Semester 1 - AKIDAH
Menjelaskan Pengertian Iman
STANDARD
KANDUNGAN
Memahami dan meyakini rukun Islam dan rukun iman.
STANDARD
PEMBELAJARAN
Menjelaskan pengertian Iman
KRITERIA
PENCAPAIAN
1.
Menyatakan
pengertian iman.
2.
Menjelaskan
kesempurnaan iman melalui hati, lisan dan perbuatan beserta contoh.
MASA
60 minitKRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan pengertian iman.
Mengikrarkan
dengan lidah, membenarkan dengan hati, dan mengamalkan dengan anggota.
KRITERIA
PENCAPAIAN
Menjelaskan kesempurnaan iman melalui hati, lisan dan perbuatan beserta
contoh
1.
Al
Quran menggandingkan antara lafaz iman dan amal soleh. (surah al-Baiyinah: 7)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
2.
Tidak
sempurna iman seseorang yang hanya berikrar dengan lisan dan beramal soleh
tanpa membenarkan dengan hati. Mereka ini dianggap munafik.
3.
Tidak sempurna iman seseorang yang hanya membenarkan di dalam hati
tanpa disertai ikrar dengan lisan dan beramal soleh. Mereka ini dikira kafir
seperti ahli kitab dan firaun.
4.
Tidak
sempurna iman seseorang yang hanya membenarkan dalam hati semata-mata tanpa
perlakukan amal soleh. Mereka dikira sebagai `asi dan fasik.
CADANGAN
AKTIVITI
1.
Penerangan
guru mengenai pengertian dan kesempurnaan iman.
2.
Menyediakan
buku skrap mengenai golongan yang tidak sempurna imannya.
CADANGAN PENTAKSIRAN
1.
Nyatakan
pengertian iman.
2.
Murid
menyediakan buku skrap mengenai golongan yang tidak sempurna imannya.