Friday, 26 September 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Muamalat Dalam Islam : Zakat Harta Dan Perniagaan

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

MUAMALAT DALAM ISLAM

ZAKAT HARTA DAN PERNIAGAAN

PENGERTIAN ZAKAT

1.  Dalam bahasa arab, “zakat” secara umumnya bererti pertambahan.
Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi banyak pengertian seperti cerdik, jenih, berkat, kepujian, bersih dan lain-lain.

2.   Dari segi istilah  zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh  Allah.

Selain itu, ada istilah sedekah dan infaq, sebagian ulama fiqh, mengatakan bahwa sedekah wajib dinamakan zakat, sedang sedekah sunat dinamakan infaq.
Sebagian yang lain mengatakan infaq wajib dinamakan zakat, sedangkan infaq sunnat dinamakan sedekah 

HUKUM  MENGELUARKAN ZAKAT
  1. Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur utama tertegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib (fardhu) atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu.
  2. Zakat termasuk dalam kategori ibadah (seperti solat, haji, dan puasa) yang telah diatur secara terperinci berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, sekaligus merupakan amal sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan ummat manusia. 
PEMBAHAGIAN ZAKAT
1.     Zakat Nafs (jiwa), juga disebut zakat fitrah.
2.     Zakat Maal (harta). 

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT
1.     Islam
2.     Aqil
3.     Baligh
4.     Memiliki harta yang mencapai nisab (kadar tertentu) 

ZAKAT MAAL (ZAKAT HARTA)


MAKSUD MAAL (HARTA)


ü  Dari segi bahasa :
Harta adalah segala sesuatu yang diinginkan  oleh manusia untuk memiliki, memanfaat dan menyimpannya 

ü  Dari segi istilah :
Harta adalah segala sesuatu yang dapat dimiliki (dikuasai) dan dapat digunakan (dimanfaatkan) menurut kebiasaannya (lazim).
 Seperti  rumah, kereta, ternakan, hasil pertanian, wang, emas, perak, dll. 


ASNAF YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

BIL
ASNAF
HURAIAN
1.
Fakir

adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya.
2.
Miskin

mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya
3.
Amil

orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
4.
Muallaf

seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5.
Riqab

seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
6.
Gharimin

penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
7.
Fisabilillah

orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
8.
Ibnu Sabil

musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.


JENIS-JENIS ZAKAT




ZAKAT PERNIAGAAN

ü  Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya

ü  Maksud perniagaan ialah penukaran harta (mal) dengan barangan tertentu bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Ia tidak dikhususkan kepada barangan tertentu sahaja. Barang-barang perniagaan ialah barangan yang ditukarkan antara tangan dengan niat mendapatkan keuntungan.

KAEDAH PENGIRAAN  ZAKAT PERNIAGAAN

ü  Asas bagi taksiran zakat perniagaan berpaksi kepada modal dan perkembangan terhadap modal itu. Sumber modal ini disediakan sama ada oleh dana pemilik perniagaan, dana pelaburan luar atau dana berbentuk pinjaman atau pembiayaan.
ü  Keseluruhan sumber modal ini memberikan kuasa penuh kepada pemilik atau pengurusan perniagaan untuk menggunakan modal dalam menjana keuntungan. Maka jelas bahawa harta berkembang (al-nama’) menjadi asas kewajipan zakat.
ü  Dari segi prinsip, harta perniagaan wajib dizakatkan apabila memenuhi sifat berkembang (al-nama’), diniagakan (urud al-tijarah) dan milik sempurna (al-milk al-tam). Ini bererti taksiran zakat tidak mengambil kira sumber harta diperoleh, sama ada melalui sumber dalaman atau pinjaman.


INSTITUSI KEWANGAN YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN KEWANGAN SECARA ISLAM.

  1. Baitulmal
Ia merupakan tempat khas untuk menjaga harta negara dan perbelajaan yang dikeluarkan tidak  bertentangan dengan syarak

  1. Wakaf.
Institusi wakaf juga digolongkan sebagai institusi kewangan yang pernah wujud pada zaman Rasulullah. Wakaf membawa maksud tahankan atau hentikan. Pada prinsipnya, harta yang diwaqfkan itu tidak dapat digunakan lagi, cuma hasilnya yang dapat digunakan untuk faedah penerima waqf tadi.

  1. Takaful
 Dalam konsep takaful, peserta rangcangan takaful bersetuju memberi berdasarkan tabarru’ (derma) dengan niat membantu antara satu sama lain
Manakala prinsip amalan takaful dapatlah disimpulkan sebagai satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong antara anggota masyarakat yang sama-sama ingin mendapatkan perlindungan bagi menghadapi kemungkinan mala petaka dan bencana Dan dari segi urusniaga pula skim takaful nyata mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

4.     Bank Kewangan
      -Lembaga Tabung Haji
      -Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
 MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP PERNIAGAAN SECARA ISLAM:
                        i.   Tidak terlibat dengan unsur riba dan perjudian.
                         ii.   Menjauhi sebarang bentuk rasuah.
                         iii.  Sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam perniagaan.