Tuesday 17 September 2013

Bahagian Hafazan Semester 1 - Surah Al-Quraisy

Semester 1 - Hafazan Ayat Al Quran
Surah Al-Quraisy


STANDARD KANDUNGAN

HAFAZAN AYAT AL QURAN
Membaca dan menghafaz surah-surah pilihan dan mengamalkannya dalam solat serta amalan harian.
STANDARD PEMBELAJARAN
Menghafaz dan mengamalkan surah-surah berikut:
KRITERIA PENCAPAIAN
Menghafaz surah al-Quraisy dengan betul , bertajwid dan lancar.

CADANGAN AKTIVITI
Amali
  1. Guru memperdengarkan bacaan kesemua surah di atas daripada video qari yang mahsyur
  2.  Menghafaz potongan ayat dalam kumpulan melalui kaedah talaqqi,musyafahah dan tikrar.
  3. Guru mentasmi’ kesemua ayat hafazan di atas secara individu.
  4.  Melazimi bacaan surah di atas dalam solat fardhu dan solat sunat.
CADANGAN PENTAKSIRAN
  1. Ujian hafazan dan tasmik
 
Skala penilaian :

Bil.
Aspek
Gred
Kriteria
1.0
Menghafaz ayat-ayat Quran :
·      Tajwid
·       Fasahah
·       Lancar
Cemerlang
(8-10)
Memenuhi kesemua kriteria berikut :
  1. Menghafaz ayat al-Quran dengan betul.
  2. Menghafaz ayat al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul.
  3. Menghafaz ayat al-Quran dengan lancar.
 
Kepujian
(4-7)
Memenuhi kriteria 1 dan 2
Memuaskan
(1-3)
Memenuhi  kriteria 1 sahaja