Tuesday 1 October 2013

Bahagian Akhlak Semester 3 - Tawadduk



Semester 3 - AKHLAK
Tawadduk


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan sifat tawaduk

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan  sifat tawaduk.

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan maksud tawaduk

2.     Menyenaraikan ciri-ciri sifat tawaduk

3.     Menjelaskan kelebihan  sifat tawaduk

4.     Menerangkan akibat tidak bersifat tawaduk

5.     Sentiasa mengamalkan sifat tawaduk

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan maksud tawaduk

1.     Menurut bahasa merendah diri

2.     Menurut istilah  iaitu meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada idividu lain yang sememangnya berhak menerimanya.

3.     Firman Allah Taala:

 
  Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

(Surah Luqman:  18)

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyenaraikan ciri-ciri sifat tawaduk

1.     Tidak marah atau sakit hati jika dicemuh

2.     Tidak benci jika dikatakan sombong

3.     Tidak tamak dengan harta benda

4.     Tidak menganggap diri sebagai orang yang dihormati dan disegani.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kelebihan  sifat tawaduk

1.     Menjadikan individu dihormati

2.     Allah akan meninggikan darjat

3.     Sentiasa insaf bahawa segala kelebihan dan kenikmatan adalah hak Allah.

4.     Senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan akibat tidak bersifat tawaduk

1.     Menjadikan individu sombong dan bongkak

2.     Dibenci oleh orangramai

3.     Jauh dari rahmat Allah

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa mengamalkan sifat tawaduk

1.     Menjadikan individu sombong dan bongkak

2.     Dibenci oleh orangramai

3.     Jauh dari rahmat Allah

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan guru tentang maksud dan ciri-ciri tawaduk

2.     Mengadakan perbincangan kumpulan tentang  perkara berikut;

a.     kelebihan sifat tawaduk

b.     akibat tidak bertawaduk

3.     Menulis esei ringkas tentang tokoh yang mempunyai sifat tawaduk.