KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAMIAH
1. SYUMUL DAN
LENGKAP
Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup
manusia merangkumi hubungan manusia dengan Pencipta, sesama manusia dan juga
hubungandengan makhluk lain. Cara hidup Islam juga memenuhi segala kepentingan
manusia samada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat. Manakala agama ciptaan
manusia tidak memiliki ciri-ciri ini keran aagama tersebut tidak menentukkan
peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan memisahkan
agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi
untuk mencapai ketamadunan dan kegemilangan dalam kehidupan.
2. PRAKTIKAL (Waqiyyah)
Islam bukan agama yang berbentuk teori
semata-mata iaitu yang menyangkut kepada persoalan
hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan sahaja,
malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusia
dan peraturan yang mengatur hidup mereka supaya bahagia selama-lamanya.
Dalam kontek ini seluruh sistem Islam samada yang
berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, suasana dan rupa
bentuk kehidupan manusia yang tidak statik tetapi sebaliknya praktis. Cara
hidup Islam sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan tempat dan tidak ada sesuatu
yang dituntut dalam Islam melanggar fitrah manusia. Secara praktikalnya manusia
memerlukan pegangan(aqidah), manusia juga boleh melakukan ibadah dalam bermacam
keadaan dan secarapraktikalnya masyarakat dan negara perlu mengamalkan akhlak Islam
untuk mencapai keharmonian dan kedamaian.
3. UNIVERSAL (Alamiyyah)
Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia
meliputi-semua tempat dan masa. Tiada batas
geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka berada diplanet
Marikh sekalipun. Firman Allah swt yang bermaksud: "Katakanlah (wahaiMuhammad):
" Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu
semua". {Al-Araf: 158 } Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat
Islam mampu menjamin kebahagiaan manusia tidak kira warna kulit dan keturunan serta
segala keperluan mereka sepanjang zaman dan
tempat.
4. SEIMBANG &
SEDERHANA (Tawazzun &
Wasatiyyah)
Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan
atas dasar seimbang dan sederhana .Setiap satu bahagian dengan bahagian yang
lain saling berkaitan. Kehidupan manusia tidak lengkap sekiranya mementingkan pembangunan
fizikal semata-mata. Hakikat kejadian manusia daripada unsur fizikal dan rohani
memerlukan pembangunan yang seimbang dari segi rohani dan fizikal. Oleh itu syariah
ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia, bukan sebahagian tertentu
sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian
perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka ,serta pincanglah kehidupan
masyarakat dan negara.Keseimbangan dan kesederhanaan dapat dilihat dalam tuntutan
aqidah, ibadah dan juga akhlak yang dituntut
oleh Islam. Sistem Islam ini
bukan sahaja dalam aspek hukum hakam bahkan juga dalam semua ciptaan Allah
termasuklah penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan, bintang dan matahari.
Tuntutan membayar zakat, bersedekah & haramnya riba mengajar manusia supaya
hidup bersederhana dan memikirkan tentang mereka yang kurang mampu didalam masyarakat.
5. Adil Mutlak
Yang dimaksud dengan adil mutlak
disini adalah bahwa syariat Islam menjamin hak-hak asasi manusia tanpa
mengabikannya. Syariat islam melindungi jiwa raga manusia, begitu pula dalam
kehormatan, harta, agama serta keyakinan.
Dalam mewujudkan prinsip keadilan,
syariat Islam tidak mengenal perbezaan antara satu golongan dengan golongan
lain, atau suatu kelompok masyarakat
dengan kelompok masyarakat lain. Syariat Islam tidak memfokuskan ajaran kepada kesejahteraan material serta kemamapanan ekonomi saja tetapi dari segi
mental spritual juga diperhatikan. Disamping itu syariat Islam juga tidak hanya
memberi perhatian kepada kehidupan duniawi tetapi ukhrawiyah.
Kini
kita tahu, tidak mungkin kita
mendapatkan konsepsi buatan manusia yang dapat menjawab secara jelas dan
lengkap semua persoalan. Jangkauan pandangan manusia sebagai makhluk yang terbatas, tentu
tidak menyeluruh. Kadang manusia melihat dari satu segi dan melalaikan banyak
segi lainnya. Hal ini jauh berbeza dengan Allah, pencipta syariat yang hak
karena ilmu-Nya meliputi segala sesuatu.
6. Persamaan
(kesamarataan):
Sesungguhnya Allah SWT akan memberi pahala yang sama
kepada kaum lelaki dan kaum wanita apabila melakukan amal ibadat tanpa
dibezakan mengikut jantina;begitu juga saf hadapan di masjid bukan dikhususkan
kepada golongan hartawan atau pemimpin tertentu, malah disediakan kepada siapa
yang datang lebih awal dalam kalangan orang Islam dan sebagainya.
7. Kebebasan:
Islam memberikan kebebasan untuk bersuara atau memberi
pendapat, kebebasan berfikir, berpolitik, beragama, berusaha dan
lain-lain, tetapi bagi orang Islam tidak bermakna mereka bebas memilih cara
hidup atau fahaman lain yang tidak selari dengan Islam ataupun mereka
tidak boleh diberi peringatan untuk mendirikan solat atas alasan mereka
bebas untuk tidak bersolat.
8. Tidak
boleh membahayakan diri dan orang lain
Ia merupakan ciri utama yang pernah ditegaskan oleh
baginda RasulullahS.A.W.,dalam erti kata bahawa seorang Muslim itu tidak boleh
melakukan tindakan yang boleh membahayakan orang lain seperti terlibat
dalam aksi bahaya mat rempit atau lumba haram.
9. Islam
menjamin hak asasi manusia:
Ia merupakan satu jaminan yang diabaikan oleh
kebanyakan falsafah ciptaan manusia.
10. Menjaga
enam perkara iaitu agama, harta, akal, jiwa, kehormatan dan keturunan
Diri kita akan sentiasa dijaga dari pelbagai
sudut. Elemen-elemen negatif susah untuk diimplementasikan ke dalam diri
anak-anak muda.