1 : Taubat
Pengertiannya Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”. (Surah Al – Muzammil – Ayat 20)
Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :
- Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
- Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
- Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
- Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
- Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.
Setiap manusia tidak dapat
mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang
Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.
Seseorang itu hendaklah
bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara
seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
Beberapa faedah dan hikmah
taubat iaitu:
- Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
- Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
- Meningkatkan ketaqwaan diri.
- Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat.
- Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat
Khauf bererti takut akan
Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran
Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya
dan meninggalkan segala laranganNya.
Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud :
“Dan kepada Akulah (
Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang
lain”. ( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )
Seseorang itu tidak akan
merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t.
ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat
kesempurnaan bagi zatNya. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala
perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui
segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut
kepada Allah s.w.t.
Rasa takut dan gerun kepada
Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang
ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara
yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
3 : Zuhud
Memiskinkan siri pengertian
zuhud yang sebenar
Dunia ini Allah punya
segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan kita manusia
ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita tidak memiliki
apa-apa sebaliknya kita dimiliki. Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan,
wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu milik
Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kita sendiri, ia juga adalah milik Tuhan
Kita sebagai manusia dalam
keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kita tetap
miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai harta, kita hanya tukang jaga kekayaan
Tuhan. Kita hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kita boleh ambil sekadar yang
kita perlu dari kekayaan kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk
manusia lain yang memerlukan dan untuk masyarakat.
Allah jadikan harta dan
kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan semua hamba-hambanya.
Segala rezeki dan kekayaan yang Allah kurniakan itu cukup untuk hamba-hambaNya
di muka bumi ini. Hanya rezeki, harta dan kekayaan itu tidak diberi sama banyak
dan sama rata. Ada yang dapat lebih. Ada yang dapat kurang. Supaya ada manusia
yang kaya dan ada manusia yang miskin.
Allah jadikan miskin kaya
bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat manusia semuanya miskin, make
tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak akan ada pencetus industri, perniagaan
dan perdagangan. Tidak akan ada pembela bagi orang yang fakir dan miskin.
Ekonomi masyarakat tidak akan ujud dan berkembang.
Manusia hanya akan sibuk
mencari makanan sehari-hari untuk diri dan keluarga masing-masing. Semua
manusia akan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak akan
berlaku interaksi, usahasama, kerjasama, khidmat dan saling perlu memerlukan di
antara satu sama lain. Tidak akan ada kemajuan. Tidak akan terbangun
masyarakat, tamadun dan peradaban. Semua manusia akan hidup macam orang asli
atau kaum aborigin yang semuanya sama-sama miskin.
Sebaliknya kalau dalam
masyarakat manusia semuanya kaya-kaya belaka, maka kekayaan itu tidak ada
apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah juga. Siapa yang akan menanam padi.
Siapa yang akan ke laut menangkap ikan. Siapa yang akan menternak lembu,
kambing dan ayam. Siapa yang akan menanam sayur dan pokok buah-buahan. Bukankah
ini semua kerja orang miskin. Apa yang orang kaya hendak makan. Takkan hendak
makan duit, emas, perak, intan dan berlian. Siapa yang akan bina rumah, buat
jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja bekalan air dan elektrik
dan beribu-ribu macam khidmat lagi.
Namun begitu, rezeki dan
kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini adalah untuk semua manusia walaupun
pembahagiannya tidak sama banyak dan tidak sama rata. Justeru itu apabila ada
orang atau pihak yang tidak menjaga dan tidak mentadbir harta dan kekayaan yang
Allah amanahkan kepada mereka dengan baik, maka akan berlakulah bencana.
Apabila orang kaya tidak menyama ratakan harta kekayaan mereka kepada fakir
miskin dan yang memerlukan, maka akan datanglah malapetaka. Apabila orang kaya
mula merasakan kekayaan mereka adalah hak mereka sendiri dan bukan hak Allah
yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah laknat dan bala.
Rezeki, harta dan kekayaan
Allah itu adalah untuk semua manusia dan masyarakat bukan untuk manusia yang
tertentu sahaja. la mesti disama ratakan. Kalau tidak akan timbul kelas dan
kasta kaya miskin dalam masyarakat yang satu sama lain benci-membenci,
curiga-mencurigai, hina-menghina dan dengki mendengki. Masyarakat akan menjadi
kucar- kacir, kacau-bilau, bergaduh dan berkelahi. Akan belaku berbagai bentuk
jenayah dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang. Manusia tidak kira kaya
atau miskin akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.
Oleh itu, semua manusia
terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri. Memiskinkan diri ini bukan bererti
kita mesti jatuh miskin. Memiskinkan diri ialah menyedari dan merasakan bahawa
kita sebagai manusia, hakikatnya adalah miskin dan tidak punyai apa-apa.
Kesemua kekayaan adalah hak Allah semata-mata. Kalau pun kita kaya dan
berharta, kita tahu dan kita sedar bahawa kita sebenarnya miskin. Kekayaan yang
ada itu adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan mengikut
kehendak-Nya. Kita boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan menggunakan
yang selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat. Memiskin diri
ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah untuk
diagih-agihkan kepada golongan miskin dan masyarakat.
Inilah sebenarnya erti
zuhud. Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya
tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya. Zuhud ertinya merasakan
harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak.
Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati. Orang yang zuhud
ialah orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan
kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.
4 : Sabar
Sabar Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
4 : Sabar
Sabar Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
- Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
- Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
- Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.
5 : Syukur
Syukur Iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah subhanahu wata‘ala. Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.
Sambungan....