Tuesday 7 October 2014

Bahagian Tamadun Islam Semester 2 - Ibnu Sina

IBNU SINA

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
  1. Menyatakan riwayat hidup Ibnu Sina secara ringkas.
  2. Menyatakan sifat peribadi Ibnu Sina.
  3. Menjelaskan kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu.
  4. Menjelaskan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.
  5. Menyatakan iktibar daripada sejarah ketokohan Ibnu Sina.



RIWAYAT HIDUP IBNU SINA

  • Nama sebenarnya ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-Hassan bin Ali Sina
  • Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di Barat
  • Dilahirkan pada 370H/980M di Afsyanah, Bukhara Turkistan
  • Berketurunan Turki
  • Bapanya penguasa Kharmaisan di Bukhara
  • Selepas bapanya meninggal pada tahun 390H/1000M , beliau berpindah ke Khawarizmi, Jurjan, Rai dan Hamazan
  • Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di Wilayah Rai dan Penasihat Agung Amir Ala’ud  Daulah di Asfahan
  • Meninggal dunia di Asfahan pada tahun 428H / 1037M


SIFAT DAN PERIBADI IBNU SINA

1. Seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu.
Beliau membaca buku Metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali

2. Seorang yang taat beragama
Belilau sering berdoa kepada Allah apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah . Beliau sering pergi ke Masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah

3. Seorang yang pintar.
Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (agama) ketika berusia 18 tahun

4. Seorang yang berinovatif
Beliau banyak menyelidik dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang perubatan

“Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu”                               -Ibnu Sina-


KEGIGIHAN IBNU SINA MENUNTUT ILMU

  • Mempelajari al-Quran sejak 5 tahun
  • Menghafaz Al-Quran ketika berusia 10 tahun
  • Mempelajari ilmu

    1. Fikah dan Tasawuf daripada Ismail Az-Zahid
    2. Ilmu Hisab dan Prinsip-prinsip Geometri daripada Muhammad al-Massah
    3. Ilmu Falsafah daripada Abu Abdillah al-Natili
    4. Ilmu Sains dan Astronomi daripada Al-Biruni

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

  • Ibnu Sina pernah menggunakan kepakarannya untuk merawat penguasa Bukhara iaitu Nuh bin Mansur, penguasa Jurjan iaitu Syamsul Ma’ali Qabus bin Wasyamkir, penguasa Hamazan Al-Amir Syamsud Daulah dan penguasa Asfahan Al-Amir Ala’ud Daulah.
  • Beliau menghasilkan banyak karya khususnya dalam bidang perubatan seperti Al-Qanun fit Tib, Al-Adawiyah Al-Qalbiahdan Al-Alfiyah At-Tibbiyah. Kitab Al-Qanun fit Tib telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Latin, Hebrew dan Inggeris dan dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian barat


SUMBANGAN IBNU SINA KEPADA TAMADUN ISLAM

DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

  • Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik
  • Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For Oriental Studies di Kaherah Mesir
  • Kemudian pada tahun 1950 M telah diterjemahkan dalam bahasa Arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina)
  • Jasanya dihargai hingga ke hari ini  sehingga sebuah Universiti pendidikan di Hunggary telah mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)
  
DALAM BIDANG PERUBATAN

1. Penemuan penyakit baru dan puncanya
ü  Pengaruh kuman dalam penyakit
ü  Jangkitan virus seperti TB
ü  Penyakit rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa dsb

2. Penemuan dalam bidang farmasi
ü  Menghasilkan ubat dan priskripsi yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik
ü  Menghasilkan ubat bius

3. Membangunkan teknologi perubatan
ü  Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan
ü  Mencipta picagari

4. Mengarang kitab Al Qanun Fi Tibb
ü  kitab ini menghuraikan ilmu berkaitan perubatan yang diterjemahkan sebagai ‘Canon of Medicine” dan digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Frankfurt di Jerman,Universiti Paris dan Universiti Oxford.

SIKAP IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
  1. Suka menyelildik
  2. Rajin mengkaji
  3. Berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik

 KARYA PENINGGALAN IBNU SINA
  1. Al-Qanun Fi-Tib
  2. Al-Adawiyah Al-Qalbiyyah
  3. Al-Alfiyyah Al-Tibbiyyah
  4. Uyun Al-Hikmah
  5. Kitab Al-Naja
  6. As-Syifa’ An-Najr


KESAN PENINGGALAN IBNU SINA


  • Pelopor terkenal dalam bidang perubatan dan falsafah
  • Berjaya mengemukakan fakta-fakta melalui kajian dan penyelidikan yang terpeinci dan meletakkan asas yang kukuh dalam ilmu perubatan moden serta ilmu falsafah yang menghubungkan ilmu lojik dan metafizik
  • Berjaya menghasilakan buku-buku yang menjadi kajian ilmiah di universiti negara-negara  Islam dan bukan Islam

KESAN PENINGGALAN BELIAU DALAM BIDANG PERUBATAN

  • Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu
  • Beliau melakukan metode pemerhatian (Observation) dan analisis . Berdasarkan metode ini ilmu perubatan berkembang hingga ke hari ini
  • Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya
  • Penyelidikan dan penulisan ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden kini seperti penggunaan x-ray atau ultrasound
  • Bidang perubatan kini telah menjadi satu bidang pengkhususan yang sangat luas dan penting serta menyebabkan wujudnya fakulti perubatan di semua university di dunia amnya dan di Malaysia khasnya.


IKTIBAR DARI KETOKOHAN IBNU SINA

  • Hendaklah sentiasa bersungguh-sungguh menuntut ilmu
  • Sebagai seorang pelajar mestilah rajin membaca, menyelidik, membuat kajian dan menganalisis ilmu
  • Sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru
  • Sentiasa mendokumentasikan hasil kajian untuk rujukan orang lain