Thursday, 18 September 2014

Bahagian Al-Quran Semester 4 - Surah An-Nur ayat 30-31

AL-QURAN

STANDARD KANDUNGAN
BACAAN DAN KEFAHAMAN AYAT AL QURAN
( Surah an- Nur ayat 30 – 31 )
STANDARD PEMBELAJARAN
Membaca dan memahami serta mengamalkan ayat 30 - 31 surah an-Nur.
KRITERIA PENCAPAIAN
Membaca ayat 30 - 31 surah an-Nur dengan betul dan bertajwid.


Maksudnya :
                        “ Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka ( drpd memandang yang haram ) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa-apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perrempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( drpd memandang yang haram ), dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka melihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang lebih tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau anak-anak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya ”.


KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan intisari ayat 30 – 31 surah an-Nur.



Ayat ini menjelaskan perintah Allah SWT berkaitan dengan
i.        Kewajipan memelihara kehormatan diri agar tidak timbul fitnah.
ii.       Memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang ditegah dan haram.
iii.     Tidak mempamerkan barang-barang perhiasan yang dipakai.
iv.    Batasan aurat dan golongan yang dibenarkan melihat aurat wanita.
v.      Menutup aurat dan belahan baju di dada.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan tuntutan menjaga pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan.

Islam mewajibkan setiap umatnya menjaga pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan.
i.       Islam mewajibkan setiap umatnya menjaga pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan.
ii.      Contoh perkara yang haram dilihat :
a.     Melihat aurat orang lain
b.     Gambar / video lucah
c.      Perkara-perkara maksiat
KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan batas-batas pergaulan dan aurat dalam Islam.

i.         Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
a.    Dilarang memandang orang yang bukan mahram kecuali dalam situasi yang
dibenarkan seperti menuntut ilmu, mendapatkan rawatan dan bermuamalat.
b.    Dilarang berjabat tangan antara lelaki dan perempuan
c.    Dilarang bersentuhan anggota badan
d.    Wanita dilarang melunakkan suara ketika berbicara dengan lelaki bukan muhram
e.    Dilarang berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

             ii.            Batasan aurat :
a.     Lelaki dalam semua keadaan kecuali bersama isteri -  pusat hingga lutut.
b.     Perempuan dengan lelaki mahram  -  pusat hingga lutut
c.     Perempuan dengan perempuan - pusat hingga lutut
d.     Perempuan dengan lelaki bukan mahram dan perempuan bukan Islam – seluruh
tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

            iii.            Golongan yang dibenarkan melihat aurat wanita ialah:
a.     Suami / bapa / bapa mertua / anak / adik beradik / anak saudara lelaki / hamba/
Kanak-kanak / lelaki tua uzur yang putus nafsu

KRITERIA PENCAPAIAN

Sentiasa memelihara aurat dan  maruah diri.

Pengajaran ayat
i.             Kita wajib menghindari perkara-perkara yang haram dilihat.
ii.           Umat Islam wajib memelihara kehormatan diri dengan menjauhi perkara-perkara haram seperti zina, liwat dan musahaqah, onani dan sebagainya.
iii.          Kita wajib menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.

CADANGAN AKTIVITI

Amali :
i.         Membaca ayat 30-31 surah An-Nur secara talaqqi musyafahah.
ii.       Murid membaca ayat dengan pengawasan guru.
iii.      Memperdengarkan bacaan dari qari-qari terpilih melalui CD.
Perbincangan ilmiah :
i.        Guru menyebut intisari ayat kefahaman 30-31 surah an-Nur.
ii.       Pelajar mencatat isi penting.
iii.      Pelajar membaca teks khutbah :
Perbincangan kumpulan :
i.    Menyatakan masalah / isu semasa dan gejala sosial yang berlaku akibat mengabaikan kewajipan memelihara aurat dan menjaga batas-batas pergaulan.


CADANGAN PENTAKSIRAN

i.            Apakah  maksud  menjaga pandangan atau tundukkan pandangan atau tundukkan pandangan berdasarkan ayat di atas.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii.               Senaraikan tiga perintah Allah bagi kaum muslimat berdasarkan ayat di atas.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iii.               Jelaskan batas-batas aurat mengikut syariat Islam.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iv.         Jelaskan batas-batas pergaulan antara lelki dan perempuan.Nyatakan ciri-ciri pakaian
berdasarkan syariat Islam.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

v.                 Jelaskan tiga pengajaran ayat 30-31 surah an-Nur.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________