Friday 3 October 2014

Bahagian Tamadun Islam Semester 4 - Hassan Al-Banna

HASSAN AL-BANNA

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan riwayat hidup Hassan Al-Banna secara ringkas.
  2. Menyatakan sifat peribadi Hassan Al-Banna.
  3. Menjelaskan kegigihan Hassan Al-Banna dalam menuntut ilmu.
  4. Menjelaskan sumbangan Hassan Al-Banna kepada tamadun Islam.
  5. Menyatakan iktibar daripada sejarah ketokohan Hassan Al-Banna.



RIWAYAT HIDUP
HASSAN AL-BANNA

  • Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed Al-Banna
  • Dilahirkan pada Oktober 1906 di Desa Al-Mahmudiya yang terletak di Daerah Al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir
  • Beliau berasal dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam.
  • Ayah beliau, Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.
  • Beliau telah bekerja sebagai seorang tukang jam di Desa Al-Mahmudiya untuk menyara keluarga. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu agama seperti Tafsir Al-Quran dan Hadis kepada penduduk tempatan


SIFAT DAN PERIBADI
HASSAN AL-BANNA

1.    Seorang yang kuat beribadat.
Beliau suka bersolat dan berpuasa sejak kecil dan suka mendampingi orang-orang warak dan soleh.
2.    Seorang yang pemurah
Beliau suka bersedekah walaupun dia sendiri memerlukan wang atau barang yang disedekahkan tersebut.
3.    Seorang yang berfikiran luas
Beliau mempunyai kaedah dakwah yang tersendiri sehingga mampu menarik minat paderi dan penganut kristian untuk mendengarnya.
4.   Seorang yang zuhud, tegas, dan beriltizam dalam dakwah
Pernah menolak jawatan tinggi dan gaji besar yang ditawarkan oleh pihak kerajaan apabila mendapati ia bertujuan menjauhkan beliau dari usaha dakwahnya.


KEGIGIHAN HASSAN AL-BANNA MENUNTUT ILMU

  • Keluarga beliau begitu tegas dalam mendidik anak-anak bedasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran dalam usia yang begitu muda.
  • Telah memasuki Pusat Latihan Perguruan dan berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir.
  • Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada usia 16 tahun kerana kebijaksanaannya dan ilmu pengetahuannya yang luas.
  • Semasa di Kaherah, beliau terdedah dengan pergolakkan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Attartuk.


SUMBANGAN HASSAN AL-BANNA  KEPADA DAKWAH DAN PERJUANGAN ISLAM

MENUBUHKAN IKHWANUL MUSLIMIN

  • Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Beliau beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul dirumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam.
  • Dirumah itu juga Jemaah Ikhwanul Muslimin ditubuhkan.
  • Pada ketika itu beliau baru mendapati ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab disalah sebuahsekolah di Bandar Ismailiyah
  • Beliau meletak jawatan dalam bidang perguruan selepas berkhidmat selama 19 tahun untuk menyusun kegiatan dakwah dalam masyarakat bandar.

  
MENGHASILKAN KARYA YANG MENJADI PENDORONG DAN RUJUKAN KEPADA USAHA DAKWAH

  • Beliau banyak menghasilkan karya-karya dakwah seperti Muzakirat ad-Da'awah wa-Dai'yiah, Rasail Al Imamu Syahid, Maqalat Hassan Al-Banna, Al-Ma'thurat dan banyak lagi


WASIAT HASSAN AL-BANNA
    •  Merupakan intipati dalam risalah terakhir yang ditulis beliau untuk anggota Ikhwanul Muslimin secara khasnya dan kepada para daie secara umumnya.
  •  

IKTIBAR DARI KETOKOHAN HASSAN AL-BANNA

  1. Berfikiran kritis dan cepat dalam memahami permasalahan masyarakat sehingga dapat mencari jalan penyelesaiannya.
  2. Istiqamah dalam perjuangan dan melakukan pembaharuan
  3. Umat Islam perlu bangkit untuk menyangkal kesesatan barat
  4. Menghidupkan program-program keagamaan seperti halaqah ilmu, membaca ma'thurat, usrah dan lain-lain.