Saturday, 27 December 2014
Friday, 26 December 2014
Wednesday, 24 December 2014
Tazkirah - Sembilan Pembaziran Tanpa Disedari
Sembilan Pembaziran Tanpa Disedari
IBNU Qayyim al-Jauziyah,
ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh
Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi
panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun
691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyah
mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-
Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Menurut Ibn Qayyim
al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada
pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.
Waktu yang tidak seharusnya
kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar
sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Beliau berkata, tidur pada
waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan
kemudaratan dan makruh hukumnya.
Sunday, 14 December 2014
Tazkirah - Mayat Baca Yasin..
Mayat Baca Yasin..
"Ini adalah cerita
benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi..
Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah
bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini..
Pada suatu hari di musim
haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut
seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.
Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang
meninggal dunia di Mekah....
Cara yang mereka kebumikan
mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan
menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan
dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila
satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut
bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti
kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur
tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.
Hasilnya dia mendapati
memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al
Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat
Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut
tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah
kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian,
rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah
membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain
selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.
Jika tiada tumpahan , dia
kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya
bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin
berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .
Selepas peristiwa itu,
lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan
dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan
janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)