Akan
dapat dilihat tanda-tanda bagi orang yang istiqamah, iaitu:
1. Bersifat
syaja’ah (berani)
Muslim
yang istiqamah akan memiliki keberanian yang luar biasa. Ia tidak gentar
menghadapi segala rintangan da’wah. Ia tidak akan menjadi seorang yang pengecut
atau pengkhianat di jalan perjuangan.
Inilah
gambaran sifat-sifat sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.
Ketika
seorang sahabat mendapat jawapan daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam
bahawa dia akan masuk syurga sekiranya mati di medan jihad, maka dia tidak
menyia-nyiakan waktunya, lalu melempar tamar yang ada dalam genggamamnya,
kemudian meluncur ke medan jihad. Akhirnya dia mendapat apa yang dia inginkan,
iaitu syahadah.
Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib ra setelah
ia menerima bendera Islam dalam peperangan Khaibar dengan sabda baginda:
Jalanlah, jangan menoleh sehingga Allah Subhanahuwata’ala memberikan kemenangan
kepada kamu.
Lantas
Ali berjalan, kemudian berhenti sejenak dan tidak menoleh seraya bertanya
dengan suara yang keras: Ya Rasulullah, atas dasar apa aku memerangi manusia?
Baginda
menjawab: Perangilah manusia sehingga mereka bersaksi bahawasanya tiada ilah
melainkan Allah.
Inilah
gambaran keberanian para sahabat yang lahir dari istiqamah.
2.
Ithmi’nan (ketenangan)
Keimanan
yang mantap bagi seorang mukmin akan melahirkan tsabat dan istiqamah. Manakala
tsabat dan istiqamah akan melahirkan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.
Meski pun dia menghadapi jalan da’wah yang panjang dan sukar, ia tetap tenang.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Orang-orang
yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik),
mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang
mendapat petunjuk. (al An’am, 6: 82)
Firman
Allah Subhanahuwata’ala:
(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (ar
Ra’du, 13: 28)
3.
Tafa’ul (optimis)
Istiqamah
yang dimiliki oleh seorang mukmin akan melahirkan sikap tafa’ul (optimis)
bahawa masa depan di tangan Islam dan yakin kepada pertolongan Allah
Subhanahuwata’ala. Jauh dari sikap pesimis dalam mengharungi jalan da’wah yang
berliku-liku. Ia tidak merasa lelah yang boleh membuahkan kekecewaan dalam
perjuangan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
”Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat
Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang
kafir”. ( Yusuf,12 : 87)
Firman-Nya
lagi:
“Ibrahim
berkata: “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-nya, kecuali
orang-orang yang sesat”. ( Al Hijr,15 : 56)
Untuk
melahirkan istiqamah memerlukan tiga pendekatan sekaligus bagi setiap mukmin
iaitu: لله
(liLlah), الله مع
(bersama Allah) dan الله الى(menuju
kepada Allah)
لله
(liLlah) bermakna kerana Allah, iaitu lil Islam, yakni mengambil Islam sebagai
mabda’ (perinsip hidup).
الله مع (bersama Allah) iaitu
bersama-sama manhaj Allah, yakni bil Islam atau sentiasa bersama-sama dengan
Islam sebagai manhaj hidup.
الله الى(menuju kepada Allah) bermakna
sentiasa bermatlamatkan Allah dalam setiap kerja-kerja dan usaha.
Firman
Allah Subhanahuwata’ala:
Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah”, kemudian mereka
istiqamah, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah
kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah
yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.
Kamilah
pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh
apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.
Sebagai
hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.