Mayat Baca Yasin..
"Ini adalah cerita
benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi..
Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah
bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini..
Pada suatu hari di musim
haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut
seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.
Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang
meninggal dunia di Mekah....
Cara yang mereka kebumikan
mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan
menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan
dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila
satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut
bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti
kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur
tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.
Hasilnya dia mendapati
memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al
Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat
Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut
tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah
kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian,
rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah
membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain
selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.
Jika tiada tumpahan , dia
kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya
bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin
berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .
Selepas peristiwa itu,
lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan
dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan
janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.