Wednesday 1 October 2014

Bahagian Ibadah Semester 4 - Tatacara Penubuhan Dan Pengoperasian Syarikat Islam

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

TATACARA PENUBUHAN DAN PENGOPERASIAN SYARIKAT 
DALAM ISLAM 
PRINSIP-PRINSIP PERNIAGAAN SECARA ISLAM


PENGERTIAN SYARIKAT
PERKONGSIAN PERNIAGAAN (SYARIKAT)
·        Perkataan syarikat dari segi bahasa bermaksud menjadi sekutu
·        Adapun menurut makna syara’, syarikah adalah suatu akad antara 2 pihak atau lebih yang sepakat untuk melakukan kerja dengan tujuan memperoleh keuntungan.

HUKUM SYARIKAT
·         Harus.
RUKUN SYARIKAT :
            i.   Ahli syarikat   ~ berakal dan baligh
                                        ~ kemahuan sendiri
            ii.  Modal            ~ wang/ harta/ barangan
                                        ~ kepakaran
            iii. Lafaz akad    ~ member izin belanja harta                                                        syarikat

JENIS-JENIS SYARIKAT DAN TATACARA PENUBUHAN DAN PENGOPERASIAN SYARIKAT SECARA ISLAM.

1.     SYARIKAT INAN
  •  Iaitu berkongsi pada mengeluarkan modal diantara dua orang atau lebih untuk sesuatu perniagaan atau perusahaan dan keuntungan dibahagikan mengikut modal yang dikeluarkan oleh tiap-tiap ahli
  • Contoh : Khalid dan Faizal berkongsi menjalankan perniagaan burger bersama-sama dan masing-masing mengeluarkan modal RM500 setiap seorang
  •  Keuntungan adalah berdasarkan kesepakatan semua pihak yang berkongsi manakala kerugian berdasarkan peratusan modal yang dikeluarkan.
2.     SYARIKAT ABDAN
        
  • Iaitu berkongsi dua orang  atau lebih menggunakan sesuatu pekerjaan samada pada satu jenis pekerjaan atau berlainan dan hasil atau keuntungan dibahagi sama
  • Contoh : Jalal adalah tukang buat rumah dan Rafi adalah juruelektrik yang berkongsi menyiapkan projek sebuah rumah.
  • Perkongsian mereka tidak melibatkan perkongsian kos. Keuntungan adalah berdasarkan persetujuan mereka.

3.     SYARIKAT MUFAWIDOH

  • Iaitu berkongsi dua orang atau lebih menggunakan tenaga atau modal untuk dikembangkan tetapi tidak dicampur sebelum  akad perkongsian dijalankan dan tiap-tiap ahli mesti membayar bila berlaku kerugian
  • Keuntungan yang diperoleh dibahagi sesuai dengan kesepakatan, sedangkan kerugian ditanggung sesuai dengan jenis syarikatnya iaitu ditanggung oleh pemodal sesuai dengan nisbah modal (jika berupa syarikat inan) atau ditanggung pemodal sahaja (jika berupa syarikat mudharabah) atau ditanggung pengusaha usaha berdasarkan peratusan barang dagangan yang dimiliki (jika berupa syarikat wujuh).

4.     SYARIKAT WUJUH
  • Iaitu berkongsi dua orang atau dua pihak seorang atau satu pihak mengeluarkan modal dan satu pihak lagi menjalankan perniagaan dengan dibahagi sama banyak keuntungan
  • Syarikat wujuh adalah syarikat antara 2 pihak (misalnya A dan B) yang sama-sama melakukan kerja (amal), dengan pihak ketiga (misalnya C) yang mengeluarkan modal (mal). Dalam hal ini, pihak A dan B adalah tokoh masyarakat.

 5.     SYARIKAT MUDORABAH
  • Syarikat Mudharabah adalah syarikat dua pihak atau lebih dengan ketentuan, satu pihak menjalankan kerja (amal) sedangkan pihak lain mengeluarkan modal (mal)
  • Sebagai contoh:Khairi sebagai pemodal memberikan modalnya sebanyak RM 100 ribu kepada Abu Abas yang bertindak sebagai pengelola modal dalam pasaraya ikan.
  • Dalam syarikat mudharabah, hak melakukan tasharruf (belanja) hanyalah menjadi hak pengelola. Pemodal tidak berhak turut campur dalam tasharruf. Namun demikian, pengelola terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal.
  • Jika ada keuntungan, ia dibagi sesuai kesepakatan di antara pemodal dan pengelola, sedangkan kerugian ditanggung hanya oleh pemodal.


PERKARA YANG MEMBATALKAN SYARIKAT
  1. Syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi
  2. Kematian salah seorang daripada ahli yang berkongsi
  3. Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad & lari ke negara musuh
  4. Hilang kelayakan seperti gila yang berterusan
  5. Salah seorang rakan kongsi membatalkan penyertaan dalam syarikat

PRINSIP-PRINSIP PERNIAGAAN SECARA ISLAM

1.     Halal
  • Iaitu perniagaan yang diceburi adalah halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak.
2.     Kebebasan
  • Iaitu tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut dan mereka diberikan tempoh masa untuk memilih bagi meneruskan atau membatalkan sesuatu urusniaga.
3.     Kerelaan kedua-dua pihak turut menjadi prinsip perniagaan dalam Islam.
  • Persetujuan dari sudut harga yang dikenakan oleh penjual dan kerelaan pembeli untuk menerima harga berkenaan akan dapat menghindarkan mereka dari sebarang pertelagahan di masa hadapan.
4.     Keadilan di dalam perniagaan.
  • Faktor ini amat penting bagi menjamin hubungan baik di antara peniaga dan pelanggan terus berkekalan.
5.     Kebajikan
  • Iaitu perlindungan dari sebarang bentuk penipuan atau monopoli dalam perniagaan amat ditegah kerana ianya zalim
6.     Kesopanan
  • Dalam perniagaan ia amat digalakkan oleh Islam di mana hubungan yang baik, berbudi bahasa, bertolak ansur dan bertimbang rasa akan memberikan perasaan yang tenang dan menggembirakan bagi kedua-dua pihak