Monday 3 March 2014

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah - Bahagian Akidah Semester 3

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH

Maksud Ahli Sunnah wal-Jamaah
  1. Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menetang perkara bida'ah.
  2. Nama lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul hadis.
Kemunculan nama Ahli Sunnah Wal-Jamaah

a. Muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat Islam.

b. Nama Ahli sunnah wal wajamaah dimasyhurkan oleh Abu Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi.

c. Ia adalah gabungan perkataan Ahlu, As-sunnah dan Al-Jamaah.

d. Dinamakan ahli As-Sunnah kerana mereka menerima dan beramal dengan sunnah rasulullah.

e. Dinamakan al-Jamaah kerana mereka
  • berkumpul diatas kebenaran dan
  • bersatu berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta
  • menghidupkan sunnah dan
  • menentang perkara bid'ah

Prinsip-prinsip Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah
  1. Berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Berpegang dengan prinsip as-Salaf as-Soleh.
  3. Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.
  4. Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
  5. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.
Pandangan ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap beberapa isu


1. Al-Quran bukan makhluk
Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan  makhluk iaitu bersifat baru.

2. Melihat Allah
Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis sahih.

3. Pelaku dosa besar
Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar.

4. Iman bertambah dan berkurang
Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang. Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir.Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau kejahatan seperti mencuri dan menipu.

Kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah
  1. Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan. Ini kerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber yang sahih iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan. Kerana amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan akidah yang betul.Hidup diredhai allah kerana berada dijalan yang benar.
Menganalisis Mazhab Syiah

Syiah 
Pengenalan
Mereka ialah golongan yang bercita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai khalifah rasulullah.Mereka berpendapat bahawa Saidina Ali sahajalah yang layak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah.

3 Kumpulan Syiah

1. Syiah Imamiah:

Dinamakan demikian kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat islam (imam) hanya layak disandang oleh ahli al-bait.

Perbezaan Pegangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  1. mereka beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah seperti kenabian tetapi tidak mendapat wahyu.
  2. Jawatan imam hanya layak disandang oleh dua belas imam daripada kalangan ahli al-bait mengikut urutan.
  3. Mereka menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh ahli al-bait.
  4. Mereka percaya bahawa imam kedua belas merka iaitu muhammad al-mahdi al-qaim bilhujjah akan muncul sebagai imam al-mahdi.
  5. Mereka beramal dengan taqiah iaitu menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orng yang berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka.
  6. Mengharuskan perkahwinan mut'ah iaitu nikah sementara waktu.
2. Syiah Zaidiah:

Nama tersebut diambil sempena pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin, cicit kepada Ali bin Abi Talib.

Perbezaan Pegangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  1. Mereka berpendapat kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran.
  2. Mereka berpendapat bahawa perbuatanmanusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah.
  3. Mereka juga menolak pendapat syiah lain seperti;
  • Kemaksuman para imam kecuali saidina Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain
  • mereka menolak kepercayaan taqiah
3. Syiah al-Batiniah

Dinamakan demikian kerana pandangan mereka yang menganggap al-Quran mampunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka. Mereka merupakan kumpulan syiah yang paling radikal dan sesat.

Antara Pegangan Mereka;
  1. Berpendapat bahawa Saidina Ali dan imam-imam mereka yang lain sebagai tuhan.
  2. berpendapat bahawa imam mereka Muhammad bin al-Hanafiah masih hidup menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.