Thursday 12 September 2013

Bahagian Al-Quran Semester 1 Surah Ibrahim

Semester 1 - Surah Ibrahim ayat 35 - 41

STANDARD KANDUNGAN
Membaca ayat 35-41 Surah Ibrahim
STANDARD PEMBELAJARAN
Membaca ayat 35-41 surah Ibrahim dan memahami serta mengamalkan ayat 40 dan 41 Surah Ibrahim
MASA
 
KRITERIA PENCAPAIAN
Membaca ayat 35 hingga 41 surah Ibrahim dengan  betul dan bertajwid
 
 
 
 
KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan intisari ayat 40-41 surah Ibrahim
i.                    Menunaikan solat pada waktunya
ii.                  Memastikan ahli keluarga menunaikan solat
iii.                Memohon keampunan untuk diri, keluarga dan sekalian mukmin
KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kepentingan memelihara solat
iv.                Menjauhkan diri dari perbuatan keji dan munkar
v.                  Menenangkan jiwa
vi.                Dikasihi Allah dan rasul
KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan tuntutan memohon rahmat dan keampunan untuk diri sendiri dan kedua ibu bapa.
vii.              Untuk mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
viii.            Sebagai tanda ketaatan hamba terhadap Allah
ix.                Untuk menghilangkan sifat berputus asa.
KRITERIA PENCAPAIAN
Pengajaran ayat
  1. Sentiasa beristiqamah dalam menunaikan solat.
  2. Umat Islam hendaklah mengamalkan doa sebagai  amalan seharian.
  3. Kita wajib taat kepada ibu bapa supaya hidup diberkati Allah.
KRITERIA PENCAPAIAN
Mengamalkan doa memohon rahmat dan keampunan untuk ibu bapa.
i.                    Mengamalkan ayat 40-41 surah Ibrahim sebagai doa selepas solat.
 
CADANGAN AKTIVITI
Amali :
1.      Membaca ayat 35-41 Surah Ibrahim secara talaqqi musyafahah
2.      Kaedah perbincangan ilmiah untuk mendapatkan intisari ayat kefahaman surah al-an’am ayat 40-41 surah Ibrahim.
Perbincangan ilmiah :
  1. Guru menyatakan intisari ayat kefahaman 40-41 surah Ibrahim
  2. Pelajar mencatat isi penting
Perbincangan kumpulan :
  1. Perbincangan dan pembentangan kumpulan serta penambahbaikan oleh guru
 
CADANGAN PENTAKSIRAN
1.      Senaraikan dua intisari ayat 40-41 surah ibrahim
2.      Jelaskan dua kepentingan memelihara solat
3.      Jelaskan dua kepentingan doa
4.      Guru memperdengarkan bacaan doa keampunan untuk kedua ibu bapa
5.      Murid membaca doa secara berpasangan di bawah pengawasan guru