Semester 3 - AKHLAK
Adab
Berkomunikasi
STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan adab berkomunikasi.
STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan
adab berkomunikasi
KRITERIA PENCAPAIAN
1.
Menyatakan maksud berkomunikasi.
2.
Menjelaskan adab-adab berkomunikasi
3.
Menerangkan akibat tidak beradab ketika
berkomunikasi.
4.
Sentiasa mengamalkan adab berkomunikasi.
MASA
60
minit
KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan
maksud berkomunikasi.
Maksud
komunikasi ialah memindahkan atau menyampaikan
mesej daripada
satu pihak kepada pihak lain melalui
pertuturan, perbuatan, tulisan, lukisan dan gambar.
KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan
adab-adab berkomunikasi
1.
Mendahulu
memberi salam
2.
Senyum dan elakkan dari bermasam muka
3.
Berikan
perhatian sepenuhya
4.
Ketawa dengan sederhana
5.
Tidak mendapat ramai kawan dan sahabat.
6.
Elakkan bertentangan mata jika berlainan
jantina
7. Mengucapkan perkara yang baik dan menghindari diri
daripada mengucapkan yang batil. Hadis sahih riwayat at-Tirmizi :
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan yang demikian, sehingga dicatat oleh Allah keredhaanNya bagi orang tersebut sampai hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT akan mencatatnya yang demikian itu sampai hari kiamat”
KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan
akibat tidak beradab ketika berkomunikasi.
1.
Dimurkai oleh Allah dan Rasul
2.
Dibenci oleh ibu bapa dan kaum keluarga
3.
Tidak mendapat ramai kawan dan sahabat
4.
Hubungan dengan rakan, sahabat dan orang ramai akan
menjadi renggang
5.
Menunjukkan peribadi dan perangai yang buruk
pada orang ramai.
KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa
mengamalkan adab berkomunikasi.
1.
Berkomunikasi dengan ibu bapa dengan menggunakan bahasa
yang sopan.
2.
Tidak menggunakan bahasa yang kesat ketika
berkomunikasi.
3.
Sentiasa menghormati orang lain
CADANGAN AKTIVITI
1.
Guru memberi penerangan tentang
maksud komunikasi.
2.
Sumbangsaran adab berkomunikasi yang baik
dan tidak baik.
3.
Simulasi adab berkomunikasi di dalam kelas.
4.
Tayangan video berkaitan dengan adab
berkomunikasi