Wednesday 25 September 2013

Bahagian Akidah Semester 1 - Menjelaskan Iman Bertambah Dan Berkurang



Semester 1 - AKIDAH
Menjelaskan Iman Bertambah Dan Berkurang

STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan meyakini rukun Islam dan rukun iman

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan iman bertambah dan berkurang

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan perbuatan yang boleh menyebabkan iman bertambah dan berkurang.

2.     Menjelaskan kesan iman bertambah dan berkurang

3.     Menyatakan pengertian kemanisan iman

4.     Menyatakan cara-cara mencapai kemanisan iman.

5.     Berusaha untuk mencapai kemanisan iman.

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan perbuatan yang boleh menyebabkan iman bertambah dan berkurang

Iman boleh bertambah melalui perkara-perkara berikut :

1.     Mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Allah SWT dan rasulnya.

2.     Memperbanyakkan melakukan ibadah sunat seperti qiamullail dan tilawah al Quran.

3.     Melazimi berzikir kepada Allah dan selalu berfikir mengenai kebesaran Allah SWT.

Iman boleh berkurang melalui perkara-perkara berikut :

1.     Berterusan berada dalam kejahilan.

2.     Berterusan melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3.     Lalai dan leka dengan urusan dunia sehingga meninggalkan suruhan Allah SWT.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kesan iman bertambah dan berkurang

Kesan iman bertambah :

1.     Amal ibadah seseorang semakin bertambah.

2.     Akhlak berubah kepada lebih baik.

3.     Takut melakukan perkara keji  dan kemungkaran.

Kesan iman berkurang :

1.     Berasa malas melakukan perintah Allah SWT.

2.     Cenderung untuk melakukan  perkara keji dan mungkar.

3.     Sukar untuk mendengar nasihat agama dan kebaikan.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan pengertian kemanisan iman

Berasa gembira dalam melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan Allah dan rasulNya lebih daripada segalanya.

Hadis Anas (Hallawatul Iman) muttafaq `alaih

Maksudnya: Tiga perkara, sesiapa yang melakukan akan dapat memperoleh kemanisan iman. Kecintaan kepada Allah dan rasulnya melebihi segalanya, mengasihi manusia kerana Allah, benci kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran sebagaimana mereka benci dicampakkan ke dalam api neraka.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan cara-cara mencapai kemanisan iman.

Kemanisan Iman boleh dicapai melalui :

1.     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.

2.     Ikhlas dalam setiap amalan.

3.     Mengasihi sesama manusia.

KRITERIA PENCAPAIAN
Berusaha untuk mencapai kemanisan iman.

1.    Sentiasa berusaha mendalami ilmu agama melalui kuliah atau ceramah agama, pembacaan bahan ilmiah serta mendampingi orang saleh.

2.    Melazimi amalan sunat seperti berzikir, solat rawatib, puasa Isnin dan Khamis, qiamullail serta membaca al quran.

CADANGAN AKTIVITI

1.     Sumbang saran perbuatan yang boleh menambah dan mengurangkan iman.

2.     Perbincangan mengenai kemanisan iman.

3.     Berzikir secara jamaie dengan zikir-zikir yang maathur.

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Nyatakan perbuatan yang boleh menyebabkan iman bertambah dan berkurang

2.     Jelaskan kesan iman bertambah dan berkurang

3.     Nyatakan pengertian kemanisan iman

4.     Nyatakan cara-cara mencapai kemanisan iman.

5.     Ujian tasmik lafaz zikir dengan betul dan sempurna.