mati dibunuh, Saidina Ali telah dilantik sebagai khalifah dan beliau telah memecat Muawiyah daripada jawatan gabenor.
  • Keadaan ini telah menimbulkan penentangan yang akhirnya membawa kepada berlakunya peperangan Siffin dan Majlis Tahkim.
  • Akibat daripada Majlis Tahkim, pengikut-pengikut Saidina Ali telah berpecah kepada puak Syiah dan Khawarij sehingga membawa kepada pembunuhan Saidina Ali oleh puak Khawarij.
  • Umat Islam semakin berpecah belah dan telah melantik Saidina Hassan sebagai khalifah menggantikan ayahnya.
  • Walau bagaimanapun, Saidina Hassan telah menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah dengan beberapa syarat. Antaranya ialah :
    1. Muawiyah mestilah memerintah berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.
    2. Hendaklah sentiasa memulia dan menghormati keluarga Rasulullah SAW.
    3. Pemilihan khalifah selepasnya hendaklah dibuat menerusi mesyuarat atau majlis syura.

PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYYAH


  • Mempunyai beberapa peringkat pemerintahan iaitu :
1. Zaman kelahiran kerajaan Umaiyyah
bermula dengan pemerintahan Muawiyah b Abi Sufian dan berakhir dengan pemerintahan Muawiyah b Yazid yang berpusat di Damsyiq.

2. Zaman kemajuan pemerintahan Bani Umaiyyah.
Iaitu zaman pemerintahan keturunan Marwan b al-Hakam bermula dengan Abdul Malik b Marwan sehingga zaman kejatuhan Bani Umaiyyah di bawah pemerintah Marwan b Muhammad yang berpusat di Damsyiq.

3. Zaman Pemerintahan Bani Umaiyyah yang berpusat di Cordova, Andalus. (757 – 788 M). Diasaskan oleh Abdul Rahman Ad-Dakhili salah seorang keturunan Bani Umaiyyah yang terselamat daripada gerakan pembersihan Bani Abbasiyyah yang telah melarikan diri ke Andalus.


FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

1. Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
ü  Kerajaan Bani Umaiyyah telah diperintah oleh kahlifah yang berwawasan, cekap dan mempunyai cita-cita yang besar.

2. Penguasaan ilmu pengetahuan
ü  Khalifah dan rakyat sama-sama mencintai ilmu.
ü  Khalifah menjadi penggalak kepada perkembangan ilmu
ü  Rakyat dididik dengan sifat membudayakan ilmu

3. Ekonomi yang stabil
ü  Sumber ekonomi negara mantap
ü  Baitul Mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara
ü  Ia telah memberi peluang kerajaan membangunkan negara dan menyediakan kemudahan awam kepada rakyatnya.

4. Kekuatan ketenteraan
ü  Angkatan tentera yang kuat dan berdisiplin
ü  Semangat mempertahankan negara dan menyebarkan dakwah
ü  Ini telah mendorong kerajaan meluaskan pengaruh sehingga ke India, Afrika Utara dll.


5. Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
ü  Kerajaan menyediakan keperluan asas yang sempurna kepada rakyat
ü  Rakyat memberi sokongan yang kukuh kepada kerajaan

6. Semangat jihad yang tinggi
ü  Semangat ini membantu umat Islam mempertahankan agama dan negara serta mempelopori bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran

KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ

ü  Keturunan Umar bin al-Khattab dari sebelah ibunya
ü  Dianggap sebagai Khalifah ar-Rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan degan pemerintahan Khulafak ar-Rasyidin
ü  Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat
ü  Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan mawali
ü  Melaksanakan hukuman dengan adil
ü  Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan Islam
ü  Ekonomi negara di bawah pentadbirannya di tahap paling tinggi dan menumpukan bidang pendidikan untuk rakyat


IKTIBAR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

  1. Kita hendaklah berusaha mempelajari pelbagai bidang ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
  2. Sentiasa menanam semangat jihad dan daya juang yang tinggi untuk memastikan kejayaan berpihak kepada umat Islam
  3. Hendaklah sentiasa bersatu padu mewujudkan keamanan negara



FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH


  1. Sikap mengabaikan ajaran Islam oleh beberapa orang khalifah
  2. Kemewahan hidup para pemimpin menyebabkan mereka lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara
  3. Wujud kembali semangat perkauman atau kabilah seperti di zaman jahiliah
  4. Pemilihan khalifah tidak secara demokrasi
  5. Sikap pemerintah yang pilih kasih

  • Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling tadah menyokong gerakan Abbasiyah


IKTIBAR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

  1. Kita hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dengan melaksanakan segala perintah Allah dengan sempurna.
  2. Kesatuan ummah adalah penting bagi mewujudkan rasa gerun musuh dan keamanan negara
  3. Dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin, hendaklah sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat
  4. Janganlah kita menjadikan kemewahan hidup sebagai satu faktor yang melalaikan kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah


PERANAN GENERASI SEKARANG UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KERAJAAN SERTA NEGARA ISLAM


  1. Mengembalikan semula kemajuan dan kegemilangan Islam yang pernah dicapai pada masa dahulu
  2. Menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu bidang  demi meninggikan taraf umat islam
  3. Berusaha menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas
  4. Mengamalkan konsep syura dan muafakat dalam mengendalikan sesuatu perkara untuk mengelakkan berlakuknya perselisihan faham dan pertelingkahan.